Monday, November 14, 2022

Amalkan Minum Air Lemon Untuk Kesihatan : Ini 4 Khasiat Minum Air Lemon!

Amalkan Minum Air Lemon Untuk Kesihatan : Ini 4 Khasiat Minum Air Lemon!


Amalan minum air lemon selalu dikaitkan dengan penurunan berat badan dan melancarkan sistem penghadaman. Malah ada yang jadikan minuman air lemon sebagai rutin harian dan tak boleh tinggal langsung.

Buah lemon memang ternyata kaya dengan banyak khasiat dan vitamin untuk kesihatan tubuh badan. Tak kurang juga ada yang berpendapat bahawa air lemon mampu mencantikkan kulit.

Apa pun kebaikan yang buah lemon ini boleh beri, mari kita ikuti penjelasan lanjut tentang manfaat minum air lemon.

1. Kaya Dengan Vitamin C


Buah lemon yang terkenal dengan rasa masam ni memang kaya dengan vitamin C, tapi bukan setakat itu sahaja tau. Lemon juga mengandungi vitamin A, beta-karotena, folat, kalsium, dan potassium yang baik untuk badan korang. Vitamin C mempunyai ciri anti-oksidan yang boleh mencegah dan melawan penyakit.

2. Membantu Kurangkan Berat Badan


Amalan meminum air lemon sememangnya dipercayai dapat mengurangkan berat badan kerana bilangan kalorinya sangat sedikit jika dibandingkan dengan air minuman yang lain. Perahan lemon ini juga membantu untuk mengurangkan rasa untuk mengambil minuman bergula. 

3. Melancarkan Sistem Pencernaan


Kandungan asid yang terdapat dalam perahan lemon dapat membantu sistem pencernaan tubuh badan korang dengan lebih lancar. Ia dapat memecahkan makanan yang dimakan dengan lebih sempurna. Lemon juga mengandungi serat yang dipanggil pektin, di mana ia merupakan sejenis prebiotik yang membantu untuk kesihatan perut dengan lebih baik.

4. Mencantikkan Kulit


Tadi sudah dijelaskan tentang vitamin C yang terdapat dalam buah lemon. Selain bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan, lemon juga berupaya untuk mencantikkan kulit. Kandungan vitamin C ini menggalakkan penghasilan kolagen, iaitu sejenis protein yang mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit.

Kalau korang nak cari alternatif lain untuk dapatkan kulit awet muda, boleh lah lepasni korang cuba Meuskin Booster Treatment Gel!


Meuskin Booster Treatment Gel ni sejenis pelembap yang ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah kulit. So, bagi yang ada masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, kedut, dan kering tu memang ini lah solusinya!


Kesemua bahan dalam Meuskin Booster Treatment Gel ni dah diformulasi oleh pakar dan dijadikan dalam bentuk water-based gel. Dan korang jangan risau, kandungan Meuskin Booster Treatment Gel ni semuanya selamat untuk digunakan oleh manusia dan lulus KKM!

Kalau nak tahu info lanjut boleh klik link website Meuskin.com atau chat terus Whatsapp Meuskin HQ di sini 👉 https://wa.link/dbki92 ðŸ“²




Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search