Tuesday, December 13, 2022

Elak Kulit Berminyak Dengan 3 Cara Ini!

Elak Kulit Berminyak Dengan 3 Cara Ini!


 Pada asasnya, kulit manusia memang perlu menghasilkan minyak untuk melindungi, mengekalkan kelembapan, serta melawan tanda-tanda penuaan. Cuma yang menjadi masalah sekarang ialah apabila minyak yang dikeluarkan itu berlebihan.

Kulit yang terlebih minyak biasanya akan mengundang pelbagai masalah kulit seperti jerawat, kusam, dan lain-lain. Kalau korang mempunyai kulit jenis berminyak macam ni, pastikan elak melakukan kesilapan-kesilapan seperti berikut;

1. Terlalu Kerap Mencuci Muka


Rutin mencuci muka ini memang tidak dapat dinafikan sangat penting untuk memastikan kesihatan dan kecantikan kulit terjaga. Namun, ada sesetengah daripada kita yang terlebih cuci sehingga menyebabkan kulit terlampau kering.

Sebenarnya, kulit memerlukan bahan minyak secara semula jadi. Kekerapan dalam membasuh muka akan meninggalkan kulit dalam keadaan kering dan akhirnya memacu kelenjar minyak untuk menghasilkan sebum dengan lebih banyak sebagai tindak balas.

2. Terlebih Guna Pelembap


Penggunaan pelembap yang terlalu berat juga akan menghasilkan kulit yang berminyak. Selepas 10 minit pertama mencuci muka, kebiasaannya bahagian wajah akan merasa kering dan ketat.

Selepas lebih kurang 20 minit barulah kelenjar minyak merembeskan semula minyak pada kulit. Jadi, sebaiknya korang perlu tunggu sekitar 20-30 minit untuk melihat semula kondisi kulit muka sebelum pilih untuk pakai pelembap.

3. Menggunakan Pencuci Muka Yang Salah


Kalau korang mempunyai masalah kulit berminyak, cuba elakkan dari memakai pencuci muka yang berasaskan minyak atau krim. Seharusnya, pencuci muka berasaskan buih adalah lebih sesuai disebabkan sifatnya yang menyingkirkan minyak dari kulit wajah.

Rumusan

Setiap manusia mempunyai jenis kulit yang berbeza-beza. Ada yang memiliki kulit jenis kering, sensitif, dan juga kombinasi. Jadi, korang harus kenal pasti kategori kulit dan sesuaikan dengan rutin penjagaan kulit harian.

Pemakaian pelembap juga sangat penting dan ramai yang masih tidak peka dengan kepentingannya. Produk pelembap zaman sekarang kebanyakannya sudah diformulasi untuk pelbagai tujuan dalam satu penggunaan.

Contohnya Meuskin Booster Treatment Gel!


Meuskin Booster Treatment Gel ni bukan sahaja melembap, malah memiliki fungsi merawat serta mencerah kulit. Yang paling unik, Meuskin Booster Treatment Gel juga mempunyai fungsi infraguard, di mana ia bertindak sebagai pelindung dan merawat kerosakan akibat daripada sinar UV secara efisien!


Meuskin Booster Treatment Gel memang menjadi pilihan ramai orang disebabkan kesan perubahannya dapat dilihat seawal 7-14 hari. Bahan-bahan Meuskin Booster Treatment Gel kebanyakannya premium dan diimport dari pelbagai negara seperti USA, UK, dan Korea Selatan. Tapi ia dihasil dan dikilang di Malaysia serta patuh dengan ISO. Yang paling penting lulus KKM dan ujian klinikal makmal!

Kalau korang nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel ni pergi je dekat link website Meuskin.com atau chat direct terus dengan Whatsapp Meuskin HQ untuk dapatkan HARGA OFFER serta FREEGIFT yang menarik!





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search