Wednesday, November 9, 2022

Macam Mana Nak Pilih Sunscreen Terbaik? : Ketahui 3 Jenis Sunscreen Yang Sesuai Dengan Kulit Korang!

Macam Mana Nak Pilih Sunscreen Terbaik? : Ketahui 3 Jenis Sunscreen Yang Sesuai Dengan Kulit Korang!

 


Mungkin korang dah selalu dengar pasal sunscreen dan kebaikannya pada kulit badan dan muka kan? Tapi sebenarnya penting sangat ke sunscreen ni sampai ada yang betul-betul perjuangkan pemakaian sunscreen ni?

Dalam artikel kali ini saya akan menjelaskan sedikit sebanyak tentang apa itu sunscreen, jenis-jenis sunscreen, dan manfaatnya. Jom sambung baca di bawah!

Apa Itu Sunscreen?


Sunscreen atau pun dalam bahasa malaysia nya 'tabir suria' ialah satu produk perlindungan dan rawatan kulit yang terdedah dengan pengaruh sinar UV dari matahari. Sebenarnya terdapat beberapa jenis tekstur sunscreen di pasaran seperti losyen, gel, krim, dan juga foam (buih).

Kebiasaannya penggunaan sunscreen sering dikaitkan dengan aktiviti luar seperti pantai atau bersukan. Tapi, korang tahu tak dalam rumah pun sebenarnya kena pakai tau? Teruskan bacaan untuk tahu kenapa.

Mengapa Sunscreen Penting?


Sinar matahari yang menembusi kulit sememangnya memberikan manfaat pada kesihatan kulit. Antaranya adalah mendorong penghasilan vitamin D pada tubuh badan manusia. 

Tapi dalam masa yang sama, sinar matahari membawa radiasi UV yang sangat berbahaya untuk kulit. Sinar UV pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu UVA, UVB, dan UVC.

Sinar UVA mampu mempercepatkan efek penuaan pada kulit, menampakkan garis halus, dan menghilangkan keanjalan kulit. Sinar UVB pula sebahagian besarnya tidak dapat menembusi atmosfera bumi tapi lebihan tersebut boleh mengakibatkan kulit terbakar, menggelap, meningkatkan sensitiviti kulit, dan menyebabkan inflamasi. Manakala UVC pula memang tidak dapat langsung menembusi lapisan ozon bumi. Jadi, ia tidak memberikan impak pada kulit manusia.

Sekarang korang dah tahu kenapa pemakaian sunscreen amat diperlukan. Risiko bahaya sinar UV ni sangat tinggi kerana ia boleh menyebabkan kanser kulit. Sinaran radiasi dari alat teknologi dalam rumah kita pun sebenarnya bahaya tau. Penggunaan gajet seperti smartphone, televisyen, dan tablet itu semuanya memancarkan radiasi yang tidak sihat untuk manusia.

Jenis Sunscreen


  • Chemical Sunscreen
Sunscreen daripada jenis ini memiliki bahan utama yang terdiri dari sebatian kimia seperti Aminobenzoic Acid dan Oxybenzone. Cara chemical sunscreen berfungsi adalah dengan membuat satu lapisan yang khusus pada kulit dan menyaring sinar UV daripada menembusi kulit paling dalam (dermis).

Kebiasaannya tekstur chemical sunscreen lebih ringan dan cepat meresap serta nyaman bila disapu. Namun begitu, bagi mereka yang mempunyai kulit jerawat perlu mengelakkan pemakaian chemical sunscreen kerana ia bersifat comedogenic.

  • Physical Sunscreen
Dikenali juga dengan mineral sunscreen atau sunblock. Sunscreen jenis ini terdiri daripada bahan mineral seperti Zinc Oxide dan Titanium Dioxide untuk melindungi kulit. Metod bagi physical sunscreen ini adalah dengan memantul semula sinar UV yang menembusi kulit.

Ia juga lebih efektif untuk melindungi jika nak dibandingkan dengan chemical sunscreen. Tapi kekurangannya adalah dari segi teksturnya yang kental sehingga agak sukar untuk diserap kulit. Tekstur tersebut memberikan rasa berat dan berminyak pada kulit.

  • Hybrid Sunscreen
Para saintis telah menemukan satu inovasi baru dengan menggabungkan chemical dan physical sunscreen. Kombinasi ini memberikan tekstur yang lebih ringan dan sejuk, non-comedogenic, dan memberikan perlindungan UV yang maksimum pada kulit.

Kesimpulan

Pemakaian sunscreen sangat penting untuk memastikan kulit tidak terdedah dengan risiko dan masalah kulit seperti hiper-pigmentasi, kulit kering menggelupas, kemerahan, dan lain-lain lagi.

Tidak kira sama korang sentiasa beraktiviti di luar atau pun sekadar duduk di rumah sahaja, kedua-dua kondisi perlu dipakai sunscreen. Jenis-jenis sunscreen pun berbeza mengikut kesesuaian dan jenis kulit korang.

Kalau korang nak pakai pelembap 3 dalam 1 yang boleh merawat kulit dari kerosakan sinar UV, saya recommend sangat Meuskin Booster Treatment Gel.


Meuskin Booster Treatment Gel ni bukan sahaja boleh menghilangkan jerawat dan jeragat. Malah ia boleh memudarkan hiper-pigmentasi dan mempunyai fungsi INFRAGUARD untuk melindungi kulit dari sinar UV.


Meuskin Booster Treatment Gel ni memang terbukti berkesan untuk selesaikan masalah kulit korang dalam masa 7-14 hari tau. Dan korang jangan risau, kesemua bahan dalam Meuskin Booster Treatment Gel ni dah diformulasi oleh pakar dan lulus ujian klinikal makmal dan KKM juga!


So, kalau korang nak kulit cantik, bersih, dan licin, cepat tekan link Meuskin.com ni untuk tahu info lebih lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel atau korang boleh chat direct Meuskin HQ dengan klik link Whatsapp ni 👉 https://wa.link/dbki92 📲

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search