Wednesday, November 2, 2022

Jangan Buang Kulit Pisang! : 6 Jenis Buah Untuk Hilangkan Jerawat & Parut

Jangan Buang Kulit Pisang! : 6 Jenis Buah Untuk Hilangkan Jerawat & Parut


 

Siapa dekat sini yang selalu ada masalah jerawat dekat muka? Mesti korang penat dah cuba macam-macam cara dan produk tapi tak berhasil.

Apa kata kali ni korang cuba cara lain pulak. Yang menariknya, tips hilangkan jerawat yang saya ingin kongsikan ni adalah dengan hanya menggunakan buah-buahan!

Tapi sebelum tu jom kita pelajari sedikit apa itu jerawat dan bagaimana ia boleh tumbuh dengan banyak pada kulit muka korang!

Maksud Jerawat Dan Punca


Jerawat atau dikenali sebagai akne ini adalah sejenis fenomena biologikal yang terjadi pada kulit muka disebabkan keradangan tisu pada kelenjar minyak di kulit manusia.

Kondisi ini terjadi akibat daripada liang pori tersumbat kemudian mengumpulkan minyak dan sel kulit mati lalu membentuk jerawat.

Ada banyak cara untuk hilangkan jerawat pada kulit muka tapi kadang-kadang ia tidak mendatangkan hasil. Maka, ada lagi satu cara lain yang boleh membantu korang iaitu dengan memerlukan buah-buahan sahaja.

1. Buah Pisang


Pisang ni bukan hanya setakat melancarkan sistem pencernaan korang saja tau. Malah ia juga boleh memberi manfaat pada kulit muka. Tapi bukan buahnya yang kita nak, sebenarnya kulit pisang tu lah yang ada fungsi membersih dan mencuci kulit. Caranya adalah dengan hanya sapu kulit pisang secara terus pada bahagian kulit muka yang bermasalah dan lihat kesan positifnya sendiri!

2. Buah Epal


Buah epal memiliki ciri antibakteria dan antioksidan yang sangat bagus untuk melawan radikal bebas sekali gus mencegah dan membersihkan kulit daripada masalah jerawat. Caranya mudah sahaja iaitu dengan mengisar buah epal ini sehingga menjadi pes dan sapukan pada kulit bermasalah. Biarkan selama beberapa minit kemudian bilas serta ulang proses sama 1-2 kali dalam seminggu.

3. Buah Anggur

Buah anggur ni kalau dimakan sejuk memang sangat lazat bukan? Tapi buah ini bukan sahaja sedap untuk dinikmati malah boleh dimanfaatkan khasiatnya dengan menyapu pes anggur seperti epal tadi pada kulit bermasalah. Kandungan seperti resveratrol dan phytoalexin yang terdapat dalam anggur ini dipercayai dapat membantu merawat jerawat kulit dan dalam masa yang sama menghilangkan parut.

4. Buah Betik



Secara umumnya, buah betik kaya dengan vitamin A, C, dan E yang sememangnya dikenali dengan manfaatnya untuk kesihatan kulit. Tapi apa yang lebih menarik tentang buah betik ini ia sebenarnya memiliki enzim papain di mana ia menjadi agen yang menyingkirkan sel kulit mati yang menjadi salah satu bahan yang menyumbat liang pori.

5. Buah Tomato


Sama seperti betik, buah tomato juga kaya dengan vitamin C dan E yang bagus untuk kulit. Cuma buah tomato ini memiliki satu kandungan istimewa yang dipanggil beta-karotena yang mampu melindungi dan merawat kulit dari masalah jerawat. Ia juga memiliki sifat asid yang baik untuk membersihkan kulit dari segala kotoran dan bakteria.

6. Buah Strawberi

Siapa je yang tak kenal dengan buah strawberi ni? Nak cari buah strawberi yang segar mesti teringat nak pergi ke Cameron Highland sambil bercuti kan? Tapi korang tahu tak buah ini mengandungi vitamin dan polifenol yang mampu meningkatkan sistem dan fungsi perlindungan kulit dari masalah seperti jerawat? Ya, memang betul sebab buah strawberi ini juga mengandungi komponen asid salisilik sama seperti bahan yang terkandung dalam produk kulit.

Kesimpulan

Selain dari menggunakan produk kesihatan dan kecantikan kulit yang korang beli dekat farmasi atau kedai runcit tu, buah-buahan juga sebenarnya boleh dijadikan salah satu sumber ikhtiar korang untuk membanteras masalah jerawat.

Atau pun, korang boleh guna dan sapu je MEUSKIN BOOSTER TREATMENT GEL pada kulit muka korang. Dalam Meuskin Booster Treatment Gel ni ada bahan-bahan alami seperti aloe vera, ekstrak pegaga, dan helianthus annuus (sunflower) yang boleh merawat dan menghilangkan jerawat korang dalam masa 7-14 hari.



Ramai yang dah cuba dan bagi feedback positif dekat Meuskin Booster Treatment Gel ni. Best sebab dia water-based dan yang paling penting tiada bahan terlarang seperti merkuri dan paraben. Dah memang confirm selamat untuk digunakan!



Nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel dan cara nak order? Korang klik je link Whatsapp ni dan chat HQ diorang terus! 👉 https://wa.link/dbki92 📲

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search