Thursday, November 10, 2022

6 Fakta Menarik Dunia Untuk Kaki Travel!

6 Fakta Menarik Dunia Untuk Kaki Travel!


 

Siapa dekat sini kaki travel? Setakat ni dah berapa banyak negara korang dah pergi melancong? Untuk yang suka berjalan-jalan luar negara ni mesti ada banyak pengalaman dan kenangan yang menarik di sesuatu tempat yang korang pergi. Malah ada banyak fakta dan sejarah mengenai kawasan yang dilawati.

Untuk artikel kali ini saya nak tambahkan lagi beberapa ilmu dan fakta menarik dari tempat-tempat di seluruh dunia. Mungkin lepasni korang boleh rancang siap-siap perjalanan dan pergi ke tempat yang saya akan kongsikan di bawah. Selamat membaca!

1. Mongolia Ada Lebih Banyak Bilang Kuda Daripada Penduduknya


Hah! Biar betul? Ya, negara Mongolia yang dulunya terkenal dengan Empayar Genghis Khan yang  meliputi hampir seluruh dunia ni mempunyai bilangan penduduk yang amat kecil. Walaupun negara ini sangat luas dan dianugerahi dengan daratan dan gunung-ganang yang indah, kepadatan penduduk Mongolia adalah antara yang paling rendah dalam dunia. 

2. Granada di Sepanyol Dikenali Dengan Ibu Kota Gua Di Eropah


Siapa sangka pada zaman moden sekarang masih ada beberapa komuniti yang mengamalkan cara hidup purba dengan menjadikan gua sebagai tempat tinggal mereka. Gua Sacramonte dan Guadix di daerah Granada ini dijadikan tempat menghuni sesetengah penduduk dan cara kehidupan ini sebenarnya telah bermula sejak kurun ke-15 lagi tau. Asalnya gua-gua di sini dijadikan tempat pelarian bagi rakyat yang menjadi mangsa penindasan agama dan perkauman. Pada hari ini ia masih diteruskan oleh sebilangan masyarakat yang meneruskan kehidupan di gua dan menggunakan sumber bumi yang ada di sekitar kawasan.

3. Oymyakon, Russia Adalah Tempat Berpenghuni Paling Sejuk Di Dunia


Terkenal dengan gelaran 'The Pole of Cold', kawasan lembah ini terletak di timur laut Rusia dan suhunya boleh mencecah sehingga -70 Celcius! Kalau tengok keadaan suasana di sini memang tak sesuai untuk dihuni kerana kemudahan moden yang amat sukar untuk diakses. Tapi sebenarnya lembah Oymyakon ini mempunyai 500 orang penduduk yang menjalani aktiviti dan pekerjaan tradisional seperti mengembala rusa, memburu, dan memancing untuk meneruskan kehidupan mereka. Bagi pelancong yang sukakan keberanian dan lasak, tempat ini memang popular untuk dijadikan destinasi.

4. Denmark Merupakan Negara Paling Bersih Di Dunia


Negara Denmark telah menjadi perintis global bagi alam persekitaran dan dianugerahkan dengan negara paling bersih di dunia oleh Environmental Performance Index (EPI) bagi tahun 2021. Kebijaksanaan dan kesedaran rakyat Denmark tentang alam persekitaran menyebabkan mereka sentiasa berfikiran ke hadapan dalam isu ini. Mereka mempunyai loji yang memproses sampah-sampah bandar tersebut menjadi tenaga haba dan kuasa. So korang tunggu apa lagi? Cepat booking tiket flight ke Denmark dan nikmati tempat yang menawan, budaya yang menarik, dan semestinya kopi yang lazat.

5. Kampung Kuskoy di Turkiye Bercakap 'Bahasa Burung'


Percaya atau tak, komuniti di sebuah perkampungan di Turkiye ini bersiul untuk berkomunikasi sesama mereka. Dikenali juga dengan bahasa burung kerana siulan yang seakan-akan bunyi burung, amalan ini sebenarnya telah dipraktikkan sejak berkurun lama dan menariknya disenaraikan dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO 2017. Kawasan yang dikelilingi gunung-ganang yang indah dan curam ini sudah tentunya harus dimasukkan dalam checklist travel korang.

6. Liechtenstein Boleh Direntas Dalam Masa Kurang Sehari


Betapa kecilnya negara Liechtenstein sampai korang boleh rentas negara ni tak sampai satu hari. Walaupun begitu, negara ini dilimpahi dengan keindahan pemandangan gunung-ganang dan perkampungan yang tenang serta aman. Cuma, hanya kerana Liechtenstein terletak di pusat pergunungan Alp, korang kena berhati-hati semasa merentas kerana banyak lereng curam.

Kesimpulan

Banyak fakta menarik yang korang telah pelajari kan dalam artikel ni? Sebenarnya ada banyak lagi tapi mungkin saya akan kongsikan dalam artikel yang lain.

So, yang mana kaki travel tu pastikan keselamatan dan kesihatan dalam keadaan yang baik. Bukan apa, bila kita berada di negara orang ni, keadaan sekeliling tak sama dengan negara sendiri.

Satu lagi saya nak pesan pada kaki travel tu, korang jangan lupa untuk pakai pelembap dan sunscreen semasa buat aktiviti di luar. kulit yang selalu terdedah dengan cahaya matahari ni cepat rosak tau!

Saya cadangkan korang pakai Meuskin Booster Treatment Gel ni sebab dia memang travel size. Nak bawa pun senang, kulit pun takkan rosak.


Meuskin Booster Treatment Gel ni sejenis pelembap tapi yang specialnya ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah. Jadi, siapa yang ada masalah kulit jerawat, jeragat, kusam, kedut, dan kering ni memang saya recommend sapu Meuskin Booster Treatment Gel dekat muka 2 kali sehari pagi dan malam.


Kalau korang nak tahu info lanjut boleh tekan je link website Meuskin.com ni dan kalau nak order terus pun senang je!

Atau tekan link Whatsapp Meuskin HQ ni dan dapatkan OFFER serta TAWARAN yang terbaik!



Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search