Friday, November 11, 2022

5 Manfaat Minum Air Putih Untuk Kulit Cantik & Bercahaya

5 Manfaat Minum Air Putih Untuk Kulit Cantik & Bercahaya


Pada umumnya, kandungan air membentuk 70% dalam tubuh badan manusia. Oleh sebab itu manusia sangat memerlukan sumber air dengan cukup bagi menyokong kesihatan.

Menurut pakar-pakar nutrisi, air putih sememangnya terbaik untuk memberikan manfaat kesihatan tubuh badan. Tapi korang tahu tak dengan hanya minum air putih juga ia boleh merawat kesihatan dan kecantikan kulit.

Bacaan seterusnya saya akan jelaskan bagaimana meminum air putih dapat bantu kulit tampak sihat dan bercahaya!

1. Mengekalkan Kelembapan Kulit


Kandungan air dalam kulit sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam menentukan kelembapan kulit. Malah, kondisi kulit kering yang korang alami itu sebenarnya hasil daripada kekurangan air dalam badan. Air putih bukan sahaja memberikan kelembapan pada kulit malah menyumbang kepada bahan mineral yang baik untuk badan.

2. Membaikpulih Kulit Yang Terkena Sunburn



Kulit yang terbakar atau sunburn ini terjadi disebabkan pendedahan secara terus kepada pancaran matahari yang mengandungi UV. Air putih ternyata bermanfaat untuk membantu proses perawatan kulit yang kering dan rosak akibat sunburn.

3. Kulit Nampak Sihat Dan Bercahaya


Air putih bukan sahaja memberikan kesihatan dalam tubuh badan sahaja. Malah ia juga diketahui boleh memberi efek kulit yang sentiasa glowing, bercahaya, dan yang paling penting tampak sihat dan bermaya. Ini disebabkan air putih membantu mengeluarkan segala toksik dan racun yang ada dalam badan melalui air kencing.

4. Mengurangkan Jerawat



Jerawat selalunya tumbuh kerana terdapat banyak kotoran dan bakteria dalam tubuh badan dan juga di lapisan permukaan kulit. Sama seperti point nombor 3 tadi, air putih berfungsi membuang kotoran tersebut melalui air kencing.

5. Melambatkan Proses Penuaan


Semakin kita berusia, semakin kurang penghasilan kolagen yang membentuk keanjalan dan ketegangan kulit muka kita. Tapi korang tahu tak kalau selalu amalkan minum air putih dengan secukupnya, kulit muka boleh menampakkan efek awet muda dan melambatkan proses penuaan.

Kesimpulan

Air putih sebenarnya banyak memberi khasiat pada tubuh badan malah menjadikan kulit lebih cantik dan sihat. Bukan susah untuk dapatkan sumber air putih, tapi bukan senang untuk kita konsisten amalkan minum air putih.

Kalau korang nak kekalkan kulit awet muda dan anjal sentiasa, kurangkanlah minuman bergula bermula dari sekarang dan tukarlah kepada minuman yang lebih sihat.

Dan satu lagi cara untuk dapatkan kulit cantik, bersih, licin, dan glowing adalah dengan menggunakan pelembap Meuskin Booster Treatment Gel!


Meuskin Booster Treatment Gel ni mengandungi 7 bahan utama seperti di atas yang memberikan efek kulit bersih, lembap, dan awet muda seawal penggunaan 1 botol!

Kesemua bahan tersebut telah diformulasi oleh pakar dengan Micronized Technology dan dijadikan dalam bentuk pelembap supaya mudah untuk korang sapu pada kulit tiap-tiap hari. Hanya pakai 2 kali sehari iaitu pagi selepas mandi dan malam sebelum tidur kemudian korang saksikanlah sendiri macam mana kulit korang berubah daripada bermasalah seperti jeragat, jerawat, kusam, dan kering kepada lembut, licin, dan glowing bercahaya!



Korang kalau nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel boleh tekan link website Meuskin.com ni atau klik link Whatsapp Meuskin HQ ni untuk dapatkan OFFER yang MEMUKAU!






Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search