Thursday, December 8, 2022

Rupanya Ini 4 Punca Utama Liang Pori Makin Besar!

Rupanya Ini 4 Punca Utama Liang Pori Makin Besar!


Siapa dekat sini kulit muka jenis berlubang, berminyak, dan berjerawat? Mesti stress kan hari-hari tengok cermin muka macam ni? Tipu lah kalau korang taknak kulit cantik, flawless, glowing macam artis Korea.

Realitinya, liang pori ni korang tak boleh nak hilangkan tau. Tapi korang hanya boleh mengecilkan dan membersihkan sahaja. Itu pun sebenarnya dah cukup untuk pastikan liang pori tak mudah tersumbat dan jadi jerawat.

Korang kena tahu dulu apa punca-punca yang menyebabkan liang pori jadi makin besar lepastu baru boleh fikir cara nak atasi. So, sila sambung baca artikel ni di bawah sebab saya akan kongsikan dengan korang kenapa pori boleh jadi besar.

Apa Itu Liang Pori?


Liang pori pada kulit manusia ni memang ada dan tak boleh nak hilangkan. Ia cuma boleh dikecilkan bagi mengelak kotoran dan bakteria daripada berkumpul dan menyebabkan pori tersumbat. 

Di bawah liang pori ini terdapat satu kelenjar yang mengeluarkan minyak yang dikenali sebagai oil glands (kelenjar minyak). Folikel rambut juga terletak di liang pori. Pada bahagian muka, pori memang boleh didapati dalam kuantiti yang banyak khususnya di hidung dan pipi.

Sekarang kita kenali pula apa punca yang membuatkan pori menjadi makin besar:

1. Pori Tersumbat

Macam yang saya sebutkan tadi, liang pori kita mempunyai kelenjar minyak di bawahnya. Kelenjar tersebut secara normal akan merembeskan cecair minyak melalui liang pori tadi. Cuma apabila penghasilan minyak terlalu banyak dan tidak terkawal, ditambah pula dengan kotoran serta sel kulit mati, kawasan lubang pori tersebut akan tersumbat. Ini sekali gus akan memaksa liang pori untuk mengembang dan membesar.

2. Genetik

Ada sesetengah individu memang secara genetik memiliki liang pori yang lebih besar berbanding dengan orang lain. Kalau korang salah satu dari kategori ini, jangan risau dan panik. Korang boleh kawal liang pori tu supaya tidak membesar dan yang paling penting bersihkan muka dengan deep cleanser supaya tidak tersumbat dan menghasilkan jerawat.

3. Kerosakan Kulit Akibat Sinar UV

Ya! Kulit yang tiada perlindungan sunscreen boleh mempengaruhi saiz liang pori. Sinar UV bukan sahaja boleh buat kulit jadi rosak, malah mampu membuatkan pori jadi lebih besar. Sebaiknya, sunscreen yang mempunyai Sun Protection Factor (SPF) berupaya untuk memantulkan semula sinar UV yang terkena pada kulit agar tidak menembusi dan merosakkan struktur lapisan kulit.

4. Kulit Kering

Bagi mereka yang ada masalah kulit kering atau dehydrated, potensi untuk liang pori itu nampak lebih besar juga ada. Bila kulit dehydrated, sel kulit akan mengecut dan menyebabkan ruangan antara sel itu jadi lebih besar. So, dekat sini korang dah tahu kan hydration is key!


Cakap pasal hydration ni, apa perkara pertama yang terlintas dalam fikiran korang? Minum air banyak, pakai pelembap (moisturizer), makan makanan sihat. Tapi yang saya nak tekankan dekat sini adalah tentang pemakaian pelembap.

Meuskin Booster Treatment Gel is THE key!


Korang kalau sapu je Meuskin Booster Treatment Gel ni dekat muka memang auto kulit rasa lembap, lembut, dan sejuk je. Tak cukup dengan tu, dalam Meuskin Booster Treatment Gel ni ada fungsi INFRAGUARD yang boleh melindungi dan merawat pigmentasi melalui bahan yang bernama Helianthus Annuus (Sunflower seed).

Senang cerita dalam Meuskin Booster Treatment Gel ni ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah tau! Bukan saya sorang je dah cuba, ramai lagi yang siap repeat sebab memang terbukti berkesan dalam masa 7-14 hari!



Kalau korang nak tahu info lanjut, pergi je tengok sendiri dekat website Meuskin.com atau chat direct terus Whatsapp Meuskin HQ untuk CLAIM HARGA DISKAUN!





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search