Thursday, November 24, 2022

Teh Dicipta Tanpa Sengaja? : Baca Kisah Menarik Tentang Sejarah Minuman Teh

Teh Dicipta Tanpa Sengaja? : Baca Kisah Menarik Tentang Sejarah Minuman Teh


Minuman teh sememangnya sinonim dengan masyarakat yang tinggal di benua Asia. Malah, negara UK juga lebih menggemari teh untuk dijadikan minuman harian mereka berbanding dengan kopi.

Persoalannya, dari mana asal-usul teh ini dan siapakah yang bertanggungjawab menemukan minuman jenis herba yang lazat dan enak ini?

Individu Pertama Yang Menemui Teh


Setakat ini, tiada dokumen rasmi yang menyatakan siapa individu pertama menemukan teh. Namun begitu, ada satu cerita legenda yang berkaitan dengan seorang Maharaja China yang digelar dengan nama Shennong (atau Shen Nung).

Melalui penceritaan rakyat, Maharaja Shennong merupakan seorang pakar herba yang suka mengajar rakyat Cina tentang ilmu pertanian. Dari terjemahan nama dia juga boleh membawa maksud "Dewa Pertanian". Beliau banyak mencipta kaedah pertanian yang efektif dengan menggunakan cangkul, bajak, perparitan dan tebas-bakar.

Maharaja Shennong Tidak Sengaja Mencipta Teh


Pada tahun 2737 SM, ketika Maharaja Shennong bereksperimen dengan herba, beliau berhenti sekejap untuk berehat di bawah pokok yang tidak diketahui. Semasa berehat, beliau akhirnya terlelap di bawah sinar matahari sambil mendidih secawan air di sisinya.

Saat itu juga angin sedang bertiup kencang. Angin tersebut turut membawa daun berterbangan yang jatuh ke tanah dan ada beberapa darinya termasuk ke dalam cawan Maharaja Shennong itu tadi.

Setelah terjaga dari tidur, beliau melihat dalam cawan tersebut air telah bertukar menjadi warna kehijauan dan berasa tertarik untuk mencubanya. Maharaja Shennong ternyata berasa gembira kerana kelazatan air tersebut dan secara tidak sengaja beliau direkodkan sebagai orang yang pertama menemukan minuman teh hijau.

Penyebaran Teh Ke Seluruh Dunia


Dalam rekod sejarah barat dikatakan terdapat seorang pengembara Arab menyatakan selepas tahun 879 sumber pendapatan utama di Canton ialah duti ke atas garam dan teh. Marco Polo pula merekodkan tentang seorang menteri kewangan Cina pada tahun 1285 telah mengenakan cukai teh.

Portugal pula telah menubuhkan sebuah pelabuhan perdagangan di Macau pada tahun 1557. Antara barang dagangan yang terkenal pada masa itu adalah minuman Cina yang dikenali sebagai "cha" tersebar dengan cepat. Syarikat Hindia Timur Belanda pula direkodkan membawa daun teh hijau pertama ke Amsterdam dari China pada awal abad ke-17.

Di Perancis pula, teh telah menjadi sangat popular di bandar Paris sekitar tahun 1648 walaupun ia mula diperkenalkan pada tahun 1636. Sejarah teh di Russia pula agak sedikit berbeza kerana Duta Russia yang mencuba minuman itu pada tahun 1618 tidak gemar akan rasanya dan menolak tawaran kemasukan teh di negara itu selama 50 tahun.

Kesimpulan

Minuman teh yang kita minum pada hari ini telah mengalami pelbagai evolusi di mana sekarang ia lebih mudah didapati dan senang untuk disediakan. Teh juga telah tersebar ke serata dunia melalui aktiviti perdagangan yang sangat aktif pada masa dahulu.

Secara amnya, teh mempunyai banyak khasiat dan manfaat dari segi kesihatan dan juga kecantikan. Selain itu, teh juga banyak digunakan pada zaman dahulu untuk menjaga kecantikan kulit wajah. Ini kerana teh merupakan tumbuhan herba yang mempunyai ciri antioksidan yang boleh membuang toksik-toksik dalam kulit.

Pada zaman sekarang, banyak produk-produk kesihatan dan kecantikan kulit boleh didapati di farmasi dan kedai-kedai. Sama juga seperti Meuskin Booster Treatment Gel!



Meuskin Booster Treatment Gel ni ialah sejenis pelembap yang ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah kulit. Bahan kandungan dalam Meuskin Booster Treatment Gel ni telah diformulasi oleh pakar dengan menggunakan teknologi Micronized yang merawat kulit secara menyeluruh.

Yang ada masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kusam, tona tidak sekata, dan kulit kering memang recommend sangat untuk cuba Meuskin Booster Treatment Gel ni.


Kalau korang tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel ni boleh klik link website Meuskin.com atau chat direct terus dengan Whatsapp Meuskin HQ untuk dapatkan DISKAUN dan OFFER yang menarik!





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search