Monday, November 14, 2022

Founder Adidas & Puma Adik Beradik? : Ketahui Kisah Penubuhan 2 Jenama Besar Ini!

Founder Adidas & Puma Adik Beradik? : Ketahui Kisah Penubuhan 2 Jenama Besar Ini!


Sejarah penubuhan dan penciptaan 2 jenama barangan sukan yang sangat popular ini bukanlah seindah yang disangka. Malah, ia terhasil daripada persengketaan dan persaingan dua beradik dari wilayah Jerman semasa Perang Dunia ke-2.

2 jenama besar ini telah memonopoli beberapa kategori sukan seperti bola sepak, lumba lari, marathon, dan banyak lagi melalui tajaan atlit-atlit professional seluruh dunia. Antaranya ialah Usain Bolt (pemegang rekod 100m dunia) dan Paul Pogba (pemain bola sepak Perancis).

Ternyata kejayaan mereka sangat membanggakan dan boleh menjadi sumber inspirasi untuk ramai orang di luar sana. Tapi korang tahu tak asal-usul dua jenama ini bermula dengan satu organisasi yang sama?

Jom sama-sama kita baca kisah selanjutnya!

Adik Beradik Dassler


Ramai yang tak tahu sebenarnya Syarikat Adidas diasaskan oleh Adi Dassler manakala jenama Puma pula dicipta oleh abangnya Rudolf Dassler. Mereka mula menubuhkan sebuah syarikat dan kilang kasut di sebuah pekan kecil di Jerman yang bernama Herzogenaurach pada tahun 1920.

Pada mulanya syarikat dua beradik ini dikenali dengan nama Gebruder Dassler Schuhfabrik (Syarikat Kasut Adik Beradik Dassler). Selain itu, Adolf Dassler mempunyai kemahiran membuat kasut dengan mempelajari dari bapanya yang pada masa itu bekerja di sebuah kilang kasut.

Gabungan Adi dan Rudolf dalam perniagaan kasut sangat membanggakan memandangkan Adi merupakan seorang yang tahu selok-belok membuat kasut sementara abangnya Rudolf pula cekap dalam soal jual beli. Kejayaan mereka melonjak naik lebih lagi apabila atlit tajaan mereka Jesse Owens berjaya memenangi 4 pingat emas pada sukan Olimpik 1936.

Perang Dunia Ke-2


Semasa Adolf Hitler meluaskan kekuasaannya di Jerman ketika Perang Dunia ke-2 sekitar tahun 1933, kedua-dua adik beradik Dassler ini telah menyertai pasukan askar Nazi. Bermula dari peristiwa ini lah terjadinya salah faham di antara Adi dan Rudolf yang akhirnya mereka membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Pada tahun 1948, mereka mengambil keputusan untuk membubarkan syarikat gabungan adik-beradik itu dan segala aset syarikat dan pekerja-pekerja yang dimiliki telah dibahagi sama rata antara kedua-duanya.

Penubuhan Jenama Adidas & Puma


Selepas membawa hala tuju sendiri, Adi telah menubuhkan syarikat Adidas sempena gabungan namanya "ADI DASsler" manakala Rudolf pula mengambil pendekatan yang hampir sama dengan menamakan syarikatnya Rudo yang diambil dari namanya "RUDOlf Dassler" sebelum ditukar kepada Puma.

Apa yang menariknya, kedua-duanya telah membina kilang kasut bertentangan antara satu sama lain. Cuma yang memisahkan sempadan antara kilang mereka adalah Sungai Aurach. Disebabkan persengketaan antara dua beradik ini, pekerja daripada kedua-dua kilang ini turut sama tidak sebulu dan memusuhi antara satu sama lain.

Lagi bertambah pelik apabila pekerja dari Adidas tidak boleh bergaul dan mengahwini pekerja Puma dan begitu juga sebaliknya. Malah, layanan terhadap seseorang itu juga dilihat dari jenama kasut yang mereka pakai.

Apa pun perbezaan dan persengketaan yang mereka hadapi, kedua-dua syarikat ini mempunyai kelebihan masing-masing. Puma yang dikepalai Rudolf lebih bijak menjual produk manakala Adidas pula lebih mahir menghasilkan kasut yang berkualiti dari segi teknikal dan mempunyai hubungan baik dengan ramai atlit.

Kesimpulan

Dua jenama yang kita lihat pada hari ini sudah menjadi nama besar dalam industri sukan. Korang boleh tengok sendiri sama ada di saluran televisyen atau sosial media, Adidas dan Puma banyak mempromosikan produk mereka dan menaja pelbagai jenis sukan.

Apa pun yang berlaku pada masa lalu adalah sebahagian daripada sejarah atau kisah silam yang boleh diambil iktibar. Namun sekarang, Adidas dan Puma tetap berdiri teguh bersama jenama-jenama besar yang lain dan meneruskan perniagaan mereka dengan cemerlang.

Sekarang korang dah tahu kan sejarah asal-usul bagaimana terciptanya Adidas dan Puma? Lepasni boleh lah ceritakan pada kawan-kawan korang yang memang peminat dua jenama sukan ni.

Akhir sekali saya nak kongsikan satu produk yang memang saya minat sangat dan sentiasa bawa kalau pergi ke mana-mana, iaitu Meuskin Booster Treatment Gel.


Meuskin Booster Treatment Gel ni sejenis pelembap tapi ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah tau! So kalau korang ada masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan kering, saya memang recommend dekat korang Meuskin Booster Treatment Gel.


Saya gerenti lepas korang sapu Meuskin Booster Treatment Gel ni dekat muka memang auto jadi lembut, lembap, dan muka jadi glowing terus!

Kalau nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel ni korang klik je link website Meuskin.com ni atau boleh chat direct terus dekat Whatsapp Meuskin HQ untuk dapatkan OFFER dan DISKAUN yang sangat JIMAT!!!

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search