Wednesday, December 14, 2022

Baca 5 Kebaikan Minum Susu Badam Untuk Badan Sihat!

Baca 5 Kebaikan Minum Susu Badam Untuk Badan Sihat!


Trend minum susu badam atau almond milk sekarang semakin popular dalam kalangan mereka yang ingin menjaga berat badan dan juga kesihatan. Pergi je dekat mana-mana pasar raya mesti banyak susunan produk susu badam dari pelbagai jenama.

Susu badam juga sudah menjadi alternatif lain kepada susu yang biasa korang minum sebelum ni seperti susu lembu, kambing, dan soya. Secara amnya, kacang badam atau almond ini memang mempunyai banyak nutrisi yang bagus untuk kesihatan badan.

Menurut kaji selidik yang dipetik dari majalah TIME, 4 daripada 5 pakar kesihatan bersetuju dan berpendapat bahawa susu badam memiliki lebih banyak nutrisi berbanding susu-susu lain. Untuk pengetahuan, setiap 100ml susu ini mengandungi ;

  • Kalori : 13 kcal
  • Protein : 4 g
  • Lemak : 1 g
  • Karbohidrat : 1 g
  • Serat : 4 g
Ia juga mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti D dan E serta mineral kalsium, potasium, dan lain-lain lagi. Disebabkan ini lah susu badam sering menjadi pilihan pengguna dan penggemar susu pada masa kini.

Mari kita lihat manfaat serta kebaikan susu badam ini dari segi kesihatan pula!

1. Sesuai Untuk Individu Yang Mempunyai Intoleransi Laktosa


Bagi mereka yang susah untuk mencari susu yang sesuai tanpa sebarang side effect, susu badam boleh dijadikan alternatif. Ianya tidak menghasilkan sebarang alergi kepada tubuh badan khususnya bagi mereka yang ada masalah intoleransi laktosa.

2. Boleh Menurunkan Berat Badan


Kandungan kalori di dalam susu badam jauh lebih rendah berbanding susu-susu lain iaitu sebanyak 50%. Jadi, bagi korang yang sedang merancang untuk menjaga berat badan dan mahu menjadikan susu sebagai makanan atau minuman, susu badam adalah jawapannya.

3. Menguatkan Tulang Badan


Susu badam atau almond milk ini memiliki peranan yang sama dengan susu lain dari segi cirinya yang menguatkan tulang badan. Kandungan kalsium dan protein yang tinggi bukan sahaja meningkatkan kekuatan tulang, malah berhasil untuk mencegah dari masalah kerapuhan dan sekali gus mengelakkan dari masalah osteoporosis.

4. Baik Untuk Kesihatan Jantung


Kalau korang teliti kandungan nutrisi susu badam seperti yang saya nyatakan di atas, kandungan lemak dan karbohidratnya boleh dikatakan sangat rendah. Ia juga bebas kolestrol dan ini menjadikan susu badam sebagai pilihan utama bagi mereka yang ingin mengelakkan risiko penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, atau jantung.

5. Mencegah Diabetes


Susu badam mengandungi kadar gula dan lemak yang sangat rendah. Ini merupakan faktor mengapa ia boleh dikatakan mampu mencegah penyakit kencing manis. Tapi, korang kena berhati-hati sebelum membeli kerana ada sesetengah produk susu badam yang mempunyai campuran gula dan bahan pengawet yang tinggi. Jadi, sila periksa label nutrisi sesuatu produk itu dahulu sebelum memutuskan untuk beli.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search