Monday, December 12, 2022

Hisap Vape Boleh Mati? : Ketahui 5 Akibat Sedut Asap Vape!

Hisap Vape Boleh Mati? : Ketahui 5 Akibat Sedut Asap Vape!

 

Sekarang ni boleh tengok dekat mana sahaja, ramai yang menggunakan alat vape ini sebagai pengganti rokok. Masyarakat khususnya beranggapan vape ini memiliki kurang risiko terhadap kesihatan berbanding dengan rokok tembakau. 

Namun begitu, secara asasnya flavour atau cecair vape itu sendiri mengandungi kadar nikotin yang diekstrak dari tembakau. Cuma bezanya ia didatangkan dengan pelbagai perisa dan bau untuk menarik perhatian pengguna.

Apa Itu Vape?


Bagi yang masih belum kenal dengan vape, ia merupakan sejenis alat peranti elektronik yang berisi liquid vape atau cecair dan menggunakan konsep pemanasan kapas untuk menghasilkan asap atau wap. Cecair ini memiliki pelbagai warna, bau, dan rasa untuk menarik perhatian dan selera pengguna.

Antara rokok konvensional dan rokok jenis elektronik ini sebenarnya mempunyai risiko bahaya yang sama terhadap kesihatan tubuh badan. Ikuti penjelasan lanjut tentang bahaya tabiat vape ini di bawah;

1. Memacu Sifat Ketagihan


Walaupun alat peranti vape ini pada fungsi asalnya bertujuan untuk mengurangkan ketagihan rokok tembakau. Pada hakikatnya cecair vape tersebut mengandungi kadar nikotin yang ditentukan.

Bahan nikotin ini diekstrak dari tembakau dan ia merupakan sejenis zat adiktif yang membuatkan seseorang itu sentiasa ketagihan untuk mendapatkan rokok. Ketagihan nikotin juga mampu membuatkan anda susah untuk melepaskan atau berhenti merokok. 

2. Mengganggu Perkembangan Otak Remaja


Remaja yang berusia lingkungan 25 tahun lebih berisiko untuk membahayakan perkembangan positif otak mereka dengan nikotin. Center For Disease Control And Prevention telah menggariskan bahawa penggunaan nikotin dapat merosakkan serta melambatkan bahagian otak yang mengawal fungsi:

  • Perhatian/Fokus
  • Pembelajaran
  • Mood
  • Kawalan Impuls
3. Meningkatkan Risiko Penyakit Paru-Paru


Sama seperti rokok tembakau, asap vape yang disedut sangat berpotensi untuk mengakibatkan penyakit yang berkait dengan paru-paru. American Lung Association ada menyebutkan bahawa kandungan vape yang dikenali sebagai acrolein digunakan untuk meracun rumput atau lalang.

Acrolein ini boleh menyebabkan kecederaan kepada paru-paru dengan mengancam sel paru-paru. Dengan dos yang tinggi pula boleh membunuh sel-sel tersebut jika terdedah dengan bahan bahaya ini.

4. Risiko Penyakit Kardiovaskular


Asap atau wap vape yang mengandungi nikotin sebenarnya dapat meningkatkan penghasilan kadar hormon adrenalin. Hormon adrenalin yang sangat tinggi sememangnya tidak bagus kerana ia akan menaikkan tekanan jantung.

Ia kemudian meningkatkan kadar degupan jantung supaya darah boleh mengalir dengan deras ke seluruh bahagian tubuh. Kondisi sebegini sangat bahaya kerana membiarkan jantung bekerja lebih keras yang akhirnya mengakibatkan serangan jantung secara tiba-tiba.

5. Keracunan Nikotin


Pendedahan terhadap nikotin dalam jumlah yang besar boleh membuka ruang kepada risiko keracunan nikotin. Kebiasaannya gejala keracunan nikotin ini dapat dilihat seperti berasa mual dan sering muntah.

Dalam kes tertentu, pengguna yang terdedah juga akan mengalami kekejangan dan kesesakan nafas. Umumnya, hanya dengan sekitar 30-60 miligram (mg) nikotin sudah dapat membunuh orang dewasa. Sebotol kecil cecair vape pula biasanya mengandungi 100 mg nikotin.

Kesimpulan

Penggunaan vape sebagai alat untuk ganti rokok tembakau sebenarnya bersifat mitos. Malah risiko untuk seseorang yang menggunakan vape itu untuk sakit sebenarnya hampir sama dengan rokok konvensional.

Sebagai manusia yang waras, korang harus lebih sedar dan peka tentang perkara-perkara yang boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan. Ada banyak lagi alternatif untuk berhenti merokok seperti nicotine patch, nicotine gum, klinik berhenti merokok, dan banyak lagi. Semoga usaha korang untuk berhenti merokok dapat dicapai secepat mungkin!

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search