Tuesday, November 1, 2022

7 Fakta Menarik Tentang Kopi : No. 7 Boleh Buat Kulit Cantik?

7 Fakta Menarik Tentang Kopi : No. 7 Boleh Buat Kulit Cantik?


Tentu saja ramai dalam kalangan kita yang jadi penggemar kopi kan? Dekat Malaysia sekarang ni pun dah banyak kedai kopi yang murah dan sama level dengan kafe tau.

Ternyata rasa kopi yang pahit bercampur dengan rasa lemak manis boleh memberi satu nikmat yang tak terhingga. Dan ini menjadikan kopi antara minuman paling popular di seluruh dunia.

Sambil korang sedang menikmati keharuman aroma kopi tu, jom kita sama-sama pelajari beberapa fakta yang menarik mengenai minuman trending ini!

1. Hari Kopi Sedunia


Pertubuhan Kopi Antarabangsa telah mengisytiharkan tanggal 1 Oktober dipilih sebagai Hari Kopi Sedunia. Pada tarikh ini sudah tentu banyak sambutan dan promosi yang dijalankan bagi menyambut dan meraikan minuman kopi ini.

2. Kopi Paling Mahal Di Dunia

Sumber gambar : https://robbreport.com.my/2021/07/09/black-ivory-coffee-thailand-rare-expensive-luxury/

Korang tahu tak jenis kopi paling mahal dan rare dalam dunia ni dikenali sebagai Black Ivory Coffee. Yang paling pelik nya, kopi ini diperbuat daripada najis gajah dan harganya boleh mencecah kira-kira RM220 secawan.

3. Asal-usul Kopi


Kali pertama masyarakat di dunia mengesan khasiat kafein adalah dari sekumpulan masyarakat etnik di Ethiopia, Afrika. Hal ini terjadi apabila suatu insiden di mana mereka melihat kambing peliharaan mereka yang tiba-tiba bertukar menjadi aktif selepas diberi biji kopi.

4. Pengeluar Kopi Terbesar


Negara Brazil bukan sahaja terkenal dengan sukan bola sepak, malah ia merupakan negara yang paling banyak menghasilkan kopi iaitu 40% dari pengeluaran dunia, diikuti Columbia dan Vietnam.

5. Buah Kopi


Mungkin ramai yang masih belum tahu bahawa kopi sebenarnya merupakan sejenis buah yang dipanggil coffee berries. Ia juga biasa dikenali dengan nama beans atau kacang kerana bentuk dan rupanya yang seakan-akan kacang.

6. Kopi Sebagai Langkah Pencegah Penyakit Kronik


Pengambilan minuman kopi mampu memberi manfaat kesihatan seperti mencegah penyakit Alzheimer, Demensia, Parkinson, dan jantung. Selain itu, minum kopi juga boleh membantu membakar lemak, asalkan tidak diambil secara berlebihan.

7. Minum Kopi Untuk Kulit Cantik


Walaupun kopi terkenal dengan kelazatan dan keharuman aroma nya, ia juga membantu memberikan kelembutan pada kulit wajah, mengatasi masalah kulit berminyak, mengecilkan pori-pori, dan menghilangkan parut jerawat.

Kesimpulan

Sebelum ni kita sedia maklum bahawa kopi merupakan sejenis minuman yang sangat popular kerana kenikmatannya yang membuat penggemar kopi tak mahu terlepas walau sehari.

Namun begitu, sekarang kita sudah tahu kopi juga memberikan manfaat dari segi kesihatan dan kecantikan. Yang paling penting, harus diingat juga pengambilan kopi tidak boleh terlalu banyak kerana ia boleh memberi impak negatif pada tubuh badan.

Untuk kecantikan dan kesihatan kulit, saya nak sarankan pada korang semua untuk amalkan MEUSKIN BOOSTER TREATMENT GEL!

Kenapa saya kata begitu? Sebab Meuskin Booster Treatment Gel ni sejenis water-based gel moisturizer yang memberi banyak manfaat pada kelembutan, kelembapan, dan kebersihan kulit wajah.


Saya memang dah amalkan lama pakai krim Meuskin Booster Treatment Gel ni. Memang terbukti berkesan bila lihat wajah semakin licin, bersih, lembap, dan yang paling best sekali mestilah nampak glowing!

Padahal sebelum ni kulit penuh dengan jeragat dan kusam je sepanjang masa. Dah penat cari macam-macam produk tapi tak berhasil juga. Last-last saya pakai je MMeuskin Booster Treatment Gel terus muka saya bersih dan bersinar macam gambar dekat bawah ni!


Korang semua jangan risau, Meuskin Booster Treatment Gel ni tiada bahan terlarang, tiada merkuri, tiada paraben, dan yang paling penting lulus KKM. Kalau nak tahu info lanjut boleh tekan link whatsapp ni 👉 https://wa.link/dbki92 ðŸ“²





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search