Monday, December 5, 2022

5 Jenis Roti Yang Korang Wajib Cuba Sekali Seumur Hidup!

5 Jenis Roti Yang Korang Wajib Cuba Sekali Seumur Hidup!


 Cakap pasal roti je mesti korang terfikir sama ada roti gandum, roti sandwic, atau roti canai. Tapi korang tahu tak sebenarnya ada banyak lagi jenis roti yang ada dalam dunia ni tau. 

Memang lumrah manusia gemar mencipta sesuatu dan termasuklah roti yang mempunyai pelbagai jenis dan rasa ini. Untuk tambahkan ilmu pengetahuan am korang tentang roti ini, jom kita sama-sama pelajari di bawah!

1. Baguette


Roti baguette ini juga dikenali dengan nama roti Perancis kerana memang asal-usul roti ini dari daerah sana. Baguette juga sangat terkenal kerana bentuknya yang panjang serta teksturnya yang kelihatan keras seperti kayu. Kebiasaannya roti ini digunakan untuk membuat garlic bread dan sandwic.

2. Croissant


Croissant ini secara umumnya sangat dikenali dan digemari oleh masyarakat Perancis. Walaubagaimana pun ada pendapat yang mengatakan roti ini dicipta oleh seorang warga Austria yang bernama August Zang pada tahun 1838. Apa pun sejarah asal-usul croissant ini yang paling penting adalah keunikan teksturnya yang rangup dan rapuh di luar dan lembut di dalam.

3. Muffin


Siapa je yang tak kenal dan tak pernah makan muffin kan? Berbagai-bagai versi muffin telah dibuat oleh manusia dan memang mudah untuk didapati di mana-mana. Roti muffin ini dikatakan berasal dari The Black Country, England. Kebiasaanya orang Inggeris menjamu roti muffin ini bersama madu, jem, dan minuman susu.

4. Roti Pita


Roti yang dikatakan berasal dari Yunani ini dikenali sebagai roti Pita. Ia juga menjadi salah satu makanan wajib bagi sesetengah negara seperti Arab, Mesir, Balkan, Jazirah Arab, dan Turki. Roti pita juga merupakan satu jenis roti yang dibuat tanpa proses fermentasi dan dimasak dengan cara dipanggang dalam tungku. Cadangan hidangan roti ini adalah dengan kuah kari atau kebab yang sangat terkenal di negara Timur Tengah.

5. Bagel


Masyarakat Poland sangat menggemari roti bagel ini dan roti ini dipercayai memang dibawa masuk ke Amerika Syarikat oleh seorang imigran yahudi Poland. Bentuknya boleh dilihat bulat seperti donat dan tekstur dalamnya agak sedikit keras. Kebiasaannya bagel ini disajikan dengan krim keju serta taburan daun parsley.

Kesimpulan

Terdapat pelbagai jenis roti yang kita boleh pelajari di seluruh dunia seperti yang korang baca di atas. Sebenarnya ada banyak lagi tapi cukup sampai di sini saja dahulu yang saya boleh kongsikan.

Roti ini merupakan salah satu sumber karbohidrat penting untuk kesihatan tubuh badan. Namun begitu, saya nak ingatkan juga supaya jangan ambil secara berlebihan terutamanya roti jenis putih yang biasa kita makan.

Amalkan pemakanan sihat dan korang boleh juga rujuk carta piramid makanan untuk ketahui jenis makanan yang mana satu perlu diambil dengan banyak dan sedikit.

Satu lagi saya nak kongsikan tentang Meuskin Booster Treatment Gel yang menjadi produk pelembap harian saya yang wajib!


Meuskin Booster Treatment Gel ni dah berjaya selesaikan masalah kulit saya yang sebelum ni ada banyak jeragat dan nampak kusam. Lepas saya pakai Meuskin Booster Treatment Gel ni dalam masa 14 hari dah boleh nampak kesan perubahan positif! Kulit nampak lebih glowing dan jeragat pun mula pudar.


Korang kalau nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel ni boleh klik link website Meuskin.com atau chat direct terus Whatsapp Meuskin HQ untuk dapatkan harga DISKAUN!





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search