Wednesday, November 30, 2022

Minum Air Cap Badak Bagus Ke Tak?

Minum Air Cap Badak Bagus Ke Tak?


Masa korang kecik dulu mesti mak-mak selalu bagi minum air cap badak kan? Terutamanya bila badan panas atau tengah demam. Apa sebenarnya air cap badak ni? Adakah air ini diperbuat daripada air rendaman badak?

Bagi yang belum tahu apa itu sebenarnya air cap badak, ia juga dikenali dengan air cap kaki tiga. Secara umumnya, air ini dikatakan boleh mencegah atau mengurangkan penyakit seperti demam, sakit gigi, dan ulser mulut.

Antara gejala lain yang air cap badak boleh kurangkan juga adalah seperti kelegaan untuk sembelit, sakit kepala atau migrain, dan menyejukkan suhu badan yang tinggi. Kalau korang yang mengalami ketidakselesaan badan disebabkan pengambilan makanan pedas, bergoreng, atau makan durian terlalu banyak juga boleh cuba kurangkan dengan minum air ini.


Sejarah terciptanya air cap badak dipercayai berasal daripada sebuah syarikat Cina yang bernama Kumpulan Wen Ken pada tahun 1937. Selama 80 tahun mereka menjenamakan air ini dengan nama Cap Badak dan Cap Kaki Tiga, akhirnya pada tahun 2008 mereka menukarkan menjadi 'Cool Rhino'.

Kalau tengok dari segi bungkusan dan isi airnya nampak seperti air mineral biasa yang dijual di kedai runcit atau pasar raya. Tapi apa yang membezakan air ini dengan air minuman yang lain adalah kandungannya yang mempunyai mineral kalsium sulfat, iaitu Gypsum Fibrosum dan calcitum.


Fungsi utama mineral tersebut ialah ia bertindak sebagai 'plaster' dalam bahan 'binaan'. Dalam perubatan tradisional Cina, Gypsum fibrosum (shi gao) dan calcitum (han shui shi) merupakan bahan mineral semula jadi. Kedua-dua bahan ini mampu memberi kesan penyejukan dalam formulasi terkompaun.

Secara asasnya, badan manusia perlu mempunyai suhu panas dan sejuk yang seimbang. Antara faktor yang boleh menyumbang kepada panas yang berlebihan ialah seperti pendedahan jangka panjang kepada cuaca panas, rehat yang tidak cukup, pemakanan, perubahan hormon, dan juga tekanan tinggi.



Kesimpulannya, minuman air cap badak atau cap kaki tiga ni dipercayai kaya dengan beberapa jenis mineral yang baik untuk mengembalikan suhu badan dari panas kepada normal. Dari segi keberkesanannya pula, terpulang pada pendapat dan kepercayaan individu tersebut.

Bagi korang yang pernah amalkan minum air 'cooling' ini, kalau memang memberi kesan positif, teruskanlah mengambilnya. Asalkan tidak terlalu kerap. Tapi jika terdapat keraguan mengenai kesesuaian diri, sebaiknya korang rujuk pada doktor atau pakar.

Air bukan sahaja boleh memberi kesihatan pada tubuh badan, malah kecantikan kulit juga dapat dimanfaatkan. Kulit kita ni memang mudah dipengaruhi oleh pemakanan yang kita ambil.

Macam saya pula sentiasa elakkan makanan bergoreng, amalkan minum air mineral dan juga pakai pelembap Meuskin Booster Treatment Gel


Meuskin Booster Treatment Gel ni diperbuat daripada bahan-bahan terbaik dan ada juga yang diimport dari Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Kesemua bahan ni telah diformulasi dan dikilang di Malaysia oleh pakar dan dijadikan dalam bentuk gel pelembap.

Kalau sesiapa yang ada masalah jerawat, jeragat, kulit kusam, kedut, kering, dan merah-merah tu memang saya recommend korang sapu Meuskin Booster Treatment Gel ni dekat kulit. Dalam masa 7-14 hari dah boleh mula nampak kesan perubahan yang positif!


Kalau korang nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel ni korang klik link website Meuskin.com ni atau chat Whatasapp Meuskin HQ untuk dapatkan HARGA DISKAUN & OFFER yang BERBALOI!!!





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search