Thursday, November 10, 2022

5 Manfaat Makan Ikan Tuna Untuk Badan Sihat & Hilang Stress

5 Manfaat Makan Ikan Tuna Untuk Badan Sihat & Hilang Stress


 

Ikan tuna atau dikenali juga sebagai mackerel ini merupakan salah satu ikan yang menjadi kegemaran orang ramai kerana dagingnya yang tebal dan rasa yang enak. Kebiasaannya kita selalu beli tuna yang didalam tin tapi sebenarnya pelbagai jenis menu boleh disediakan menggunakan ikan jenis ini.

Tuna juga memiliki banyak khasiat dan manfaat pada kesihatan tubuh badan yang ramai masih belum tahu. Ikuti penjelasan lanjut tentang kebaikan ikan tuna ini di bawah;

1. Tinggi Dengan Kandungan Protein


Daging ikan tuna ini kaya dengan sejenis komponen protein yang dikenali dengan amino asid. Setiap 85 gram tuna memberikan antara 24-30 gram protein. Dengan protein yang lengkap dari ikan ini, badan korang akan berfungsi dengan baik dari segi pembentukan hormon, antibodi, serta pemulihan jaringan otot.

2. Mencegah Penyakit Jantung


Ikan tuna juga kaya dengan Omega-3 dalam bentuk EPA dan DHA, di mana bahan ini merupakan sejenis lemak asid yang penting untuk mencegah keradangan dalam tubuh badan. Ini sekali gus melindungi daripada kerosakan pembuluh darah dan menghindar dari menyebabkan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan jantung dan strok.

3. Berpotensi Mengurangkan Risiko Anemia


Antara gejala penyakit anemia adalah tubuh terasa lemas dan pesakit mudah lelah serta penat. Ini disebabkan kadar oksigen dalam badan berkurang disebabkan saluran darah yang membawa sel hemoglobin tidak efektif. Tapi dengan pengambilan tuna sebagai makanan, ikan berdaging merah ini kaya dengan vitamin B6 dan mampu menyumbang dengan meningkatkan penghasilan sel hemoglobin tersebut dan melancarkan sistem respiratori tubuh badan.

4. Mengurangkan Tekanan Jiwa


Vitamin B6 yang terdapat dalam kandungan ikan tuna sebenarnya berfungsi meningkatkan penghasilan hormon serotonin dan norepinefrin. Hormon serotonin tugasnya menstabilkan mood korang dan menimbulkan perasaan gembira serta bahagia. Manakala norepinefrin pula mempunyai pengaruh terhadap kemampuan berfikir dan rasa bahagia.

5. Menjaga Kesihatan Tulang


Setiap 85 gram tuna yang dikonsum sebenarnya menyumbang kepada 185-265 mg fosfor. Kandungan fosfor ini merupakan mineral penting untuk pertumbuhan sel dalam badan. Fosfor juga berfungsi untuk membentuk struktur tulang menjadi lebih padu dan kuat.

Perhatian Ketika Konsum Tuna


Meskipun ikan tuna mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk kesihatan tubuh badan, kadar pengambilan tuna juga tidak boleh berlebihan kerana ia merupakan jenis makanan yang mengadungi merkuri.

Secara umumnya ramai sudah tahu apa kesan buruk merkuri terhadap badan manusia sehinggakan membahayakan sistem saraf. Jadi, sebaiknya kita perlu lebih peka dan tidak makan dengan terlalu banyak. Cukup sekadar 170 gram dalam seminggu.

Selain itu, kandungan merkuri juga bukan sahaja terdapat pada makanan, malah produk-produk kecantikan dan kosmetik pun ada. Sesetengah pembuat produk hanya memikirkan keuntungan dengan meletakkan merkuri dalam bahan formulasi mereka.

Memang kesan baik pada kulit boleh nampak secara instant, tapi untuk jangka masa yang lama ia boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti kanser.

Kalau korang nak cari produk yang selamat, pastikan ada kelulusan KKM dan ujian klinikal makmal, macam Meuskin Booster Treatment Gel yang saya guna ni!


Saya guna Meuskin Booster Treatment Gel ni dah 3 bulan sebab dulu saya ada masalah kulit jeragat dan kusam yang teruk sangat. Dah cuba macam-macam produk tapi susah nak dapat hasil yang baik. Ada sesetengah produk tu buat kulit muka saya bertambah teruk tapi dengan Meuskin Booster Treatment Gel ni memang best sangat lepas pakai kulit jadi makin lembap, lembut, moist dan anjal je.


Kulit boleh nampak jadi lebih anjal dan glowing sebab dalam dia ada ekstrak pegaga, hyaluronic acid, aloe vera, dan macam-macam lagi. Yang penting tiada merkuri dan bahan terlarang lain.

Korang kalau berminat dengan Meuskin Booster Treatment Gel ni boleh pergi ke website Meuskin.com ni dan tengok segala info yang ada dekat situ.

Atau korang tekan je link Whatsapp Meuskin HQ ni sebab dekat situ diorang ada macam-macam OFFER menarik dan FREE GIFT!





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search