Thursday, November 24, 2022

Rahsia Ulam Pegaga Untuk Lawan Penyakit! : 4 Khasiat Utama Pegaga

Rahsia Ulam Pegaga Untuk Lawan Penyakit! : 4 Khasiat Utama Pegaga


Tumbuhan pegaga sangat dikenali oleh masyarakat di Malaysia dan kebiasaannya digunakan untuk masakan jenis ulam-ulaman. Tapi korang tahu tak walaupun pegaga ini tumbuh secara asli di negara kita, ia sebenarnya ditanam juga di beberapa kawasan lain seperti India, Sri Lanka, utara Australia, Indonesia, Iran, dan banyak lagi.

Selain dipanggil pegaga oleh masyarakat Melayu, tumbuhan jenis herba ini juga dikenali dengan nama 'Pennywort' dan 'Gotu Kola'. Manakala nama saintifiknya adalah Hydrocotyle asiatica atau Centella asiatica. Bentuk fizikal ia juga sangat mudah untuk dikenal pasti, iaitu dengan melihat rupa daunnya yang nipis berwarna hijau-kuning berbentuk seperti kepingan duit syiling.


Ulam pegaga sangat sinonim dengan peradaban orang Melayu kerana ia bukan sahaja digunakan untuk tujuan makanan. Malah ada sebahagian masyarakat yang memanfaatkan kelebihan pegaga dengan menjadikan ia sebagai ubat-ubatan untuk penyakit tertentu.

Dari aspek rasa pula, pegaga dikatakan mempunyai rasa yang agak pahit sedikit berbanding ulam yang lain. Sebab itu dalam tradisi makanan masyarakat Melayu kita sering kelihatan pegaga disediakan bersama sambal belacan yang dimakan bersama nasi putih.

Seterusnya saya akan jelaskan tentang manfaat tumbuhan pegaga ini dari segi kesihatan dan juga kecantikan. Jom kita sambung baca artikel ini di bawah!

Meningkatkan Kadar Penyembuhan Luka


Sebahagian penduduk asli pada zaman dahulu banyak menggunakan daun pegaga ini untuk membalut luka akibat daripada aktiviti tertentu seperti memburu, menebas hutan, menukang, dan lain-lain lagi. Untuk mengatasi luka supaya tidak berlarutan, mereka menuam luka tersebut dengan daun pegaga.

Metod ini bukanlah suatu perkara yang sia-sia tanpa motif kerana terdapat kajian tentang tumbuhan 'Pennywort' ini yang menyokong sifat penyembuhan luka. Kajian ini menggunakan ekstrak Centella asiatica (CAE) yang diambil terus dari tumbuhan ini. Tambahan pula, walaupun dalam formulasi yang berbeza seperti dalam bentuk krim atau gel, ia tetap memberikan kesan positif terhadap penyembuhan luka.

Bahan yang bernama Asiaticoside merupakan satu bahan yang sangat aktif dalam CAE. Ia dilaporkan membantu dalam meningkatkan pembentukan kolagen di kawasan luka di samping merangsang proses pembentukan salur darah yang baru (angiogenesis). Asiaticoside juga dipercayai berupaya untuk menambah baik masalah kebocoran salur darah kapilari ketika luka.

Melindungi Sistem Saraf


Ekstrak pegaga bukan sahaja baik untuk luaran, malah sebenarnya ia mampu memberi perlindungan yang  hebat untuk sistem saraf kerana ciri antioksidan yang terdapat dalam kompaunnya. Antioksidan ni sangat efisien untuk melawan penyakit kognitif seperti Alzheimer.

Ada satu kajian yang dijalankan untuk melihat kesan Asiaticoside terhadap bahan toksik beta-amyloid pada kultur sel dan juga hirisan bahagian hippocampus. Hasilnya, dapatan kajian tersebut menunjukkan ia berupaya untuk menghalang kematian sel yang dicetuskan oleh radikal bebas dan daripada pendedahan kepada beta-amyloid.

Mempunyai Sifat Anti-Radang & Tahan Sakit


Dari segi kesan tahan sakit, Centella asiatica dikatakan berkesan dalam menghasilkan tindakan antikeradangan. Malah keberkesannya juga dipercayai sama kuat dengan ubat aspirin, tapi tidak sekuat morfin.

Berdasarkan satu ujian histopatologi pula, para pengkaji mendapati bahawa bahan aktif dalam CAE iaitu madecassoside mempunyai kelebihan dalam merawat keradangan. Bahan tersebut berjaya mengurangkan pencerobohan sel-sel keradangan ke dalam rawan. Ini menyimpulkan CAE mampu untuk memberi kesan perlindungan daripada kerosakan sendi yang biasa kita lihat dalam pesakit arthritis. 

Merawat & Mencantikkan Kulit Muka


Siapa sangka makan ulam pegaga boleh jadi cantik? Tapi itulah hakikatnya khasiat dan manfaat yang diberikan oleh tumbuhan jenis herba ini. Seperti yang diceritakan di atas, Centella asiatica mempunyai sifat antioksidan dan juga antiradang. Jadi, kulit muka kita juga tak terlepas dari masalah keradangan ni.

Salah satu kelebihan Centella asiatica adalah ia boleh menghidupkan semula lapisan perlindungan kulit. Selain itu, ia juga sebenarnya dapat mengurangkan kemerahan dan kekasaran pada kulit khususnya bagi mereka yang menghidap penyakit kulit seperti ekzema atau psoriasis. Kelembutan dan ketenangan kulit juga dapat dikekalkan dengan menggunakan ekstrak pegaga pada kulit wajah.

Ada satu produk yang saya minat sebab ia mempunyai ekstrak pegaga dan telah diformulasikan menjadi sejenis pelembap, Meuskin Booster Treatment Gel!


Sebelum ni memang susah saya nak cari produk yang boleh selesaikan masalah kulit kering dan kusam ni. Dah macam-macam produk saya gunakan tapi satu pun tak mendatangkan hasil. Sampailah 3 bulan lepas saya cuba Meuskin Booster Treatment Gel ni sebab viral dekat tiktok. Sekarang saya boleh cakap kulit makin lembut dan sejuk tau dah tak ada rasa pedih-pedih macam kena sunburn!


Korang jangan risau sebab Meuskin Booster Treatment Gel ni bukan produk timbang kilo ke apa. Korang boleh tengok sendiri tekstur, rupa, dan bahan ramuan dia semuanya selamat dan dikilang di Malaysia. Yang paling penting berdaftar dengan KKM dan lulus ujian klinikal makmal.


Kalau korang nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel ni korang boleh klik link website Meuskin.com atau chat direct terus ke Whatsapp Meuskin HQ untuk dapatkan DISKAUN dan OFFER yang MENARIK!!!





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search