Tuesday, November 22, 2022

Asal-Usul Sejarah Bola Sepak : Ada Yang Mati Disebabkan Bola?

Asal-Usul Sejarah Bola Sepak : Ada Yang Mati Disebabkan Bola?

 


Musim Piala Dunia telah kembali! Mesti ramai yang teruja untuk saksikan pasukan pilihan mereka beraksi di pentas bola sepak tertinggi ini. Sebelum perlawanan bermula tu jom kita belajar serba sedikit tentang asal-usul permainan bola sepak!

Sukan bola sepak merupakan sukan yang sangat popular dimainkan sejak zaman purba lagi. Antara tamadun yang terawal memainkan sukan ini termasuklah dari zaman Mesir, Yunani, Jepun, China, dan Rom.

Para pengkaji sejarah telah berusaha keras dalam mengesan dan mencari individu yang pertama mencipta permainan bola sepak ini tetapi ternyata masih belum menemukan jawapan yang tepat. Namun begitu, ada beberapa kawasan dan daerah yang ditemui sebilangan artifak dan penulisan yang menandakan bahawa terdapat aktiviti sukan yang sangat rapat dan mirip dengan bola sepak.



Contohnya di Mesir, ahli arkeologi dan sejarah telah menemui artifak lama yang dipercayai merupakan sebuah bola yang diperbuat daripada linen. Objek ini ditemukan di dalam sebuah makam kepunyaan orang Mesir yang berusia 2500 tahun Masihi. Ada juga sesetengah bola dilihat diperbuat daripada usus atau kulit binatang untuk menambahkan fungsi lantunan pada bola.

Berdasarkan lukisan purba yang ditemui di Mesir juga menandakan masyarakat pada masa itu bermain bola semasa pesta menyambut kelahiran. Bola yang dibalut dengan kain yang berwarna cerah itu disepak ke tanah bagi meraikan kemewahan yang mereka ambil dari bumi.



Pada zaman Greek pula diceritakan sangat terkenal dimainkan oleh masyarakat tersebut dan lebih dikenali sebagai Episkyros. Pertubuhan organisasi bola sepak terbesar di dunia sekarang iaitu FIFA juga mengiktiraf Episkyros sebagai permainan sukan terawal yang pernah dimainkan.

Objektif permainan ini dimainkan dengan cara membawa bola melepasi garisan sempadan belakang pasukan lawan di mana para pemain bertukar-tukar hantaran bagi menjayakan misi tersebut. Ia boleh dikatakan juga mirip seakan-akan sukan ragbi pada masa kini.


Bagi masyarakat Rom pula, mereka dikatakan telah mengadaptasi permainan Episkyros tersebut dan menamakan sukan mereka sendiri dengan panggilan Harpastum. Perbezaan antara dua sukan ini adalah Harpastum lebih cenderung kepada permainan fizikal dan agak ganas. Cara permainan ini dimainkan pula lebih mirip kepada American Football.

Harpastum dilihat seperti tiada peraturan, strategi, atau taktik. Malah ada yang menyatakan mereka bermain tanpa pengadil. Bilangan para pemain pula adalah seramai 54 orang iaitu 27 orang bagi setiap pasukan. Objektif permainan ini hanya untuk merampas dan mendapatkan bola supaya ia sentiasa berada di kawasan sendiri.

Ada satu kisah menarik di Rom yang mana permainan bola ini dimainkan sekumpulan budak lelaki dengan berlari sambil menendang bola mengelilingi kawasan bandar. Seorang pemidato Rom bernama Cicera menceritakan suatu insiden pernah berlaku pada masa beliau di mana sekumpulan budak lelaki yang bermain bola ini tanpa sengaja menendang bola ke arah tukang gunting yang sedang mencukur sehingga mengakibatkan hilang kawalan kemudian memotong kerongkong pelanggannya yang akhirnya mati.




Tamadun Asia juga tidak kurang hebatnya dengan sukan bola sepak yang dipercayai sangat popular pada masa itu. Ia lebih dikenali dengan istilah Tsu' Chu, Cuju, atau Zuqiu dan secara kasarnya diterjemah sebagai 'menendang bola dengan kaki'.

