Wednesday, December 7, 2022

Ketahui 6 Khasiat Strawberi Untuk Kulit Cantik & Flawless!

Ketahui 6 Khasiat Strawberi Untuk Kulit Cantik & Flawless!


Memang tidak dinafikan buah strawberi sangat digemari hampir semua orang. Rasanya yang manis, berjus, dan kaya dengan nutrisi ini menjadikan strawberi antara buah-buahan yang top dalam senarai korang, tak begitu?

Sementara banyak khasiat tersimpan dalam buah kecil molek berwarna merah ini, hakikatnya ia banyak juga memberi manfaat dari segi kesihatan dan kecantikan kulit khususnya pada bahagian wajah.

Korang boleh sambung baca artikel ni di bawah untuk baca tentang penjelasan kebaikan buah strawberi pada kulit muka!

1. Merawat Jerawat


Buah strawberi sangat dikenali dengan vitamin C yang mempunyai ciri anti-keradangan. Ini membuatkan strawberi membantu melembut dan menenangkan kulit yang breakout. Ia juga mengandungi bahan yang bernama salicylic acid, sejenis BHA yang membersihkan liang pori dari tersumbat dengan bakteria dan kotoran yang menjadi faktor pembentukan jerawat.

2. Mengurangkan Kerosakan Sinar UV


Secara umumnya, kita semua ketahui bahawa sinar UV dari matahari boleh mengakibatkan kulit menjadi rosak seperti kedut, garis halus, dan tanda penuaan. Buah strawberi yang kaya dengan bahan anti-oksidan ini boleh mengatasi masalah tersebut dengan membalikkan kerosakan yang berpunca dari sinar UV tadi serta mengurangkan rasa sakit.

3. Menghilangkan Mata Sembab


Berita baik buat korang yang ada masalah 'mata panda'! Antara kebaikan buah strawberi ini juga adalah ia mampu merawat kondisi mata sembap. Ini kerana strawberi dikatakan bertindak sebagai astringent yang membantu melegakan keadaan bawah mata dan mengurangkan keradangan yang dihasilkan oleh kesembapan tadi.

4. Mencerahkan Kulit


Yang ini sudah pasti ramai yang dah tahu dan ada yang mengamalkan minum jus buah strawberi secara rutin untuk dapatkan kulit yang cantik dan menyinar. Jus ini sangat sempurna untuk menaikkan seri pada muka serta mencerahkan lagi kulit. Dengan cara ini kulit korang boleh kelihatan lebih segar dan sihat sepanjang masa.

5. Melembapkan Bibir


Korang perasan tak kebanyakan lip balm yang di jual di kedai atau farmasi mempunyai bahan yang berasaskan buah strawberi? Ini kerana ia ada kelebihan dalam melembap dan memberi nutrisi pada bibir yang kering dan rosak. Kandungan salicylic acid inilah yang bertanggungjawab untuk eksfoliat sel kulit mati sementara membantu mengekalkan kelembapan pada bibir.

6. Memudarkan Hiper-Pigmentasi & Bintik Hitam


Salicylic acid yang terkandung dalam buah strawberi ini berfungsi untuk mengurang dan memudarkan proses hiper-pigmentasi serta bintik hitam pada kulit muka. Strawberi juga boleh menjadi bahan eksfoliat yang bagus untuk membuang sel kulit mati.

Pigmentasi pada kulit ni boleh terjadi atas beberapa sebab seperti faktor umur, salah guna produk, sinar UV, dan persekitaran tercemar. Hasil dari proses pigmentasi inilah yang menyebabkan kulit mempunyai tompok gelap dan tona warna pada wajah tidak sekata.

Selain strawberi, ada beberapa jenis pelembap yang memang khas untuk melawan dan mencegah pigmentasi. Tapi yang menjadi kegemaran saya sekarang ialah Meuskin Booster Treatment Gel!


Meuskin Booster Treatment Gel ni mengandungi 7 bahan utama dan premium yang diformulasi oleh pakar untuk dijadikan sebagai pelembap. Hasilnya, Meuskin Booster Treatment Gel menjadi solusi paling baik untuk atasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kusam, kedut, kering, dan kulit breakout.


Sebenarnya ramai yang dah cuba krim pelembap Meuskin Booster Treatment Gel ni dan memang ternyata berkesan. Korang boleh nampak sendiri kesan perubahan seawal penggunaan 1 botol.

Kalau nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel ni korang klik je link website Meuskin.com ni atau chat direct terus ke Whatsapp Meuskin HQ untuk dapatkan harga DISKAUN 30%!





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search