Wednesday, December 7, 2022

Jangan Abaikan Keselamatan & Kesihatan Di Tempat Kerja! : Ikuti 5 Tips Ini Agar Korang Sentiasa Peka

Jangan Abaikan Keselamatan & Kesihatan Di Tempat Kerja! : Ikuti 5 Tips Ini Agar Korang Sentiasa Peka


 
Tempat kerja bukan hanya sebagai tempat untuk korang melakukan tugasan yang diberikan oleh majikan. Bahkan, setiap pekerja dan majikan perlu bersama-sama mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat.

Keselamatan di tempat kerja adalah aspek yang sangat penting dan ia tidak terbatas dengan soal fizikal sahaja, malah dari sudut emosi juga harus diambil kira. Menurut statistik daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, jumlah kemalangan yang direkodkan sehingga April 2018 adalah sebanyak 1251 kes dan kematian sebanyak 71 orang. Sementara itu 58 orang pula hilang upaya kekal.

Jumlah ini boleh dikategorikan sebagai serius dan para majikan serta pekerja seharusnya berusaha mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Pada artikel kali ini saya akan kongsikan 6 tips keselamatan di tempat kerja yang boleh korang ambil kira sebagai panduan.

1. Peka Dengan Persekitaran


Peka dan waspada adalah ciri yang amat penting untuk memastikan keadaan persekitaran sentiasa dalam keadaan baik dan terhindar dari risiko kemalangan. Antara perkara utama yang harus korang peka adalah:

  • Minyak atau cecair yang tumpah di atas lantai
  • Pisau atau alatan tajam di pantri
  • Objek berat yang disusun terlalu tinggi dan tidak kukuh
  • Kebocoran atau kerosakan mesin/gajet/alatan elektronik
  • Luka pada anggota badan
2. Postur Badan Harus Betul


Bagi korang yang bekerja menghadap komputer dalam suatu jangka masa yang lama, pastikan bahu sejajar dengan pinggul. Ini untuk memastikan tiada efek masalah sakit pada bahagian belakang badan.

Untuk pekerja yang sering mengangkat barang pula, pastikan teknik mengangkat itu dilakukan dengan betul dan elakkan daripada membongkok. Sebaiknya gunakan alat atau perkakas yang sesuai dan membantu untuk mengangkat serta mengalih barang yang berat.

3. Berehat Seketika


Badan dan minda yang letih bekerja mampu membuatkan korang hilang fokus dan ini boleh menjadi risiko untuk berlaku kemalangan di tempat kerja. Bekerja dalam tempoh yang lama akan mendedahkan diri korang kepada hilang daya tumpuan.

Cukup sekadar rehat dalam tempoh masa yang singkat mampu mengembalikan tenaga serta fokus semula pada kerja. Adalah disarankan untuk melakukan tugas yang paling susah atau berat di sebelah pagi kerana ia memerlukan tenaga dan fokus yang sangat tinggi.

4. Elakkan Stress Di Tempat Kerja


Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan stress di tempat kerja ialah waktu bekerja yang lama, beban kerja yang terlalu banyak, dan juga hubungan sosial yang kurang baik antara pekerja mahupun majikan.

Jadi, kedua-dua pihak harus memainkan peranan untuk mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif dan mesra supaya emosi lebih stabil dan positif di samping dapat meningkatkan produktiviti kerja.

5. Lapor Jika Terdapat Sebarang Keadaan Yang Tidak Selamat


Ramai yang ambil ringan dengan point nombor 5 ni sebab kebanyakan dari kita suka mengambil sikap tak endah dan juga pentingkan diri sendiri. Tapi sebenarnya dengan melaporkan sebarang situasi yang tidak abnormal ini kepada pihak atasan, masalah seperti kemalangan atau insiden dapat dielakkan dengan cepat.

Keadaan seperti mesin rosak, paip bocor, atau kebakaran harus dilaporkan kepada pihak majikan atau penyelia dengan kadar segara. Ini untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih parah.

Kesimpulan

Kesedaran tentang keselamatan di tempat kerja ini harus dipupuk agar ia menjadi budaya yang sihat dalam kalangan pekerja. Walaupun produktiviti dan keuntungan merupakan perkara utama yang dikejar dalam sesebuah organisasi, jangan lupa juga tentang keselamatan dan kesihatan persekitaran.

Korang semua kena sentiasa ingat, duit boleh dicari tetapi nyawa tidak boleh diganti. Saya harap lepas ni semua pekerja akan menjadi lebih peka tentang isu keselamatan di tempat kerja.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search