Wednesday, December 21, 2022

5 Bahan Yang Perlu Elak Semasa Membeli Produk Skincare!

5 Bahan Yang Perlu Elak Semasa Membeli Produk Skincare!


Zaman sekarang dah banyak produk penjagaan kulit atau skincare korang boleh dapat di pasaran. Tak kira sama ada produk itu buatan lokal mahu pun luar negara, dah bermacam jenama dijual.

Persoalan yang timbul sekarang adakah produk yang digunakan itu selamat atau pun tidak? Korang betul-betul yakin ke bahan kandungan yang ada dalam tu sesuai dengan kulit atau pun boleh menyebabkan kulit jadi makin teruk?


Secara umumnya, semua produk kulit mustahil tiada bahan kimia langsung. Cuma apa yang menjadi perbezaan adalah sekiranya produk tersebut dicampur dengan bahan kimia terlarang sehingga mengakibatkan kesan sampingan yang serius kepada kesihatan pengguna.

Nak tahu apa bahan-bahan kimia terlarang dan tak selamat untuk digunakan manusia? Jom kita sama-sama pelajari agar selepas ini korang boleh menilai sesuatu produk sebelum membeli.

1. Merkuri
Ini bahan yang paling top dan terkenal bagi mereka yang terlibat dengan produk timbang kilo. Walaubagaimana pun, merkuri ini sangat berbahaya kerana ia mampu menyerap ke dalam tubuh badan dan memberi kerosakan serius terhadap buah pinggang serta sistem saraf manusia. Paling merisaukan apabila bahan merkuri ini digunakan oleh ibu hamil, di mana ia boleh merencatkan perkembangan otak bayi di dalam kandungan.

2. Tretinoin
Walaupun tretinoin merupakan salah satu bahan yang efektif untuk merawat jerawat, ia memberi kesan sampingan kepada kulit seperti kemerahan, tidak selesa, pedih, menggelupas, dan kulit akan jadi makin sensitif.

3. Hydroquinone
Bahan ini sebenarnya telah disahkan selamat untuk digunakan manusia. Fungsi dan tindakan hydroquinone ini adalah dengan menghakis kulit bagi mencegah penghasilan melanosit. Melanosit ini pula mengeluarkan melanin yang biasanya memberi laluan kepada proses hiper-pigmentasi. Cuma, kulit yang terdedah dengan hydroquinone ini akhirnya boleh bertukar menjadi kemerahan, tidak selesa, dan bertukar menjadi lebih sensitif.

4. Fragrance
Kalau korang check senarai bahan kandungan dalam produk-produk kulit, kebanyakannya akan ada perkataan fragrance. Fragrance ini merupakan sejenis pewangi atau pewarna yang bertujuan memberi bau wangian pada produk yang korang guna. Tujuannya baik tetapi adakalanya ia boleh memberi reaksi pada kulit seperti kemerahan dan sensitif.

5. Alkohol
Alkohol sebenarnya ada 2 jenis iaitu yang baik dan yang tidak baik. Methanol, isopropyl, propanol, benzyl alcohol, dan sd alcohol adalah contoh alkohol yang tidak bagus kerana ia boleh membuatkan kulit jadi tersangat kering dan merah. Fungsi alkohol adalah membantu membuang lapisan kekotoran pada kulit tetapi dalam masa yang sama boleh menyebabkan kulit menjadi pedih.

Kalau korang nak cari produk skincare yang bebas merkuri, bebas fragrance, dan bebas bahan kimia terlarang yang lain, Meuskin Booster Treatment Gel adalah pilihan TERBAIK!!!


Meuskin Booster Treatment Gel ni ialah sejenis pelembap tapi yang UNIK nya dia ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah kulit. Korang jangan risau sebab Meuskin Booster Treatment Gel ni mengandungi 7 bahan utama yang telah diformulasi oleh pakar supaya menjadi pelembap water-based yang sesuai digunakan pada semua jenis kulit.


Kalau korang nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel ni korang pergi je dekat link website Meuskin.com atau chat direct terus Whatsapp Meuskin HQ untuk CLAIM FREE GIFT & OFFER MENARIK!





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search