Monday, November 7, 2022

Korang Selalu Sakit Gigi Geraham Tapi Takde Lubang Pun? : Ada 4 Punca Lain Sebenarnya

Korang Selalu Sakit Gigi Geraham Tapi Takde Lubang Pun? : Ada 4 Punca Lain Sebenarnya


"Doktor, gigi saya sakit sangat tak tahan rasa macam berdenyut-denyut. Pagi tadi saya check takde pula lubang pada gigi dan nampak normal sahaja. Apa punca sebenarnya, doktor?"

Korang pernah alami situasi seperti di atas? Percayalah, ramai sebenarnya yang kerap mengalami sakit pada gigi geraham walaupun tiada lubang atau pecah. Tapi korang tahu tak sebenarnya ada banyak lagi punca lain yang menyebabkan gigi korang sakit. 

Jangan risau, saya akan bantu korang kenal pasti apa punca-punca lain tersebut. Jom kita sambung baca artikel ni di bawah!

1. Kebarangkalian Ada Abses Gigi


Abses gigi ni satu kondisi di mana korang mempunyai nanah yang terkumpul pada gigi, gusi, atau tulang yang berpunca dari bakteria. Punca utama kepada pertumbuhan bakteria ini pula adalah disebabkan makanan di celah gigi yang termasuk dengan lebih dalam. Lama-kelamaan sisa makanan tersebut akan mereput kemudian menyebabkan jangkitan.

2. Gigi Retak Atau Pecah


Gigi yang retak atau pecah juga boleh menyebabkan rasa sakit. Tapi macam mana gigi boleh jadi retak atau pecah? Keadaan ini adalah berpunca dari habit korang yang suka menggigit makanan atau objek yang keras. Sebab itu lah tidak disarankan untuk buka bungkusan keropok atau makanan lain dengan gunakan gigi sebagai alat.

3. Tumbuh Gigi Bongsu


Salah satu punca gigi korang rasa sakit walaupun tak berlubang adalah disebabkan gigi bongsu nak tumbuh. Kalau gigi bongsu tu tak tumbuh dengan betul memang boleh menyebabkan kesakitan yang amat perit. Ada sesetengah orang perlukan pembedahan cabut gigi bongsu dan ada juga yang tak perlu. Ini semua bergantung pada tahap kesakitan dan kondisi pertumbuhan gigi bongsu tersebut.

4. Tampalan Gigi Tercabut


Bagi mereka yang mempunyai tampalan pada gigi geraham, sekiranya gemar gigit makanan yang keras lama-kelamaan tampalan tersebut boleh tercabut atau pecah. Ini boleh menjadi antara punca kenapa korang tiba-tiba rasa sakit pada gigi. Malah, makanan juga boleh tersangkut pada kawasan yang pecah dan menyebabkan ketidakselesaan dan sensitiviti pada gigi.

Kesimpulan

Sebenarnya banyak punca yang boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada kesakitan pada gigi. Oleh sebab itu, korang kena kerap 'tinjau' dan periksa keadaan gigi terutamanya gigi geraham. 

Lakukan pemeriksaan gigi di klinik gigi dengan kerap dan ikut jadual supaya korang lebih peka dengan kesihatan gigi. Doktor gigi boleh kongsikan tips dan nasihat lanjut tentang bagaimana untuk menjaga gigi supaya tidak rosak dan sakit.

Sambil korang keluar rumah untuk pergi ke klinik gigi tu, jangan lupa tiap pagi amalkan sapu pelembap Meuskin Booster Treatment Gel untuk perlindungan kesihatan kulit.

Kulit yang sering terdedah dengan cahaya matahari boleh jadi rosak dan mengundang kepada masalah lain seperti jerawat, jeragat, kusam, kedut, dan kering. Dengan Meuskin Booster Treatment Gel ni secara tidak langsung boleh merawat, melembap, dan mencerah kulit supaya nampak lebih cantik, flawless, glowing, dan yang paling penting kulit sihat!


Meuskin Booster Treatment Gel juga boleh kembalikan keremajaan pada kulit dengan formulasi bahan seperti aloe vera, ekstrak pegaga, hyaluronic acid, niacinamide, exsymol, dan lain-lain lagi. 

So kalau korang yang dah berumur tu pun tiada masalah untuk pakai Meuskin Booster Treatment Gel ni. Dalam masa 7-14 hari kulit muka korang boleh bertukar jadi cantik, bersih, licin, dan tampak awet muda!


Bagaimana nak dapatkan Meuskin Booster Treatment Gel ni? Korang klik je link Whatsapp yang saya bagi ni dan chat terus dengan HQ diorang untuk tahu info lanjut dan cara order!

👉 https://wa.link/dbki92 ðŸ“²





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search