Thursday, November 3, 2022

Cameron Highland Ada Strawberi Je Ke? : Jom Lawat 6 Destinasi Menarik Di Cameron Highland!

Cameron Highland Ada Strawberi Je Ke? : Jom Lawat 6 Destinasi Menarik Di Cameron Highland!

Sumber gambar : https://www.audleytravel.com/us/malaysia/things-to-do/explore-the-cameron-highlands

Salah satu destinasi pelancongan yang paling ramai orang pergi di Malaysia ni sudah tentu lah Cameron Highland. Selain terkenal dengan suhu yang sejuk dan ladang strawberi, Cameron Highland juga mempunyai ladang teh di lereng bukit yang tersergam indah.

Pemandangan bukit-bukau dan gunung-ganang juga menghiasi kawasan persekitaran Cameron Highland yang membuatkan minda kita jadi tenang seketika.

Cuti sekolah pun dah tak lama lagi ni, jadi apa kata dalam artikel ni saya bawakan anda beberapa kawasan dan tarikan yang ada di Cameron Highland. Lepas ni korang semua boleh rancang percutian sama ada dengan keluarga atau pun kawan-kawan.

1. Cactus Valley

Sumber gambar : https://www.easybook.com/tour/destination/malaysia/pahang/cameron-highlands/cactus-valley

Bagi peminat tumbuh-tumbuhan dan ingin mempelajari serta mengenali jenis-jenis tumbuhan cantik, ini lah tempatnya! Di sini bukan kaktus sahaja yang ditanam, malah ada tumbuhan lain juga seperti ros, lily, hibiscus, bird of paradise, dan banyak lagi.

Tiket :
Dewasa : RM4
Kanak-kanak : RM2

Waktu operasi : 8:00 pagi - 6:00 petang setiap hari

2. Mossy Forest

Sumber gambar : https://www.klook.com/en-SG/activity/30619-cameron-highlands-gunung-brinchang-mossy-forest-day-trip/


Kalau korang teringin nak alami suasana ala-ala Lord Of The Rings, boleh lah masukkan Mossy Forest sebagai destinasi utama. Hutan ini dinamakan mossy kerana dipenuhi dengan lumut dan menampakkan seolah-olah korang berada di alam fantasi!

Tiket :
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM5

3. Cameron Valley Tea

Sumber gambar : https://theculturetrip.com/asia/malaysia/articles/the-10-best-coffee-shops-in-cameron-highlands-malaysia/

Sesiapa yang pergi ke Cameron tak sah kalau tak singgah di Cameron Valley Tea House ni. Rekabentuk kafe moden yang menyediakan menu panas dan ditempatkan di lereng bukit dihiasi pula dengan pemandangan hijau dan ditambah dengan suasana yang nyaman. Cukup sempurna, bukan?

Waktu Operasi:
8:30 pagi - 6:00 petang (Isnin hingga Khamis)
8:00 pagi - 7:00 malam (Sabtu dan Ahad)

4. Butterfly Farm

Sumber gambar : https://www.adventureswithfamily.com/cameron-highlands-butterfly-farm/

Butterfly farm ni adalah satu kawasan yang menjadi tarikan pelancong untuk melihat dan mengenali pelbagai spesis rama-rama, serangga, dan haiwan lain. Di sini, para pengunjung bebas meneroka taman bunga dan memberi makan haiwan peliharaan seperti arnab, guinea pig, dan juga itik.

Tiket :
Dewasa : RM7
Kanak-kanak : RM4

Waktu Operasi : 9:00 pagi - 5:30 petang

5. Cameron Lavender

Sumber gambar : Google

Nak tengok tempat yang penuh dengan pokok lavender? Apa kata korang masukkan Taman Cameron Lavender ni dalam checklist korang. Dekat sini bukan pokok lavender je ada tau, malah ada pelbagai spesis pokok lain seperti strawberi dan ros. Nak cuba aiskrim perisa lavender? Sini lah tempatnya!

6. Strawberry Cameron Highland

Sumber gambar : https://www.cameronhighland.net/strawberry-farms.htm

Tak lengkap la percutian Cameron Highland korang kalau tak borong buah strawberi banyak-banyak. Dekat sini memang senang nak jumpa orang jual buah strawberi. Strawberi Farm pun ada dekat kawasan Brinchang. 

Kesimpulan

Sekarang ni korang dah tahu kan beberapa lokasi menarik di Cameron Highland. Lepasni takde lah korang pergi ladang strawberi je.

Dah macam-macam ada sekarang dekat Cameron Highland. Memang sesuai kalau nak bawa keluarga atau kawan-kawan pergi bercuti dekat sini. 

Sambil bercuti tu jangan lupa dengan moisturizer korang. Kalau selalu terdedah dengan cahaya matahari atau persekitaran yang kita tak tahu tahap kebersihannya memang nanti jadi rosak kulit kita.

Kalau macam saya ni memang sentiasa bawa MEUSKIN BOOSTER TREATMENT GEL!


Kalau nak kulit muka kekal lembap dan anjal sepanjang masa, korang pakai lah Meuskin Booster Treatment Gel ni. Ia sejenis pelembap tapi yang special nya dia ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah.

Yang ada masalah kulit kusam, jerawat, jeragat, dan kulit kering tu memang dah tiba masa korang tukar guna produk Meuskin Booster Treatment Gel ni pula. Dalam ni ada ekstrak pegaga, niacinamide, hyaluronic acid, dan pelbagai lagi khas untuk jadikan kulit korang flawless dalam masa 7-14 hari. 


Nak tahu info lanjut korang boleh tekan je link Whatsapp Meuskin HQ ni 👉 https://wa.link/dbki92 📲

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search