Wednesday, December 21, 2022

5 Sebab Kenapa Korang Perlu Makan Telur : Sumber Protein Bagi Abang Sado!

5 Sebab Kenapa Korang Perlu Makan Telur : Sumber Protein Bagi Abang Sado!


Telur merupakan sumber protein yang boleh dikatakan murah bagi kebanyakan orang. Ia sering dijadikan alternatif bagi sumber protein selain daging ayam, ikan, lembu, dan sebagainya.

Telur juga biasa dikaitkan dengan pemakanan seimbang dan memiliki banyak khasiat serta kebaikan untuk kesihatan tubuh badan. Bukan sahaja dikenali dengan sumber protein yang tinggi, malah mempunyai pelbagai jenis vitamin dan zat penting.

Berikut adalah sedikit penjelasan tentang kenapa korang perlu makan telur untuk jaga kesihatan!

1. Menyokong Perkembangan Otak


Jarang sekali kita dengar tentang kolin, tetapi telur yang korang masak dan makan hari-hari itu sebenarnya mengandungi nutrisi tersebut. Secara amnya, kolin memainkan peranan penting dalam perkembangan fungsi otak, memori, metabolisme, dan juga kestabilan mood. Telur adalah salah satu cara yang termudah untuk korang dapatkan kolin ini kerana badan tidak mampu menghasilkannya dengan sendiri. 

2. Baik Untuk Penglihatan Mata


Korang tahu tak telur sebenarnya mempunyai sumber nutrisi yang baik untuk mata seperti lutein dan zeaxanthin. Dua bahan ini memiliki ciri anti-oksidan yang penting untuk menapis cahaya terang dan melindungi sel-sel pada mata. Lutein dan zeaxanthin juga mampu mengurangkan risiko penyakit mata seperti katarak dan degenerasi makula.

3. Kaya Dengan Nutrisi Lain


Rasanya semua orang tahu telur merupakan makanan yang sangat tinggi dengan sumber protein. Tapi bukan itu sahaja kerana telur juga memiliki nutrisi lain seperti vitamin D, vitamin B, vitamin A, kalium, dan karotenoid. Sebab itulah korang perlu masukkan telur dalam pengambilan makanan harian!

4. Membantu Mengurangkan Berat Badan


Makan telur dikatakan boleh menyokong dalam usaha penurunan berat badan korang terutamanya jika korang sedang mengawal pengambilan kalori. Dalam suatu kajian juga mendapati telur mampu meningkatkan aktiviti metabolik serta perasaan kenyang. Sebab itu hidangan telur pada waktu sarapan sangat penting bagi mengelakkan seseorang itu mengambil ekstra kalori pada jam berikutnya.

5. Membina & Mengembang Otot


Salah satu fungsi protein adalah membantu pertumbuhan otot dan memperbaiki tisu yang koyak akibat daripada aktiviti yang intense. Sebab itu korang selalu nampak orang yang bersenam dan main gym akan menjadikan telur sebagai 'makanan utama' mereka. Pastikan juga untuk makan keseluruhan telur kerana kuning telur mengandungi lebih daripada 40 peratus proteinnya.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search