Sunday, November 13, 2022

Rahsia Petai Untuk Kesihatan Tubuh Badan : 5 Khasiat Petai Yang Wajib Korang Tahu!

Rahsia Petai Untuk Kesihatan Tubuh Badan : 5 Khasiat Petai Yang Wajib Korang Tahu!


"Saya tak suka makan petai sebab nanti mulut berbau! Lepastu nanti kencing pun bau busuk. Taknak lah makan petai".

Walaupun petai dikecam kerana baunya yang tak menyenangkan, tapi sebenarnya ramai peminat tegar petai tak kira melayu, cina, atau india. Lagi-lagi kalau masak dengan sambal udang. Memang umph!


Dari mana datangnya bau busuk petai ni bila dimakan? Sebenarnya, petai boleh mendatangkan bau yang tidak disenangi kerana kandungan asid amino dalam biji petai yang mempunyai unsur gas sulfur.

Tapi, di sebalik bau petai yang busuk ni, banyak khasiat petai yang masih ramai tak tahu. Bukan sekadar lazat dan enak dimakan, malah memberikan manfaat yang sihat untuk tubuh badan. Kalau nak tahu, teruskan pembacaan korang di bawah.

1. Melancarkan Sistem Penghadaman


Petai mempunyai sumber serat yang tinggi yang bagus untuk melancarkan sistem penghadaman korang. Serat yang tinggi juga dapat membantu orang yang ada masalah sembelit.


2. Menjaga Kesihatan Jantung


Kandungan potassium yang terdapat pada petai difahamkan dapat mengawal keseimbangan air badan untuk fungsi jantung. Selain itu, petai mampu mengurangkan kolestrol buruk, dan melambatkan pelepasan gula daripada makanan ke dalam darah. Yang paling penting, serat larut dalam petai ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes type 2, dan masalah obesiti.

3. Mengurangkan Stress


Siapa sangka makan petai boleh hilangkan stress kan? Tapi itulah hakikatnya kerana petai mengeluarkan sejenis protein yang diolah oleh tubuh kita menjadi serotonin. Hormon serotonin ini bertanggungjawab menjadikan mood seseorang itu menjadi lebih tenang dan mengelakkan korang dari merasa kemurungan.

4. Membantu Untuk Berhenti Merokok


Dah cuba macam-macam cara untuk berhenti merokok termasuk amalkan nicotine patch tapi masih belum berhenti? Mungkin petai dapat membantu korang untuk hentikan tabiat tidak sihat ini. Ini kerana petai mengandungi vitamin B6 dan B12 bersama dengan potassium dan magnesium yang dapat membantu melawan ketagihan nikotin.

5. Petai Untuk Awet Muda


Ada pakar yang mencadangkan bahawa petai mengandungi bahan dikenali sebagai klorofil yang baik untuk kulit. Klorofil ini berada dalam biji-biji petai dan berfungsi sebagai agen anti-oksidan yang memastikan kesegaran tubuh, memperbaiki sistem penghadaman, serta membersihkan kulit. Ini sekali gus, memberikan manfaat dari segi kesihatan dan kecantikan kulit dan sentiasa tampak muda.

Kesimpulan

Walaupun petai mempunyai bau yang agak 'power', tapi tidak dinafikan khasiat dan kebaikan yang ia beri pada tubuh badan kita pun sama 'power'. 

Pada korang yang masih ragu-ragu dengan kehebatan petai ini, rasanya dah tiba masa untuk cuba hidangan petai untuk rasai sendiri manfaatnya.

Ada satu lagi tips untuk kulit tampak awet muda, iaitu dengan Meuskin Booster Treatment Gel!


Meuskin Booster Treatment Gel ni boleh buatkan kulit nampak bersih, licin, lembut, dan anjal dengan hanya sapu 2 kali sehari je. Dalam ni ada 7 bahan utama yang dah diformulasikan oleh pakar dan dijadikan dalam bentuk water-based gel. So kalau lepas pakai kat muka tu memang terus rasa lembut, sejuk, dan lembap je sepanjang masa!


So Meuskin Booster Treatment Gel ni untuk siapa sebenarnya? Jawapannya adalah untuk sesiapa pun boleh! Terutamanya yang ada masalah jerawat, jeragat, kulit kusam, kedut, dan kulit kering. Kalau nak pakai saja-saja untuk nampak cantik dan awet muda pun lagi lah boleh!

Kalau korang nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel ni korang tekan je link website Meuskin.com. Atau pun klik link Whatsapp Meuskin HQ yang saya bagi ni untuk korang dapatkan DISKAUN Meuskin Booster Treatment Gel!





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search