Thursday, November 3, 2022

Latih Deria Rasa & Bau Korang Yang Hilang Itu Dengan 5 Tips Ini!

Latih Deria Rasa & Bau Korang Yang Hilang Itu Dengan 5 Tips Ini!


Hilang deria bau dan rasa ni memang satu penyeksaan bagi siapa yang pernah alami. Kalau korang yang dah pernah kena jangkitan COVID-19, mesti ada pengalaman makan tak selera, minum tak rasa apa, sampai mood pun ke laut sebab tak dapat merasa dan menghidu secara normal.

Tapi korang tahu tak kedua-dua deria ini sebenarnya boleh dilatih dan dikembalikan semula? Ada sesetengah manusia ni dia mempunyai deria bau dan rasa yang sangat tajam sehingga boleh membezakan pelbagai jenis bau dan rasa.

Untuk penerangan yang lebih jelas, jom kita sambung baca artikel ini di bawah!

Bagaimana Kita Dapat Menghidu Dan Merasa?


Sebenarnya deria bau dan rasa mempunyai kaitan antara satu sama lain. Senang cerita kalau kita ada masalah deria bau, automatik deria rasa kita pun akan kehilangan juga. Tapi bagaimana manusia ada kemampuan untuk bau dan rasa?

Apabila kita menghidu sesuatu dengan hidung, sel-sel dalam hidung dan otak akan bekerjasama untuk mengenal pasti molekul-molekul bau yang tersebar di udara. Molekul-molekul yang disedut masuk ke dalam hidung akan menyentuh kawasan dalam hidung dan otak akan menerima isyarat untuk membezakan apa jenis bau tersebut.

5 Tips Latih Deria Rasa & Bau

Usia yang semakin meningkat akan membuatkan deria bau rasa dan bau kita semakin berkurang. Namun begitu, ada beberapa cara yang saya akan kongsikan bagaimana untuk membangkitkan kembali deria-deria tersebut. Selamat mencuba!

1. Bau Benda Yang Berbeza


Cuba korang bau benda di sekeliling dengan lebih kerap, terutamanya objek atau makanan yang berbau wangi seperti bunga, teh, herba, roti, coklat, atau buah-buahan. Dengan cara ini, secara tidak langsung korang melatih hidung dan otak untuk menerima dan membezakan jenis bau-bauan yang baru.

2. Hidu Dengan Lebih Kerap & Lama


Dalam satu kajian, mereka yang menghidu dengan lebih lama biasanya mampu meningkatkan keupayaan otak untuk memproses jenis bau. Tambahan lagi, lebih lama korang bau, lebih banyak molekul yang masuk ke dalam hidung dan otak akan mudah mentafsir bau tersebut. Secara tidak langsung, deria bau korang akan jadi lebih kuat!

3. Kenali Jenis Pemakanan Yang Membentuk Deria Rasa & Bau


Makanan yang mengandungi vitamin B sebenarnya amat bagus untuk menguatkan deria rasa dan bau. Malah, orang yang kurang vitamin B12 akan mengakibatkan kehilangan deria tersebut. Jadi, cuba masukkan ikan, daging, telur, dan produk tenusu seperti keju dan susu dalam diet harian korang untuk pastikan vitamin B12 cukup dalam badan.

4. Garam Dan Makanan Diproses Tak Bagus Untuk Deria Rasa & Bau


Korang suka makan makanan fast food? Lepasni boleh cuba kurangkan kerana makanan seperti ini tinggi dengan garam dan bahan pengawet tambahan yang boleh merosakkan sensitiviti reseptor dalam kawasan hidung.

5. Berhenti Merokok


Ini satu lagi tabiat buruk yang akan menumpulkan deria rasa dan bau korang. Bagi sesiapa yang suka merokok tu boleh lah berhenti segera. Bukan setakat deria je hilang, malah merokok boleh mengakibatkan kanser.

Kesimpulan

Deria rasa dan bau ni merupakan salah satu nikmat yang kalau takde memang hidup kita rasa kurang dan terseksa. Kalau tak percaya tanyalah pada yang dah pernah kena jangkitan COVID-19. 

Tapi secara biologikal manusia boleh melatih dan mengoptimumkan kedua-dua deria ini untuk jadi lebih kuat dan tajam. Korang cuba lah amalkan tips yang saya kongsikan di atas!

Dah tahu tips tentang deria rasa dan bau kan? Sekarang saya nak kongsikan pula tips nak dapat kulit glowing!

Meuskin Booster Treatment Gel

Korang kalau teringin nak kulit licin, bersih, lembut, dan anjal boleh lah tukar ke produk Meuskin Booster Treatment Gel ni. Ia sejenis pelembap tapi yang special nya dia ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah.


Dah memang terbukti berkesan Meuskin Booster Treatment Gel menghilangkan kesan parut jerawat, memudarkan hiperpigmentasi, mencerahkan kulit, dan melembapkan kulit yang kering. Memang rugi kalau tak cuba!


Korang kalau nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel dan nak order boleh tekan link Whatsapp ni 👉 https://wa.link/dbki92 ðŸ“²

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search