Tuesday, November 22, 2022

Ketahui 4 Punca Bau Badan Dari Makanan!

Ketahui 4 Punca Bau Badan Dari Makanan!

 


Siapa dekat sini yang ada masalah bau badan? Mesti penat kan dah macam-macam pakai produk tapi bau badan tu memang tak dapat dibendung lagi dah.

Yela kadang-kadang kita risau orang sekeliling rasa tak selesa dengan bau badan kita, terutamanya rakan sekerja mahu pun partner kita. Tapi masalahnya kita tak tahu apa punca sebenar.

Sebenarnya korang tahu tak pemakanan juga memainkan peranan yang besar dalam menentukan bau yang keluar dari badan? Nak tahu apa dia? Jom sama-sama kita pelajari.

1. Bawang Putih


Pasti ramai yang menggunakan bawang putih sebagai ramuan utama dalam masakan harian kan? Namun begitu, bawang putih dikatakan memiliki zat yang disebut sebagai allicin. Allicin ini ternyata memberi banyak manfaat dari segi kesihatan tapi ia juga boleh menyebabkan bau mulut serta peluh yang menimbulkan bau badan yang tidak sedap.


2. Bawang Bombay


Bawang bombay juga dipercayai menjadi penyebab bau badan. Reaksi kimia bawang bombay dengan badan sama seperti ketika korang makan bawang putih. Badan akan menghasilkan senyawa yang dipanggil sulfur. Bahan sulfur inilah yang mengeluarkan bau busuk dari dalam badan.

3. Daging Merah


Walaupun ramai yang menggemari kelazatan daging merah ini terutamanya apabila dibakar atau dipanggang, tapi daging jenis ini juga boleh membuat badan mengeluarkan bau yang kurang enak. Ini kerana kandungan amino asid dalam daging merah akan meninggalkan residu (sisa) dalam usus sepanjang proses pencernaan. Kemudian residu tersebut akan dipecahkan oleh enzim lalu bercampur dengan bakteria yang akhirnya melepaskan bau melalui peluh.

4. Minuman Beralkohol


Penggemar minuman beralkohol sila baca ini! Tubuh badan manusia akan memproses alkohol menjadi asetat yang memiliki bau yang sangat kuat dan tajam. Kandungan asetat ini pula mempengaruhi bau badan. Oleh sebab itu, semakin tinggi kandungan asetat, semakin kuat bau busuk dikeluarkan oleh badan.

Kesimpulan

Tubuh badan manusia sangat dipengaruhi oleh gaya pemakanan dan minuman harian kita. Bukan sahaja dari segi kesihatan, malah penampilan seseorang itu juga banyak ditentukan oleh diet pemakanan yang diambil.

Sebagai manusia, kita perlu mengambil langkah sederhana dalam apa jua yang kita lakukan. Bukan tak boleh kalau nak makan daging steak tu, cuma berpada-pada jangan sampai mengganggu kesihatan tubuh badan.

Untuk kecantikan terutamanya pada bahagian kulit, saya selalu ingatkan untuk pakai pelembap tak kira hanya duduk di rumah atau keluar berpanas.

Pelembap kegemaran saya sekarang semestinya Meuskin Booster Treatment Gel yang memang saya tak tinggal sapu hari-hari dekat muka.


Meuskin Booster Treatment Gel ni diformulasikan daripada 7 bahan utama yang fokus pada merawat, melembap, dan mencerah kulit. Korang jangan risau sebab dalam ni ada Niacinamide dan Hyaluronic Acid yang memang bagus untuk membersih dan melicinkan kulit sampai nampak glowing!


Kalau korang yang ada masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, kedut, dan kering tu memang saya recommend sapu Meuskin Booster Treatment Gel ni dan tengok sendiri perubahan dalam masa 14 hari!

Kalau korang nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel ni boleh klik website Meuskin.com atau chat je terus link Whatsapp Meuskin HQ untuk dapatkan harga DISKAUN & OFFER menarik!





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search