Tuesday, November 29, 2022

7 Lokasi Aktiviti Menarik Di Kuala Lumpur!

7 Lokasi Aktiviti Menarik Di Kuala Lumpur!



Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia yang sangat sibuk dengan aktiviti sama ada pekerjaanataupun pelancongan. Bandaraya yang megah dengan arus kemodenan ini masihmenyimpanseribu satu kenangan sejarah yang dipelihara baik oleh kita semua.

Kalau korang merancang untuk bersiar-siar di Kuala Lumpur, apa yang terlintas di fikiran korang? Kompleks beli-belah, bangunan bersejarah, atau kedai makan sahaja? Sebenarnya, ada banyak aktiviti yang korang boleh buat di sekitar kota raya ini. 

1. Muzium Negara


Terletak berhampiran dengan Taman Tasik Perdana, Muzium Negara menempatkan banyak bahan sejarah yang boleh korang pelajari dengan lebih dalam tentang negara Malaysia yang tercinta ini. Bangunan yang bercirikan arkitektur tradisional ini mempamerkan sejarah dan budaya Malaysia seperti replika rumah masyarakat Melayu, kenduri kahwin, aktiviti perburuan, dan banyak lagi.

2. Aquaria KLCC


Aquaria ini bukan sekadar akuarium yang mempamerkan ikan, malah ia dikenali dengan 'oceanarium' yang menempatkan lebih 5,000 spesis akuatik. Lebih menarik,  konsep pengalaman Aquaria ini akan membawa para pelawat dari daratan hingga ke perjalanan laut dan ia bertujuan untuk mendidik tentang keindahan hidupan akuatik. Di sini juga terdapat pameran interaktif yang menekankan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan laut serta hidupan yang ada di dalamnya.

3. Pasar Seni (Central Market)


Di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur ini terdapat satu lokasi yang menjadi tumpuan para pelancong, iaitu Pasar Seni. Dikenali juga dengan panggilan Central Market, sejarah penubuhan tapak Pasar Seni ini berasal dari tapak pasar tani yang menjual barangan basah seperti daging, buah, dan sayuran pada zaman dahulu. Kini, kawasan tersebut telah dibangunkan dan dijadikan tempat peniaga menjual barangan yang mencerminkan kepelbagaian budaya dan etnik di Malaysia. Antara barangan yang korang boleh cari di sini ialah seperti cenderahati, kraf tangan, barangan seni, malah makanan lokal juga boleh didapati di bahagian tingkat atas bangunan ini.

4. Zoo Negara


Bagi korang yang ada anak-anak tu mungkin dah bosan nak berjalan di dalam mall kan? So, apa kata kali ini hiburkan mereka dengan melawat binatang-binatang di Zoo Negara. Persatuan Zoologi Malaysia merupakan satu badan yang bertanggungjawab mengoperasi Zoo Negara ini yang menempatkan hampir 500 spesis haiwan. Terdapat banyak pameran yang sangat menarik di sini seperti haiwan mamalia, taman reptilia, taman burung, akuarium untuk ikan air tawar, dan banyak lagi. Di sini juga ada menyediakan program konservasi dan aktiviti pendidikan seperti pameran interaktif dan lawatan sambil belajar.

5. Masjid Jamek


Masjid Jamek ini telah dibina sejak awal tahun 1900 dan merupakan antara masjid yang tertua di Malaysia. Ramai pelancong yang gemar melawat Masjid Jamek ini oleh kerana keindahan dan kehalusan seni binanya yang mempunyai pengaruh dari negara Maghribi (Morocco). Lokasinya juga sangat ikonik disebabkan terletak pada titik pertemuan antara Sungai Klang dan Sungai Gombak. Masjid ini juga telah menjadi tempat ibadah yang utama selama beberapa tahun dan banyak menyimpan sejarah kedatangan para pendakwah tersohor serta beberapa pemimpin agama yang lain.

6. Taman Burung Kuala Lumpur

Ada peminat burung tak dekat sini? Kalau ada, korang boleh pergi ke Taman Burung Kuala Lumpur ini dan menikmati pelbagai spesis burung yang cantik dan menarik di sini. Kawasan yang berukuran lebih 20 ekar ini sememangnya sangat luas dan boleh menempatkan lebih 3,000 jenis burung. Taman Burung ini juga sangat fokus dalam menekankan pemuliharaan dan pendidikan tentang spesis burung selain daripada menjadi tempat untuk menjalankan kajian saintifik.

7. Bukit Bintang Street (Golden Triangle)


Dikenali dengan nama jolokan Golden Triangle, kawasan ini merupakan persimpangan yang paling terkenal dan sibuk di Kuala Lumpur. Ia juga seolah-olah kelihatan seperti Shibuya Street yang sangat dikenali di negara Jepun. Golden Triangle menempatkan pelbagai jenis restoran, hotel, kelab malam, dan bar bagi mereka yang menggemari kehidupan malam. 

Kesimpulan

Sebelum ini kalau nak ke Kuala Lumpur korang hanya fikir tentang KLCC, Menara KL, Dataran Merdeka, dan beberapa tempat yang biasa orang pergi. Apa kata kali ini korang cuba sesuatu yang lain seperti yang saya kongsikan di atas.

Ada tempat-tempat yang korang boleh lawat sambil belajar dan ada juga tempat yang boleh dijadikan sebagai terapi sementara melupakan sebentar kesibukan kerja. Apa pun yang korang rancang, saya harap semuanya berjalan dengan lancar dan selamat!

Tapi korang jangan lupa tau sebelum keluar berjalan tu sentiasa pakai pelembap Meuskin Booster Treatment Gel! Kulit muka pun kena sentiasa terlindung dari sinar matahari. Kalau tak macam-macam masalah boleh datang nanti seperti pigmentasi, jeragat, kusam, jerawat, dan lain-lain lagi.


Meuskin Booster Treatment Gel ni bukan sahaja fungsi untuk melembap tau TAPI 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah. Yang paling best dia ada bahan Infraguard yang merawat kulit dari dalam supaya tidak rosak akibat terdedah dengan sinar UV matahari.


Kalau korang nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel ni korang boleh klik link website Meuskin.com atau chat direct terus Whatsapp Meuskin HQ untuk dapatkan DISKAUN dan OFFER yang BERBALOI!!!





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search