Masyarakat Cina pada masa tersebut akan mengisi bulu ke dalam bola dan dimainkan di padang yang berbentuk segi empat tepat. Misi permainan sukan ini adalah para pemain harus menjaringkan gol dengan menyepak bola melepasi sehelai kain yang digantung di antara dua tiang. Nampak seperti mirip dengan bola sepak moden sekarang kan?

Tsu' Chu juga lebih dikenali dimainkan oleh para tentera Cina sebagai pertandingan bagi memastikan tahap fizikal mereka dalam keadaan yang sihat dan cergas. Bermula pemerintahan Dinasti Han, sukan ini dimainkan oleh pemain yang lebih professional dan orang awak juga dibenarkan untuk menyertai.

Pada pertengahan abad ke-17 populariti Tsu' Chu mula menurun dan jarang dimainkan oleh masyarakat di sana. Walaubagaimana pun, FIFA telah mengiktiraf Tsu' Chu sebagai permainan bola sepak versi pertama yang mempunyai pengadil dan peraturan.


Pada pertengahan abad ke-14, terdapat satu permainan sukan yang popular dimainkan orang Inggris di sebelah Barat yang dipanggil Mob Football. Permainan ini tidak mempunyai peraturan dan bilangan pemain juga dikatakan tanpa had.

Mereka dibenarkan bermain selagi permainan mereka tidak menjurus kepada kematian. Oleh sebab itu, dengan bilangan pemain yang ramai, permainan ini tidak terkawan serta jalan-jalan di sekitar pekan telah menjadi satu gelanggang besar.


Era bola sepak moden telah menyaksikan revolusi secara menyeluruh terhadap sukan bola sepak di mana suatu masa dahulu tidak mempunyai peraturan yang terperinci sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian. Pada abad ke-19, kelab-kelab di England yang bermain bola sepak telah mencipta peraturan bagi memastikan permainan dimainkan dengan jujur dan adil. Bermula dari sini lah tertubuhnya berbagai-bagai pertubuhan dan organisasi seperti FIFA, FA, UEFA, dan banyak lagi.

Apa yang kita lihat dalam dunia bola sepak pada hari ini sebenarnya adalah rentetan dari sejarah dan keinginan manusia untuk sentiasa memperbaiki keadaan menjadi lebih. Yang paling penting sekali adalah memastikan sukan bola sepak sentiasa meriah dan teratur serta menjadi nombor 1 di hati rakyat seluruh dunia.

Kesimpulan

Dalam sejarah sukan sebenarnya terdapat banyak permainan dan aktiviti yang dilakukan oleh manusia sejak dahulu kala lagi. Ada sukan yang masih dimainkan oleh kita, dan ada juga yang telah ditelan zaman dan masa.

Apa yang paling penting untuk kita semua adalah semangat sukan itu sendiri perlu menjadi misi dan visi bagi merapatkan hubungan sesama manusia. Selain itu, jadikan sukan atau aktiviti lasak sebagai gaya hidup korang supaya tubuh badan lebih sihat dan cergas sepanjang masa.

Jangan lupa juga sebelum melakukan apa-apa aktiviti di luar, pastikan korang sentiasa memakai pelembap dan sunscreen untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Para atlit yang terkenal pun pakai sunscreen tau!

Kalau korang nak pelembap yang sesuai dengan semua jenis kulit, apa kata kata korang cuba Meuskin Booster Treatment Gel ni! 


Meuskin Booster Treatment Gel ni ada fungsi INFRAGUARD juga tau. Bahan ni berfungsi untuk merawat dan menghindar pigmentasi kulit akibat dari sinar UV matahari. Kalau yang jenis kulit sunburn tu rasa pedih-pedih sampai menggelupas boleh amalkan sapu Meuskin Booster Treatment Gel ni tiap-tiap hari. Saya gerenti lepas sapu je terus hilang pedih tu rasa sejuk dan lembut je kulit.


Kalau korang berminat nak cuba atau nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel ni boleh tekan link website Meuskin.com ni atau chat je terus Whatsapp Meuskin HQ untuk dapatkan OFFER dan DISKAUN yang menarik!




Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search