Monday, November 7, 2022

6 Tips Hilang Jerawat Dengan Cepat Agar Tidak Tumbuh Lagi

6 Tips Hilang Jerawat Dengan Cepat Agar Tidak Tumbuh Lagi


 

Secara umumnya, jerawat tumbuh di kulit muka adalah berpunca daripada liang-liang pori yang tersumbat. Antara bahan yang menutup liang pori tersebut adalah minyak yang berlebihan, sel kulit mati, serta kotoran dan bakteria yang akhirnya membentuk formasi yang dikenali sebagai jerawat.

Kalau korang sedang mengalami perubahan hormon yang ketara juga akan menyebabkan kelenjar minyak dalam kulit untuk menghasilkan sebum yang berlebihan dan akan tersumbat. Biasanya kenaikan hormon yang tidak terkawal ini berlaku dalam kalangan remaja.

Pada artikel kali ini saya akan kongsikan tips berguna untuk korang cegah pembentukan jerawat supaya kulit muka tampak lebih cantik, licin, dan bersih sepanjang masa!

1. Jadikan Cuci Muka Sebagai Rutin


Jangan pernah skip untuk cuci muka korang tiap-tiap hari! Kebersihan adalah kunci utama untuk pastikan jerawat tak tumbuh dengan meliar dekat kulit muka korang. 

Khusus untuk para wanita, penggunaan make up atau solekan yang tebal juga boleh menyumbang kepada jangkitan bakteria yang membentuk jerawat. Oleh sebab itu, korang kena pastikan rutin mencuci muka dilakukan dua kali sehari iaitu pagi sebelum melakukan aktiviti di luar rumah dan juga malam sebelum tidur.

2. Jangan Sentuh Muka Sesuka Hati 


Nampak macam ia satu nasihat yang mudah dan senang untuk diikuti, bukan? Tapi ramai di antara kita yang suka sangat menyentuh kulit wajah tanpa sedar seperti menggosok mata, menggaru hidung, malah menongkat pipi. Perbuatan seperti ini sangat dikhuatiri dengan jangkitan kuman yang dibawa oleh tangan dipindah ke kulit muka. 

Satu lagi habit korang mesti suka picit jerawat sebab nak hilang cepat dan mendapat kepuasan. Nasihat saya, berhenti lah dan mula amalkan cuci tangan dengan bersih sebelum menyentuh mana-mana kawasan muka.

3. Amalkan Pemakanan Yang Sihat


Selain daripada faktor genetik dan perubahan hormon yang ketara, makanan yang korang makan juga banyak mempengaruhi kesihatan kulit. Antara makanan yang menyumbang kepada pembentukan jerawat adalah makanan berminyak dan juga yang tinggi kolestrol.

Lepas ni cuba korang amalkan diet pemakanan yang lebih sihat seperti buah-buahan, sayuran, dan omega-3. Lebihkan sumber makanan seperti ini supaya dapat mencegah penghasilan jerawat disebabkan minyak, gula, dan garam yang tinggi dalam pengambilan makanan.

4. Berhati-hati Pilih Produk Kosmetik


Tak salah kalau korang suka beli barangan kosmetik untuk kecantikan muka tapi perlu lebih berhati-hati dalam memilih produk yang dikhuatiri akan menjejaskan lagi masalah jerawat yang sedia ada. Antara tips yang korang boleh ambil adalah;

  • Pilih produk yang tidak menyumbat liang pori (non-comedogenic) dan bebas minyak (oil-free).
  • Elakkan produk yang mengandungi bahan pewarna, pewangi, paraben, dan bahan pengawet yang lain.
  • Peka dan periksa dengan tarikh luput produk kosmetik sebelum beli.
  • Bersihkan alat kosmetik dengan sabun dan air untuk mencegah bakteria.
  • Tidak mengenakan bedak atau concealer pada kulit yang terluka. 

5. Tangani Stress Dengan Efektif


Ini merupakan salah satu faktor yang ramai tak sedar kerana sumbangannya kepada jerawat tidak nampak secara langsung. Walhal, tahap stress yang tinggi sebenarnya akan mengakibatkan hormon kortisol menjadi tinggi kemudian merangsang peradangan pada seluruh tubuh.

Oleh sebab itu, korang perlu mengendalikan stress dengan betul dan berkesan supaya jerawat tidak tumbuh lagi. Antara cara yang korang boleh lakukan adalah dengan mendapatkan tidur yang cukup, bermeditasi atau relaksasi sebelum tidur, bersenam, bersiar-siar atau melakukan hobi kegemaran masing-masing.

6. Gunakan Pelembap Meuskin Booster Treatment Gel


Macam mana Meuskin Booster Treatment Gel boleh selesaikan masalah jerawat pula? Ya, korang mungkin ada yang belum tahu tentang kehebatan Meuskin Booster Treatment Gel ni tapi sebenarnya ramai yang dah cuba dan memang ternyata berkesan dan puas hati!



Meuskin Booster Treatment Gel ni mengandungi Niacinamide, ekstrak pegaga, aloe vera, dan lain-lain bahan lagi yang memang fungsi khas untuk merawat, melembap, dan mencerah kulit supaya kulit terasa lebih cantik, bersih, licin, dan sihat.

Saya pun dah cuba krim pelembap Meuskin Booster Treatment Gel ni memang best sangat sebab dia water-based tau! So bila sapu kat muka tu memang rasa lembut dan lembap je. Jerawat saya hilang dalam masa 7 hari je kulit terus bertukar jadi lebih flawless dan bonus nampak glowing sangat!


Apa kata korang pun cuba juga. Siapa yang ada masalah kulit berjerawat, jeragat, kusam, kedut, dan kering memang saya recommend Meuskin Booster Treatment Gel ni. 

Nak order atau tahu info lebih lanjut klik je link Whatsapp Meuskin HQ ni kalau nak dapatkan OFFER yang JIMAT KAW-KAW!!! 👉 https://wa.link/dbki92 📲





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search