Sunday, December 18, 2022

Santa Claus Memang Wujud Ke? : Jom Semak 5 Fakta Menarik Tentang Perayaan Krismas!

Santa Claus Memang Wujud Ke? : Jom Semak 5 Fakta Menarik Tentang Perayaan Krismas!


Hari Perayaan Krismas dah nak semakin hampir. Bagi penganut agama Kristian, 25 Disember sememangnya tarikh yang dinanti-nanti bagi menyambut Tahun Baru mereka. Persiapan dan perhiasan semasa Hari Krismas ini sangat meriah dan mengujakan terutamanya pada malam sebelumnya.

Pada topik kali ini saya akan berkongsi sedikit sebanyak fakta menarik yang berkaitan dengan Perayaan Krismas. Mari sama-sama sambung baca di bawah!

1. Santa Claus Betul-Betul Wujud?


Ya! Idea Santa Claus ini sebenarnya memiliki kisahnya yang tersendiri. Saint Nicholas of Myra, seorang bishop Kristian yang hidup pada abad ke-4 merupakan susuk tubuh asal bagi figura Santa Claus yang kita lihat pada hari ini. Semasa hayat beliau, Saint Nicholas sangat dikenali sebagai seorang yang dermawan dan banyak membantu golongan miskin serta membebaskan kaum wanita dari perhambaan. Namun begitu, rupa paras beliau tidaklah berjanggut dan memakai sut merah seperti yang korang nampak di kaca tv kerana tradisi ini hanya datang ratusan tahun kemudian.

2. Kenapa Gantung Stokin?


Biasa nampak perhiasan stokin ini digantung di tepi cerombong api, bukan? Kebanyakan yang menghias seperti ini adalah Masyarakat Barat semasa perayaan Krismas. Amalan ini juga mempunyai kisah asal-usulnya yang tersendiri, di mana ia bermula dengan seorang lelaki miskin yang tidak cukup wang untuk mengahwinkan anak-anak perempuannya. Dikatakan ketiga-tiga anak lelaki tersebut dengan tidak sengaja menyidai stokin di cerombong api untuk dikeringkan. Kemudian semasa mereka tidur Saint Nicholas telah menjatuhkan beg emas ke dalam cerombong asap rumah mereka dan akhirnya masuk ke dalam kantung stokin yang disidai itu.

3. Pokok Krismas Sangat Simbolik Dari Zaman Kuno Lagi


Tradisi menghias dan meletakkan pokok jenis evergreen sebagai simbolik perayaan Hari Krismas telah diamalkan sejak zaman Mesir dan Rom Purba lagi. Masyarakat pada masa itu gemar menghias pokok dengan bahan-bahan yang bermacam jenis warna semasa musim sejuk bagi menandakan bahawa musim bunga akan kembali.

4. Tanggal 25 Disember Bukan Hari Krismas?


Bagi penganut Kristian, tanggal 25 Disember ini merupakan hari di mana Jesus Christ dilahirkan di dunia. Walaubagaimana pun, tiada sebarang bukti kukuh sama ada dari kitab suci Kristian atau manuskrip lama yang menyatakan sebegitu. Malah, ada yang berpendapat Jesus dilahirkan pada musim bunga. Beberapa pakar sejarah mempercayai tarikh 25 Disember itu mempunyai kaitan dengan festival masyarakat Pagan iaitu Saturnalia yang meraikan perayaan dengan pemberian hadiah.

5. Rusa Bertanduk Atau Christmas Reindeer Ada Banyak Nama!


Rudolph adalah nama yang sangat terkenal untuk haiwan rusa bertanduk atau reindeer yang sentiasa menjadi lambang Krismas. Ia juga mempunyai krew atau kumpulannya sendiri yang masing-masing diberi nama seperti Flossie, Glossie, Racer, Pacer, Scratcher, Feckless, Ready, Steady, dan Fireball.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search