Wednesday, November 9, 2022

Harimau Malaya Nak Pupus? : Kenali 5 Fakta Harimau Malaya Yang Korang Mesti Tak Tahu

Harimau Malaya Nak Pupus? : Kenali 5 Fakta Harimau Malaya Yang Korang Mesti Tak Tahu


Negara Malaysia sangat terkenal dengan gelaran 'Harimau Malaya' dan kita boleh nampak pada kebanyakan logo mesti ada meletakkan harimau sebagai perlambangan. Tapi betul ke Harimau Malaya ni ada dekat Malaysia je? Negara lain tak ada?

Jom kita ketahui beberapa fakta menarik tentang Harimau Malaya yang mungkin korang belum tahu!

1. Nama Harimau Malaya



Nama saintifik bagi Harimau Malaya adalah 'Panthera tigris jacksoni' yang diambil sempena nama seorang ahli konservatif harimau iaitu Peter Jackson. Tapi di Malaysia ia lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Belang'. Sebenarnya ada 9 lagi sub-spesis harimau yang lain termasuk 3 sub-spesis yang telah pupus seperti Harimau Bali (Panthera tigris balica), Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica), dan Harimau Kaspian (Panthera tigris virgata).

2. Habitat Harimau Malaya

Sumber gambar : https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/harimau-belang-berkeliaran-di-bukit-awan-ulu-tembeling/

Spesis Harimau Malaya hanya didapati wujud di Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak dijumpai di Sabah dan Sarawak. Manakala habitat utama bagi Harimau Malaya adalah di kawasan Belum-Temengor (Perak), Taman Negara (Pahang, Terengganu, Kelantan), dan Endau-Rompin (Johor, Pahang). Pernah viral satu ketika dahulu Harimau Malaya dijumpai merayau sehingga ke kawasan lebuh raya di Ulu Tembeling, Pahang.

3. Tidak Takut Air



Harimau kebanggaan Malaysia ini merupakan spesis yang tidak takut dengan air berbanding spesis lain. Malah ia mampu berenang antara 7km hingga 29km sehari berkeliaran untuk mengawasi kawasan jajahannya.

4. Berat Tapi Lari Laju


Walaupun berat Harimau Malaya boleh mencecah sehingga 129kg, ia mempunyai kelajuan lari  yang sangat pantas iaitu 96km/j. Kalau nak buat perbandingan, kelajuan tersebut adalah 3 kali ganda lebih pantas dari pelari pecut dunia Usain Bolt! 

5. Belang 'Pak Belang'


Setiap spesis harimau di dunia ini mempunyai keunikan belang yang tersendiri untuk membezakan mereka dengan spesis lain. Sama juga seperti cap jari pada manusia, belang ini lah yang menentukan mereka dari spesis mana.

Kesimpulan

Harimau Malaya merupakan perlambangan keberanian bagi negara kita. Tapi sayangnya spesis ini diancam kepupusan dan bilangan mereka setakat ini kurang dari 200 ekor. 

Oleh kerana ketamakan dan kerakusan manusia itu sendiri, kita meletakkan risiko yang besar bagi Harimau Malaya untuk diteruskan kebanggaan bagi generasi anak cucu kita pada masa akan datang. 

Kalau korang teringin nak melihat Harimau Malaya dengan mata kasar sendiri boleh lah pergi ke zoo-zoo yang ada menempatkan haiwan yang masyhur ini seperti di Zoo Negara atau Zoo Melaka. Sayangi Harimau Malaya, Sayangi Malaysia.

Satu lagi saya nak pesan pada korang semua, musim cuti ni nak dekat kan? Kalau ada yang dah merancang untuk bersiar-siar dengan keluarga atau kawan-kawan tu jangan lupa untuk jaga kesihatan kulit!

Macam saya ni sentiasa bawa Meuskin Booster Treatment Gel ke mana saja saya pergi bercuti. Bukan apa, korang tahu tak kalau kulit sering terdedah dengan sinar matahari boleh rosak tau. Kulit jadi kering, merah, mengelupas, dan gatal-gatal pun ada.

Sebab tu kalau nak selamat dan nak lindung kulit korang, pakai je Meuskin Booster Treatment Gel ni. Sejenis pelembap 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah kulit!


Saya sebelum ni memang ada masalah kulit kering dan menggelupas. Kalau sunburn tu memang pedih sangat rasa tak tahan. Bila saya tanya dengan orang yang lebih arif tentang kulit ni dia cakap sebab lapisan perlindungan kulit dah rosak. So dia recommend saya Meuskin Booster Treatment Gel dan memang ternyata berkesan!


Kalau korang nak tahu info lanjut boleh klik ke website Meuskin.com ni dalam tu segala info tentang Meuskin Booster Treatment Gel ada. Nak order terus kat situ pun boleh!

Atau korang boleh Whatsapp direct ke HQ diorang dan boleh dapatkan OFFER yang best-best!

Klik je link Whatsapp yang saya bagi ni 👉 https://wa.link/dbki92 ðŸ“²








Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search