Monday, November 21, 2022

Nak Kulit Cantik Tapi Jimat Duit? : Baca 6 Tips Mudah Kulit Sentiasa Sihat & Cantik!

Nak Kulit Cantik Tapi Jimat Duit? : Baca 6 Tips Mudah Kulit Sentiasa Sihat & Cantik!


Siapa dekat sini yang pernah pergi spa? Memang best kalau pergi spa ni lepas habis sesi terus rasa confident je dengan kulit muka kita ni. Tapi satu jelah masalah kalau tiap-tiap hari nak pergi spa memang duit terbakar hangus macam tu je.

So macam mana nak dapatkan kulit cantik, bersih, glowing tapi versi jimat duit? Ada caranya. Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan tips dan amalan rutin harian untuk capai kulit sihat dan cantik.

Jom sambung baca dibawah!

1. Sentiasa Bawa & Minum Air Mineral


Saya tahu korang mesti bagi bermacam alasan untuk bawa botol air ke mana saja. Ada alasan sebab "nanti asyik ke tandas" atau pun "berat lah nak bawak ke mana-mana". Tapi sebenarnya minum air mineral dengan kerap dan cukup boleh mengekalkan kelembapan dan kenjalan kulit tau.


2. Jangan Lupa Moisturize Kulit Tiap Hari


Kunci utama untuk kulit bersih dan cantik adalah moiturizer. Jangan lupa untuk pakai moisturizer setiap hari. Dan yang paling penting cari produk moisturizer yang bagus dan jangan mudah terpedaya dengan produk timbang kilo. Kalau tersilap langkah habis satu muka kulit breakout!

3. Jauhi Air Manis & Minuman Berkafein



Korang tahu tak minuman yang tinggi gula dan kafein ni boleh jadi punca kulit naik jerawat tau? Gula putih sangat tak bagus untuk kesihatan sebab ia boleh ditukarkan menjadi bahan toksik dalam badan serta beri efek pada kulit. Kafein pun sebenarnya kurang baik untuk kecantikan kulit walaupun ada beberapa penelitian menunjukkan kopi bagus untuk kulit. Cuma berpada-pada lah dalam pengambilan minuman kopi kerana ia juga mengandungi kafein.

4. Elakkan Menyentuh Muka


Ha siapa yang ada habit suka pegang-pegang muka tak kisah lah nak menggaru ke nak lap mata ke kena ingat pesan ni! Kita tak tahu apa jenis kotoran dan bakteria ada pada tangan. Benda-benda macam tu nanti yang jadikan liang pori tersumbat dengan kuman dan minyak lepastu tumbuh lah jerawat merata.

5. Detox Dengan Teh Hijau


Toksik dalam badan korang tu sebenarnya punca masalah kulit seperi kering, jeragat, jerawat, dan banyak lagi. Oleh sebab itu, antara cara untuk detox semula badan korang adalah dengan amalkan minum teh hijau. Teh hijau ni kaya dengan bahan anti-oksidan yang boleh membersihkan badan dari bahan-bahan negatif.

6. Lebihkan Buah-Buahan & Sayuran


Saya rasa semua orang tahu kelebihan dan khasiat buah-buahan dan sayuran untuk kesihatan tubuh badan. Malah, kecantikan dan kesihatan kulit juga banyak dipengaruhi oleh gaya pemakanan korang. Oleh itu, banyakkan  makanan dari jenis buah dan sayur untuk kekalkan kulit cantik dan glowing.

Kesimpulan

Terdapat pelbagai pilihan alternatif untuk korang dapatkan kulit muka yang diinginkan. Selain mengeluarkan duit yang banyak untuk pergi ke rawatan spa, gaya hidup juga perlu diambil berat.

Macam saya ni, dah 3 bulan saya amalkan pakai moisturizer Meuskin Booster Treatment Gel dan ternyata menjadi pilihan utama saya dalam produk skincare!


Sebelum ni kulit saya jenis kering dan tona tidak sekata. So ada bahagian kulit muka saya yang berwarna lebih gelap berbanding di bahagian lain. Dah macam-macam produk saya cuba tapi nampak macam tak sesuai.

Last sekali saya jumpa produk Meuskin Booster Treatment Gel ni dan pakai dalam 2 minggu macam tu dah mula nampak perubahan positif. Memang tak sangka!

Korang tengok sendiri lah bahan-bahan dalam Meuskin Booster Treatment Gel ni memang power. Meuskin Booster Treatment Gel ni dah diformulasi dengan 7 bahan utama dan dijadikan dalam bentuk pelembap yang ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah!


Ramai yang dah pakai Meuskin Booster Treatment Gel ni memang diorang suka sangat. Ada tu bukannya sebab kulit muka ada jerawat ke jeragat ke apa tapi saja nak nampak bersih dan cantik. Itu lah Meuskin Booster Treatment Gel, boleh pakai untuk semua jenis kulit.

Kalau korang nak tahu info lanjut boleh klik link website Meuskin.com atau chat terus Whatsapp Meuskin HQ untuk dapatkan harga OFFER dan FREE GIFT menarik!





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search