Monday, December 5, 2022

4 Tips Rutin Skincare Yang Korang Tak Boleh Tinggal!

4 Tips Rutin Skincare Yang Korang Tak Boleh Tinggal!




Cuba bagitahu saya, kulit idaman korang jenis yang macam mana? Mesti ada yang nak nampak glowing, flawless, licin takde jerawat, malah ada yang nak kelihatan seperti awet muda.

Kalau nak je memang tak cukup. Korang kena usaha juga untuk dapatkan kulit yang diidamkan. Saya tahu bukan senang nak jaga kulit muka ni. Lebih-lebih lagi kalau ada yang kulit sensitif.

So apa tips penjagaan harian kulit muka untuk nampak cantik dan bersih? Sebenarnya tak susah pun tapi korang kena rajin amalkan dengan konsisten. Jom kita sama-sama sambung baca artikel ni di bawah!

1. Pilih Cleanser Yang Sesuai


Cleanser yang terbaik adalah yang mempunyai kandungan pH sedikit rendah iaitu antara 4-6 yang bersifat asidik. Lapisan asid ini lah yang memberi perlindungan asas kulit korang daripada terdedah dengan jangkitan bakteria. Yang paling penting, pastikan kadar pH cleanser tersebut tidak melebihi 6!

2. Banyakkan Minum Air Kosong & Kurangkan Pengambilan Gula


Selalu sangat kita dengar atau baca kalau nak kulit cantik kena minum air kosong banyak-banyak kan? Tapi memang betul pun sebab air kosong atau mineral yang kita minum ni sebenarnya boleh flush out banyak bahan-bahan toksin dalam badan. Sebab tu penting untuk kita minum sekurang-kurangnya 8 gelas air putih dalam sehari. Lagi satu, kurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan korang untuk elakkan dari masalah kulit seperti kulit kering dan kedut.

3. Amalkan Pakai Sunscreen


Ramai yang ingat pemakaian sunscreen ni hanya perlu bila pergi ke pantai atau bersukan di tengah panas. Salah konsep tu! Sedangkan, duduk dalam rumah pun korang disarankan untuk pakai sunscreen sebab sinar radiasi yang dikeluarkan oleh telefon pintar, televisyen, tablet, dan pelbagai gajet juga boleh merosakkan kulit muka korang tau. Jadi, seeloknya korang amalkan lah pakai sunscreen untuk menghindar sinar UV dan radiasi dari terserap ke dalam kulit.

4. Jangan Skip Moisturizer


Kebiasaanya kita selalu dengar orang pakai moisturizer untuk melembapkan kulit yang kering je kan? Tapi hakikatnya kulit yang berminyak juga kena pakai moisturizer ni tau. Kalau kulit berminyak, itu maknanya kulit bagi signal untuk keluarkan lebihan minyak sebab kulit tak cukup lembap.

Korang boleh cari lah moisturizer yang sesuai untuk jenis kulit masing-masing. Kalau nak lagi senang, pakai moisturizer Meuskin Booster Treatment Gel yang memang sesuai untuk semua jenis kulit.


Yang paling best, Meuskin Booster Treatment Gel ni bukan sahaja melembapkan kulit. Malah ia boleh merawat, dan mencerah kulit dalam masa 7-14 hari je!

Masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, kedut, kering, merah, dan gatal-gatal pun semuanya Meuskin Booster Treatment Gel boleh selesaikan. Betul ke ni? Ya, sebab bahan-bahan utama dalam Meuskin Booster Treatment Gel ni terdiri daripada bahan alami seperti aloe vera, ekstrak pegaga, cucumber sativus (timun), dan banyak lagi yang berfungsi untuk merawat dan membersihkan kulit.


Kalau korang nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel ni korang klik je link website Meuskin.com ni atau chat direct terus ke Whatsapp Meuskin HQ untuk dapatkan DISKAUN & OFFER yang berbaloi-baloi!





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search