Tuesday, November 8, 2022

8 Manfaat Omega-3 Yang Bagus Untuk Kesihatan Korang!

8 Manfaat Omega-3 Yang Bagus Untuk Kesihatan Korang!


Kalau kita pergi farmasi, mesti ada produk-produk yang berasaskan Omega-3 dijual di bahagian supplement dan vitamin. Tapi apa sebenarnya Omega-3 itu dan bagus sangat ke khasiat dia sampai ramai yang mencari?

Omega-3 ni adalah sejenis minyak sihat yang kebiasaannya terdapat pada makanan laut seperti tuna, salmon, sardin, dan lain-lain lagi. Ia juga boleh didapati dari sumber makanan lain seperti telur, minyak zaitun, minyak kanola, dan biji-bijian.


Omega-3 yang paling baik untuk manfaat kesihatan adalah yang mengandungi EPA dan DHA. Ada pelbagai kebaikan Omega-3 yang boleh memberi kesihatan dan ketahanan pada daya tubuh badan. Nak tahu? Sambung baca artikel ini di bawah;

1. Menjaga Kesihatan Jantung


Tidak kira lah korang dapatkan sumber Omega-3 dari makanan atau supplement tambahan, Omega-3 mampu menurunkan kadar trigliserida dan meningkatkan kolestrol baik (HDL) dalam tubuh badan. Dalam masa yang sama juga, aliran darah menjadi lebih lancar serta mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti strok, tekanan darah tinggi, dan serangan jantung.

2. Mencegah Risiko Kanser


Sifat anti-radang dan anti-kanser dalam Omega-3 dapat membantu mencegah dan melambatkan pertumbuhan sel kanser seperti kanser prostat, payudara, serviks, pankreas, dan kanser usus. Tapi jangan terlalu bergantung pada Omega-3 kerana ia hanya bertindak sebagai supplement sokongan sahaja. Malah, korang kena pastikan untuk sentiasa jalani gaya hidup dan pemakanan sihat.

3. Menambahbaik Kesihatan Dan Fungsi Otak


Otak kita ni perlukan nutrisi yang cukup untuk memastikan fungsinya sentiasa efektif dan salah satu sumber nutrisi yang baik adalah Omega-3. Pengambilan Omega-3 ini dapat meningkatkan daya ingat dan konsentrasi serta mengurangkan risiko penyakit yang berkait dengan otak seperti demensia dan Alzheimer.

4. Menjaga Kesihatan Mata


Dalam mata kita ini ada struktur yang dikenali sebagai retina dan lemak merupakan bahan utama. DHA yang terdapat dalam Omega-3 ini dapat mencegah risiko penyakit mata seperti degenerasi makula.

5. Menguatkan Tulang Dan Sendi


Ada beberapa penelitian menunjukkan bahawa pengambilan Omega-3 dapat menambah kekuatan pada struktur tulang dan ini sekali gus dapat mencegah dari penyakit osteoporosis atau sakit tulang belakang. Selain itu, Omega-3 juga memiliki sifat anti-radang yang dapat mengurangkan sakit sendi.

6. Menstabilkan Mental


Tadi kita dah ketahui manfaat Omega-3 untuk kesihatan otak. Selain itu, nutrisi ini juga mampu memperbaiki mood dan menstabilkan semula mental supaya kita tidak terdedah dengan risiko gangguan seperti depresi atau anxiety.

7. Menyokong Pertumbuhan Janin


Perkembangan saraf dan otak janin dalam perut amat penting untuk memastikan pertumbuhan berada dalam keadaan normal. Kandungan Omega-3 dapat memberikan manfaat yang besar untuk janin serta meningkatkan kecerdasan otak.

8. Baik Untuk Kulit 


Salah satu kebaikan Omega-3 yang ramai tak tahu adalah ia bagus untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Korang tahu tak Omega-3 ni mampu untuk mengatasi masalah hiperpigmentasi? Ya, betul! Kandungan DHA sebenarnya dapat mencegah penghasilan melanin. Selain itu, Omega-3 juga dapat mengurangkan risiko kanser kulit, menyembuh luka, serta memberi efek anti-penuaan.

Ada satu lagi produk yang boleh bagi semua kelebihan tu dengan hanya sapu di muka iaitu Meuskin Booster Treatment Gel!


Meuskin Booster Treatment Gel ni merupakan sejenis pelembap tapi yang best nya dia ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah. So kalau korang ada masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kusam, kedut, dan kering memang saya sarankan korang pakai Meuskin Booster Treatment Gel ni hari-hari. Dalam masa 7-14 hari dah boleh mula nampak kulit makin cantik, bersih, dan yang paling penting sihat!


Nak tahu info lanjut? Korang boleh tengok sendiri Website Meuskin ni. Atau Klik je link Whatsapp Meuskin HQ ni 👉 https://wa.link/dbki92 ðŸ“²

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search