Thursday, December 15, 2022

Apa Maksud Di Sebalik Jenama H&M?

Apa Maksud Di Sebalik Jenama H&M?


Biasa nampak tak logo ni dekat dalam mall? Kalau korang yang jenis suka berfesyen atau 'OOTD', mesti pernah beli pakaian jenama H&M ni kan?

Pengeluar pakaian yang berasal dari Sweden H&M ini telah menjadi salah satu ikon jenama yang terkenal dalam industri fesyen. Walaupun ramai peminat jenama pakaian ni termasuklah rakyat Malaysia, tapi korang sebenarnya tahu tak maksud di sebalik huruf 'H' dan 'M' itu?


Setiap jenama mesti ada cerita dan sejarah asal-usulnya yang tersendiri. Pengasas H&M, Erling Persson merupakan warga Sweden dan beliau telah membuka satu cawangan kedai pakaian di negara tersebut pada tahun 1947. Dia menggelarkannya sebagai Hennes yang bermaksud "Hers" (milik seorang perempuan). Pada masa itu Erling hanya menjual pakaian wanita sahaja.

Kemudian pada tahun 1968, syarikat Hennes telah memperolehi hak terhadap satu jenama peruncit yang menjual alat-alat memburu dan memancing yang bernama Mauritz Widforss. Agak pelik dan berbeza sungguh dengan perniagaan pakaian beliau.

Namun lama-kelamaan, Erling membuat keputusan untuk menceburi bidang fesyen bagi kaum lelaki dan kanak-kanak. Keputusan ini membuatkan nama Hennes itu tidak berapa relevan memandangkan beliau kini tidak hanya lagi menjual pakaian wanita sahaja. Akhirnya, Erling menukarkan jenama beliau menjadi Hennes & Mauritz. Sehinggalah pada tahun 1974, nama Hennes & Mauritz itu disingkatkan menjadi H&M supaya bunyinya lebih mudah dan biasa disebut oleh orang ramai.


Pada tahun 2000, pihak H&M ingin mengembangkan jenama mereka dan keluar daripada pasaran di kawasan Scandinavia. Kedai pertamanya di Amerika telah dibuka di Fifth Avenue, New York.

Tidak lama selepas itu, banyak lagi cawangan telah dibuka di seluruh dunia dan kini jenama H&M sudah tidak asing lagi dan telah menjadi salah satu jenama terkemuka global termasuklah di Malaysia. 

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search