Tuesday, November 8, 2022

7 Perkataan Bahasa Inggeris Yang Ambil Dari Istilah Bahasa Arab!

7 Perkataan Bahasa Inggeris Yang Ambil Dari Istilah Bahasa Arab!


Hai semua! Pada segmen #Umum kali ini saya nak kongsikan satu fakta menarik tentang perkataan Inggeris yang sebenarnya diambil dan berasal daripada istilah Arab.

Saya tahu ada antara korang yang gemar untuk pelajari topik bahasa, kan? So saya sediakan bacaan santai ni untuk kita sama-sama tambah ilmu. Jom kita sambung baca di bawah!


1. Alchemy


Bagi pelajar aliran sains di sekolah menengah, korang mesti ambil matapelajaran kimia bukan? Tapi tahu tak sebenarnya perkataan kimia adalah istilah bahasa Melayu yang dipinjam terus dari perkataan bahasa Arab 'al-kimia'.

Al-kimia ini juga yang menjadi penyumbang kepada perkataan 'alchemy' yang digunakan oleh masyarakat Barat. Ini merujuk kepada proses sains yang melibatkan bahan seperti perak dan emas. Dari segi asal-usul perkataan al-kimia pula ada pendapat yang mengatakan istilah akarnya adalah 'khem' dalam bahasa koptik yang digunakan oleh orang Mesir pada masa itu.

2. Cotton


Pengenalan cotton atau kapas di Eropah dibawa oleh pedagang Arab yang mula datang ke kawasan Siberia (kini Sepanyol) sekitar abad ke 8. Tetapi penggunaan kapas sebagai bahan tenunan telah lama diamalkan di beberapa kawasan seperti Mexico, Parsi, India, China, India, Tanah Arab, dan Mesir.

Istilah cotton sebenarnya diambil dari bahasa Arab iaitu 'qutun' atau 'qutn' yang kemudiannya disebut 'coton' oleh orang Perancis lama sebelum ditukar menjadi 'cotton' dalam bahasa Inggeris. Selain bahasa Inggeris, ada beberapa bahasa dari negara lain yang menggunakan 'qutun' sebagai rujukan seperti 'katoen' (Belanda), 'kattun' (Jerman, dan 'cotone' (Itali).

3. Sugar


Secara umumnya istilah 'sugar' ini asalnya dari perkataan Sanskrit 'sarkara' yang bermakna gula kisar dan kemudiannya digunakan oleh orang Parsi menjadi bunyi 'sakar'. Orang Arab yang tinggal di kawasan berhampiran dengan Parsi pula meminjam istilah tersebut dan menukarkannya kepada 'as-sukkar'.

Dari sini lah masyarakat Barat meminjam istilah Arab tersebut dan menjadikan istilah mereka sendiri seperti azucar (Sepanyol), zucker (Jerman), dan zucchero (Itali). Perkataan Inggeris moden 'sugar' pula diambil dari bahasa Perancis lama yang dieja sebagai 'sugre'.

4. Candy


Perkataan candy ini merujuk kepada gula-gula, jadi asal-usul nama ini tidak kurang bezanya dengan perkataan gula. Candy diambil dari bahasa Perancis lama yang memanggil makanan tersebut dengan istilah 'candi'. Manakala Istilah Perancis ini meminjam terus dari perkataan bahasa Arab iaitu 'qandi' yang merujuk kepada 'bongkah gula'.

Istilah Arab 'qandi' ini pula merujuk kepada bahasa Parsi iaitu 'qand' yang bermaksud gula tebu. 'Qand' dalam bahasa Parsi ini diambil dari istilah Sanskrit iaitu 'khanda' yang membawa makna 'seketul gula'.

5. Lemon


Korang tahu tak perkataan limau dalam bahasa Melayu adalah pinjaman dari istilah Portugis 'limao'. Tapi dari mana orang Portugis dapat idea untuk mencipta perkataan limao tersebut? Sebenarnya mereka juga mengambil terus dari istilah Parsi 'limun' yang merujuk kepada buah-buahan jenis sitrus.

Saudagar-saudagar dari Tanah Arab pula membawa hasil buah ini masuk ke Eropah dan menjualnya sebagai 'laimun'. Buah ini menjadi sangat popular di kawasan tersebut dan orang Perancis mengenalinya sebagai 'limon' dan dari situlah istilah Inggeris 'lemon' tercipta.

6. Sofa 


Mesti korang semua tak sangka kan perkataan sofa ni asalnya dari bahasa Arab? Tapi bagi masyarakat Arab, mereka mengistilahkan 'suffah' sebagai bangku rendah yang diletak di atas lantai, diperbuat daripada kayu atau batu dan dihamparkan dengan kain. Dan kebiasaannya mereka yang guna bangku ini akan duduk secara bersila.

Manakala asal-usul suffah pula dipinjam dari istilah Aramaik yang dipanggil 'sippa' yang bererti hamparan. Dari sini, masyarakat Turki mengambil istilah suffah dan menulisnya sebagai 'sofa' dan kemudian orang Perancis menggunakan terus perkataan sofa tersebut tanpa mengubah ejaan. 

7. Average


Perkataan average ni boleh dikatakan seluruh dunia memakainya tapi ramai yang tidak sedar bahawa perkataan ini diambil dari istilah Arab iaitu 'awariyah'. Awariyah pula bermaksud barang-barang yang telah rosak dan ini merujuk kepada barang dagangan yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab yang mengalami kerosakan semasa dalam perjalanan, bencana, atau telah luput tarikh.

Semasa urusan jual beli antara pedagang Arab dan Eropah berlaku, pengiraan kos awariyah harus diambil kira untuk mengenal pasti kerugian yang perlu ditanggung dan inilah yang dinamakan sebagai kiraan purata kerugian. Konsep mengira purata ini pula mula popular dalam kalangan masyarakat Barat dan diistilahkan seperti averia (Sepanyol), avarij (Belanda), avarija (Rusia), havari (Scandinavia), dan berbagai istilah lagi.

Kesimpulan



Dalam dunia ni ada beribu-ribu bahasa yang ditutur oleh sesuatu bangsa atau kaum. Tapi yang menariknya ada juga perkataan-perkataan yang lebih kurang sama disebabkan pinjam dari satu sama lain.

Apa yang kita boleh pelajari di sini sebenarnya adalah dengan bahasa sahaja kita umat manusia boleh berkongsi dan hidup dengan aman damai menjalankan urusan harian. Jika ada persengketaan atau permusuhan itu hanyalah permainan syaitan yang hanya ingin melihat dunia ini gelap dan mundur.

Cukup setakat itu saja topik kita untuk harini dan saya harap korang semua manfaatkan ilmu yang dikongsikan ini. 

Cuma ada satu lagi perkara yang saya ingin kongsikan pada korang semua iaitu tips untuk menjaga kulit supaya cantik dan sihat!

Meuskin Booster Treatment Gel


Saya mula amalkan 
Meuskin Booster Treatment Gel ni sebab dulu kulit saya banyak sangat masalah seperti jerawat, jeragat, kusam, dan nampak macam tak bermaya. Memang dari remaja kulit saya tak pernah nampak licin dan bersih.

Dah macam-macam produk kulit saya pakai tapi semuanya tak berhasil. Lepas pakai Meuskin Booster Treatment Gel ni kulit saya mula nampak perubahan positif. Bukan saya sorang je rupanya yang dah pakai Meuskin Booster Treatment Gel ni tapi ramai rupanya dan memang terbukti berkesan!



Kalau nak tahu info lebih lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel ni korang tekan je link Whatsapp ni 👉 https://wa.link/dbki92 ðŸ“²

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search