Sunday, November 13, 2022

Baca 5 Fakta Menarik Tentang Turkiye Yang Ramai Masih Belum Tahu : No.3 Punca Turkiye Tukar Nama!

Baca 5 Fakta Menarik Tentang Turkiye Yang Ramai Masih Belum Tahu : No.3 Punca Turkiye Tukar Nama!


Negara Turkiye sememangnya nama yang tidak asing lagi untuk korang dengar. Ia terletak di antara benua Asia dan Eropah dan majoriti masyarakat di sini menganut agama Islam. 

Turkiye juga selalu dijadikan destinasi percutian oleh ramai orang kerana terdapat banyak lokasi-lokasi menarik dan indah untuk dikunjungi. Malah, banyak penggambaran dari luar negara dilakukan di sini terutamanya di kawasan Istanbul dan Capadoccia.

Nak tahu lagi fakta menarik tentang Turkiye? Jom kita sambung baca artikel ni!

1. Turkiye Mempunyai Lebih 80,000 Masjid


Bilangan masjid di Turkiye ini sangat banyak disebabkan 99% daripada populasinya merupakan muslim. Antara monumen masjid yang terkenal di Turkiye ini ialah Hagia Sophia dan Masjid Biru. Dengan rekabentuk arkitekturnya yang tersergam indah, tempat-tempat sebegini boleh memberikan pengalaman dan pelajaran yang luas berkaitan dengan kebudayaan dan agam meskipun korang bukan seorang muslim.

2. Santa Claus Berasal Dari Turkiye


Korang mesti ingat Santa Claus ni berasal dari negara Barat kan? Ya memang figura Santa Claus ini biasanya dikaitkan dengan agama Kristian dan banyak diceritakan oleh masyarakat Barat. Tapi sejarah asal-usul kelahiran Santa Claus adalah di kawasan yang bernama Patara di selatan Turkiye, berhampiran Pantai Mediterranean.

3. Lebih 30 Bahasa Dituturkan Di Turkiye


Majoriti masyarakat di Turkiye bertutur menggunakan bahasa Turki moden. Namun begitu, bahasa minoritinya mempunyai 30 jenis seperti bahasa Zazaki, Kurmanji, dan bahasa Arab. Kebanyakan dari bahasa ini dituturkan di kawasan kampung dan jauh dari bandar seperti orang-orang Kurdi utara.

4. Pertukaran Nama Turkiye


Mesti ada yang perasan saya menggunakan istilah Turkiye, dan bukannya Turki, kan? Kalau korang nak tahu, pada bulan Disember 2021, Presiden Recep Tayyip Erdogan telah mengumumkan pekeliling bahawa mereka menukarkan ejaan nama Turki kepada Turkiye dalam segala urusan rasmi diplomatik. Pertukaran ini atas alasan istilah Turkiye "mewakili dan melambangkan budaya, ketamadunan, dan nilai-nilai bangsa Turki sebaiknya".

5. Terkenal Dengan Bazar Istanbul Yang Luar Biasa


Di Istanbul, korang wajib kunjungi Grand Bazar atau pasar besar yang menawarkan 4000 buah gerai menjual berbagai jenis barangan dan makanan. Setiap tahun lebih dari 90 juta pengunjung berbelanja di Bazar Istanbul yang unik ini.

Kesimpulan

Negara Turkiye bukan sahaja menjadi destinasi pelancongan semata-mata. Tapi di sini juga menjadi pusat sejarah, kebudayaan, dan agama yang boleh kita pelajari.

Turkiye bukan baru lahir 10 atau 20 tahun lepas, malah sudah beratus ribu tahun yang sudah tentu banyak menyimpan khazanah dunia. So, korang yang rasa tertarik untuk pergi bercuti di Turkiye, boleh lah tambahkan ilmu pengetahuan korang tentang negara yang megah dan indah ini.

Satu lagi nak pesan pada yang pergi bercuti tu untuk sentiasa jaga kesihatan dan keselamatan korang. Kalau buat aktiviti di luar jangan lupa untuk pakai pelembap Meuskin Booster Treatment Gel!

Tahu sebab apa? Sebabnya kulit yang terdedah dengan cahaya matahari dan persekitaran yang tercemar boleh merosakkan lapisan perlindungan kulit yang akhirnya mendatangkan masalah seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, kering, dan banyak lagi.

Sebab itu saya syorkan korang untuk pakai Meuskin Booster Treatment Gel ni. Sejenis pelembap yang ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah kulit wajah.


Meuskin Booster Treatment Gel boleh merawat semula wajah yang terdedah dengan sinar UV matahari untuk menghindar dari berlakunya proses hiper-pigmentasi pada kulit dengan fungsi INFRAGUARD.

Meuskin Booster Treatment Gel memang terbukti berkesan seawal penggunaan 1 botol. Saya dah pakai 3 bulan dan memang ternyata masalah jeragat dan kulit kusam saya diselesaikan dengan mudah.


Kalau nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel korang boleh pergi ke website Meuskin.com atau chat direct ke Meuskin HQ untuk dapatkan OFFER yang menarik!

👉 https://wa.link/dbki92 ðŸ“²





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search