Tuesday, November 15, 2022

6 Jenis Makanan Untuk Pesakit Darah Tinggi! : Amalkan Pemakanan Ini Untuk Kawal Tekanan Darah

6 Jenis Makanan Untuk Pesakit Darah Tinggi! : Amalkan Pemakanan Ini Untuk Kawal Tekanan Darah


Kalau korang salah sorang daripada pesakit yang menghidap darah tinggi, sudah tentu ada pantang larang dari segi pemakanan yang dinasihati oleh doktor kan? Yang pastinya pesakit darah tinggi ni mempunyai senarai makanan apa yang boleh makan dan apa yang tidak boleh.

Memang susah kalau dah hidap macam-macam penyakit ni. Kena lebih berjaga-jaga dalam pengambilan makanan harian. Silap sikit, terus dikejarkan ke hospital naik ambulan. Aduh, masa tu dah tak sempat nak menyesal!

Sekarang ni korang jangan risau. Sebab saya akan kongsikan 6 jenis makanan yang membantu korang mengawal tekanan darah dengan baik.

1. Buah Pisang


Nak dapatkan pisang bukannya susah pun. Dekat kedai runcit atau pasaraya besar pun banyak dijual bermacam-macam jenis pisang dengan harga yang murah. Kandungan potasium yang tinggi dalam buah pisang ni berfungsi mengawal dan mengimbang tekanan darah dan mengurangkan kadar sodium dalam badan. Satu pisang sehari pun sudah memadai kerana ia mengandungi 47000mg potasium.

2. Yogurt Rendah Lemak


Ada beberapa bukti yang telah mengesahkan kebaikan produk tenusu seperti yogurt ini mampu menurunkan tekanan darah. Tapi korang kena pilih produk yang rendah lemak dan elakkan lemak trans serta lemak tepu. Satu lagi pesanan, kalau korang ada masalah intoleransi laktosa elakkan makan produk tenusu untuk mengelakkan sebarang komplikasi.

3. Ikan


Daging merah sebenarnya tidak sesuai untuk mengawal tekanan darah dalam badan. Jadi, alternatif lain untuk protein yang korang boleh ambil adalah dari sumber ikan. Ikan merupakan pilihan terbaik kerana ia mempunyai lemak kurang tepu dan omega-3 yang terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Antara jenis ikan yang sangat kaya dengan bahan tersebut ialah halibut, tuna, dan salmon.

4. Ayam Tanpa Lemak


Selain ikan, daging ayam juga boleh membantu dari segi kesihatan kerana ayam mengandungi kadar kolestrol yang rendah berbanding daging merah. Tapi korang kena pilih dan masak ayam tanpa lemak dan kulit untuk betul-betul menjaga nutrisi.

5. Buah Delima


Kajian baru-baru ini menyimpulkan bahawa buah delima mempunyai fungsi tersendiri untuk membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Dalam setiap 500ml jus buah delima yang diminum setiap hari selama masa 4 minggu terbukti mampu menurunkan tekanan darah dalam badan. Jus buah delima juga terkenal dengan ciri anti-oksidan yang baik untuk kesihatan jantung.

6. Bawang Putih


Masih ramai yang tak tahu bawang putih ni sangat membantu untuk mengembalikan tekanan darah menjadi normal. Ada sejenis kompaun dalam bawang putih yang mempunyai fungsi untuk menstabilkan semula tekanan darah yang tinggi. Walaubagaimana pun, kesimpulan ini masih di dalam kajian oleh pakar-pakar.

Kesimpulan

Banyak makanan yang boleh kita manfaatkan sebagai pilihan utama dalam diet pemakanan bagi pesakit darah tinggi. Sebab tu tak perlu risau untuk tinggalkan makanan kegemaran korang. 

Cuma perlu berhati-hati dalam memilih makanan dan jangan berlebihan dalam sesuatu. Kalau tak dijaga dengan betul, memang akan mengundang pelbagai lagi jenis penyakit seperti kencing manis, obesiti, dan lain-lain.

Selain menjaga kesihatan tubuh badan, korang jangan lupa untuk jaga kesihatan dan kecantikan kulit tau. Sentiasa ingat untuk pakai Meuskin Booster Treatment Gel setiap hari.


Meuskin Booster Treatment Gel mempunyai banyak fungsi bukan sahaja melembap dan mencerah kulit. Malah merawat kulit dengan bahan-bahan yang kaya dengan khasiat seperti aloe vera, ekstrak pegaga, niacinamide, dan banyak lagi.

Kalau korang nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel korang boleh klik link website Meuskin.com atau chat direct terus ke Whatsapp Meuskin HQ untuk dapatkan OFFER dan DISKAUN TERHAD!




Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search