Monday, November 7, 2022

Apa Persediaan Banjir Tahun 2022? : Baca Tips Banjir Ini Untuk Selamat

Apa Persediaan Banjir Tahun 2022? : Baca Tips Banjir Ini Untuk Selamat

 


Penghujung tahun kian tiba tak lama lagi. Ada yang merancang untuk balik kampung dan ada yang dah tempah tempat percutian untuk bersama keluarga.

Tapi, dalam masa yang sama bulan November dan Disember adalah fasa peralihan angin Monsun Timur Laut. Sebab itu sekarang ni cuaca tengah mengganas dan kadang-kadang sampai ke tahap ribut taufan.

Bagi mereka yang berada di sesetengah lokasi, hujan ribut boleh mengakibatkan banjir yang mampu menenggelamkan rumah dan harta sekelip mata. Begitu dahsyat fenomena banjir pada tiap-tiap hujung tahun di negara kita.

Sebagai manusia biasa, apa yang boleh kita lakukan adalah dengan membuat persediaan rapi untuk menghadapi musim banjir. Ini untuk memastikan keselamatan dan kesihatan sentiasa terjaga kerana pada masa banjir memang akan ada nyawa yang terkorban.

Kalau korang tinggal di kawasan yang terdedah kepada risiko banjir, ada beberapa langkah yang perlu diambil sebagai persiapan diri bagi menghadapi malapetaka ini. Jom kita sama-sama baca apa tips dan nasihat sebelum, semasa, dan selepas banjir!

Sebelum Banjir Berlaku


Pastikan korang ada kit kecemasan yang lengkap mengandungi (minimum):
  • Lampu suluh bersama bateri tambahan
  • Powerbank
  • Dokumen-dokumen penting
  • Makanan yang tidak cepat rosak
  • Air minuman
  • Lilin dan mancis
  • Ubat-ubatan penting
  • Baju, selimut, dan beg tidur
  • Wang kecemasan
  • Kit kebersihan diri
  • Baju hujan
Selain tu, harus diingatkan juga supaya tutup semua utiliti rumah seperti gas, elektrik, dan air. Pastikan korang dah rancang pelan evakuasi untuk dijadikan panduan semasa banjir dan setiap ahli keluarga perlu tahu ke mana mereka pergi semasa berlakunya banjir.

Simpan perkakas elektrik seperti pemanas air dan ketuhar di tempat yang lebih tinggi seperti loteng rumah. Korang boleh juga bina penghadang air seperti beam untuk mengelakkan kemasukan air banjir ke dalam rumah.

Semasa Banjir


  1. Dengar pengumuman daripada radio, televisyen, atau mana-mana media sosial berkenaan perkembangan semasa banjir.
  2. Perhatikan tahap ketinggian air di sekeliling rumah seperti tasik, aliran sungai, longkang atau parit besar.
  3. Tutup semua punca bekalan elektrik di rumah.
  4. Jika perlu berpindah, lakukan dengan segera ketika air masih cetek dan selamat untuk menggerakkan kenderaan.
  5. Ikut arahan pihak berkuasa untuk berpindah dan jangan berlengah.
  6. Elakkan memandu di kawasan banjir kerana air yang setinggi 1 kaki boleh menghanyutkan kenderaan kecil manakala 2 kaki mampu menghanyutkan semua jenis kenderaan.
  7. Jangan mandi air banjir kerana ia boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

Selepas Banjir

Sumber gambar : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/347981/5604-mangsa-masih-di-pusat-pemindahan

  1. Jangan bermain dengan air banjir kerana ia mungkin telah tercemar dengan minyak, bahan kimia berbahaya atau limpahan air kumbahan.
  2. Jauhkan diri dari sebarang kabel yang terjuntai di dalam air atau terputus.
  3. Pulang ke kediaman hanya setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa.
  4. Baiki semula tangki septik rumah untuk mengelakkan dari sebarang masalah kesihatan dan kerosakan.
  5. Bersihkan lumpur yang memasuki rumah kerana dikhuatiri mengandungi sisa kumbahan dan bahan kimia berbahaya.
Kesimpulan

Fenomena banjir sebenarnya amat menakutkan dan boleh memusnahkan harta benda awam serta meragut nyawa. Ini berlaku pada tiap-tiap tahun tetapi mesti ada juga yang masih tidak mempunyai pengetahuan tentang bagaimana cara untuk membuat persediaan.

Langkah persediaan ini penting untuk meminimumkan kerosakan yang berlaku, mengurangkan kos baikpulih, serta yang paling mustahak adalah keselamatan diri.

Sekarang korang dah tahu kan nak buat apa sebelum, semasa, dan selepas banjir? Saya harap korang yang duduk di kawasan risiko tinggi tu boleh lah mulakan persiapan dari sekarang. 

Di sini saya nak selitkan sedikit tentang tips penjagaan kesihatan kulit. Bagi korang yang ada masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, kering, ekzema, psoriasis dan sebagainya. Saya ada satu produk yang saya dah pakai selama 3 bulan dan memang ternyata berjaya selesaikan masalah kulit kering saya.

Meuskin Booster Treatment Gel adalah pelembap kegemaran saya yang sekarang tau! Meuskin Booster Treatment Gel ni sejenis pelembap tapi ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah kulit.


Macam mana Meuskin Booster Treatment Gel ni boleh selesaikan masalah kulit kering? Sebab dalam ni ada aloe vera, ekstrak pegaga, hyaluronic acid, dan lain-lain lagi tau yang fungsinya memang khas untuk merawat dan melembap kulit yang kering dan rosak.

Semua bahan ni dah diformulasikan oleh pakar dan dijadikan dalam bentuk pelembap so korang cuma tinggal sapu je kat kulit hari-hari dengan konsisten. Dalam masa 7-14 hari memang dah boleh nampak kesan perubahan positif. Kulit yang kering, rosak, dan menggelupas tu boleh bertukar jadi lembut, lembap, dan sejuk je rasa.


Korang teringin nak beli tak? klik je link Whatsapp ni sekarang sebab diorang ada offer yang best dan jimat tau! 👉 https://wa.link/dbki92 📲

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search