Tuesday, November 15, 2022

Musim Cuti Sekolah Nak Buat Apa Dengan Anak-Anak? : Baca 5 Aktiviti Yang Korang Boleh Lakukan Bersama!

Musim Cuti Sekolah Nak Buat Apa Dengan Anak-Anak? : Baca 5 Aktiviti Yang Korang Boleh Lakukan Bersama!

 


Musim cuti sekolah dah nak dekat. Para ibu bapa dan anak-anak mesti berasa teruja untuk luangkan masa bersama dengan keluarga kan?

Kalau tak rancang aktiviti untuk anak-anak semasa cuti persekolahan pasti mereka akan rasa bosan dan rugi kerana masa cuti yang panjang itu dibiarkan berlalu begitu saja. So, untuk ibu bapa yang tiada idea nak buat aktiviti apa, korang jangan risau sebab saya akan senaraikan beberapa cadangan yang boleh dilakukan bersama keluarga.

1. Lakukan Hobi Bersama


Ini antara aktiviti yang mudah dan seronok untuk dilakukan bersama. Korang cuma cari hobi yang anak-anak sama minat dan pastikan mereka boleh belajar sesuatu yang baru dari aktiviti tersebut. Contohnya korang boleh bersukan (bermain badminton, bola), memasak atau menyediakan snek ringkas (cupcakes, kuih), melukis, membaca, dan banyak lagi.

2. Berkebun Dan Bercucuk Tanam


Kalau ada ruang yang lebih di luar atau belakang rumah, cuba mulakan satu projek bercucuk tanam yang ringkas bersama anak-anak. Tanam sayur-sayuran atau pokok bunga kegemaran dan belajar tentang bagaimana untuk menjaga dan menuai tanaman dengan baik. Aktiviti seperti ini bukan sahaja mengisi masa lapang, malah mendekatkan diri dan ahli keluarga dengan alam sekitar.

3. Gotong-Royong Atau Spring Cleaning


Saya faham para ibu atau bapa kadang-kadang letih untuk membersih dan mengemas rumah. Jadi apa kata kali ini ajak bersama anak-anak korang untuk turut bersama dalam aktiviti spring cleaning. Tugaskan mereka dengan tugas yang tidak terlalu berat seperti mengemas bilik mereka sendiri dan periksa jika ada barang-barang lebihan yang tidak lagi diperlukan. Barangan tersebut boleh didermakan kepada orang yang lebih memerlukan seperti mangsa banjir, fakir miskin, dan anak-anak yatim.

4. Melawat Saudara Mara


Semasa musim persekolahan mungkin ada yang sibuk dan tidak sempat untuk luangkan masa bersama keluarga atau saudara mara. Jadi inilah masanya untuk korang rancang dan melawat sanak saudara terutamanya yang berjauhan dan jarang bertemu. Selain bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, aktiviti seperti ini membantu anak-anak untuk mengenal dengan lebih dekat tentang keluarga besar mereka dan meningkatkan aktiviti sosial mereka.

5. Aktiviti Di Luar


Ambillah kesempatan masa lapang anak-anak ini dengan merancang dan melakukan aktiviti outdoor. Ambil udara segar di luar dan nikmati keindahan alam bersama-sama. Antara aktiviti yang boleh korang lakukan ialah bercuti di pantai, bersiar-siar di taman, makan di luar, pergi ke taman tema, melawat haiwan-haiwan di zoo, dan banyak lagi.

Kesimpulan

Musim cuti sekolah sememangnya masa yang sangat dinanti-nantikan oleh anak-anak. Jadi, sebagai ibu bapa ambillah peluang yang ada ni untuk meluangkan masa bersama-sama.

Banyak aktiviti yang korang boleh rancang bersama-sama. Jangan lah hanya meluangkan masa dengan menonton tv sahaja atau membuat hal sendiri. 

Satu lagi perkara saya nak pesan, kalau buat aktiviti di luar sana jangan lupa untuk pakai pelembap dan sunscreen. Dua benda ni penting tau kalau taknak kulit rosak, kering, dan sunburn.

Pelembap yang saya recommend ni Meuskin Booster Treatment Gel!


Meuskin Booster Treatment Gel ni sejenis pelembap tapi yang special nya ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah kulit. So, kalau korang ada masalah kulit macam berjerawat, jeragat, kulit kusam, kedut, kering, dan sunburn memang Meuskin Booster Treatment Gel ni solusinya!


Kesemua bahan dalam Meuskin Booster Treatment Gel ni dah diformulasi oleh pakar dan dijadikan dalam bentuk pelembap. Yang paling penting, bahan-bahan Meuskin Booster Treatment Gel ni selamat digunakan untuk manusia, lulus ujian klinikal makmal, dan berdaftar dengan KKM!

Kalau korang nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel boleh tekan link website Meuskin.com atau chat direct terus Whatsapp Meuskin HQ di sini 👉 https://wa.link/dbki92 📲

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search