Monday, November 28, 2022

4 Manfaat Air Beras Untuk Kulit Cantik & Flawless!

4 Manfaat Air Beras Untuk Kulit Cantik & Flawless!


Pernah dengar tak orang guna air basuhan beras untuk cuci muka? Mesti ramai antara korang yang pelik kan? Betul ke ajaran ni boleh buat kulit cantik atau sekadar mitos mengarut sahaja?

Nanti dulu! Jangan cepat sangat menidakkan sesuatu. Sebenarnya cuci muka dengan air basuhan beras ni dah jadi budaya lama masyarakat Asia selama berabad tau. Jadi, memang tak hairan kalau tengok kulit wanita Asia ni sangat bersih, licin, dan lembut.

Sudah menjadi kebiasaan rutin harian mereka pada masa dahulu dengan membasuh muka, rambut, malah mandi dengan air beras. Ini kerana beras itu sendiri adalah sumber mineral dan vitamin yang sangat baik untuk kulit dan rambut.

Antara bahan istimewa yang terkandung dalam air beras ini adalah asid ferulic, iaitu sejenis agen anti-oksidan yang membantu mengekalkan keserian serta awet muda kulit muka. Penjelasan berikutnya saya akan jelaskan tentang manfaat menggunakan air basuhan beras untuk kita sama-sama cuba nanti!

Manfaat Sebagai Pencuci Muka


Korang boleh cuba amalkan basuh muka dengan air beras dengan cara mencelup sebahagian kapas ke dalamnya. Kemudian perlahan-lahan lap kapas tersebut ke seluruh kawasan muka. Tunggu beberapa minit sehingga air tersebut diserap ke dalam kulit dan rasai sendiri kesegaran serta kelembutan pada kulit wajah.

Manfaat Sebagai Toner Muka


Kebiasaannya para wanita perlukan bermacam jenis produk untuk bersihkan solekan atau makeup yang ada pada muka. Tapi korang boleh juga hanya menggunakan air beras sebagai toner muka. Air beras ini mampu membersihkan liang-liang pori sekiranya ada bendasing dari bahan makeup serta merangsang aliran darah untuk memberikan keserian pada kulit muka.

Manfaat Untuk Merawat Jerawat



Mungkin ada yang tak sangka air basuhan beras ini boleh mengatasi masalah jerawat yang ada pada kebanyakan wanita khususnya remaja. Secara umumnya, air beras mengandungi bahan yang bercirikan anti-oksidan. Apabila ia digunakan untuk jerawat, bahan anti-oksidan tersebut akan bertindak sebagai astringen yang melegakan kemerahan jerawat.

Manfaat Untuk Rambut Cantik


Memang tak dinafikan rambut wanita Asia lebih cenderung kepada warna gelap. Masyarakat Asia yang amalkan bilas rambut dengan air beras ini pula sudah tentu mengetahui akan kelebihannya yang membuatkan rambut jadi lebih kuat dan berkilau. Korang juga boleh amalkan dengan menggunakan beberapa titis minyak pati dan urut kepala perlahan-lahan lalu biarkan ia meresap seketika. Selepas itu, korang boleh lah bilas rambut dengan air yang segar. Dalam air basuhan beras itu sebenarnya mengandungi inositol yang menguatkan keanjalan rambut.

Kesimpulan


Kecantikan muka bukan sahaja bergantung pada produk-produk yang berasaskan bahan kimia semata-mata. Malah, bahan alami yang tersedia di depan mata kita juga sebenarnya banyak memberikan manfaat dari segi kegunaannya.

Korang boleh cuba sendiri amalkan basuh muka dengan air beras ini dan lihat bagaimana kulit muka korang berubah menjadi lebih lembut, licin, dan bersih. 

Jangan lupa juga lepas cuci muka mesti pakai pelembap Meuskin Booster Treatment Gel!



Selain dari Niacinamide dan Hyaluronic Acid, Meuskin Booster Treatment Gel juga kaya dengan bahan alami seperti Centella Asiatica (ekstrak pegaga), Cucumis Sativus (timun), dan juga Aloe Barbadensis (gel lidah buaya). Kesemua bahan ni dah diformulasikan oleh pakar dan dijadikan dalam bentuk pelembap Meuskin Booster Treatment Gel yang mempunyai fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah!


Kalau nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel ni korang boleh tekan link website Meuskin.com atau chat direct terus dengan Whatsapp Meuskin HQ untuk dapatkan OFFER dan DISKAUN yang menarik!!!




Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search