Monday, December 19, 2022

3 Sumber Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Tulang Badan!

3 Sumber Makanan Terbaik Untuk Kuatkan Tulang Badan!


Kalau nak dikira tulang dalam badan manusia ni memang sangat banyak. Tulang-tulang ini juga membesar seiring dengan tumbesaran manusia yang meningkat umur. Tapi bila sampai satu tahap umur kita, pertumbuhan dan kekuatan tulang ini menjadi semakin berkurang dan tidak kuat lagi.

Untuk membina tulang yang kuat dan sihat, korang perlukan sekurang-kurangnya dua nutrien penting iaitu kalsium dan vitamin D. Kalsium berfungsi untuk menyokong dan meningkatkan kepadatan serta kekuatan tulang. Manakala vitamin D pula meningkatkan kadar serapan kalsium serta pertumbuhan tulang yang baik.

Nutrien penting ini boleh didapati dalam makanan yang korang ambil seperti susu, sayur-sayuran, buah-buahan dan juga supplemen luaran. Antara makanan yang boleh menguatkan tulang adalah seperti ;

Sayur-Sayuran


Sayur-sayuran hijau yang gelap seperti kale memang sangat bermanfaat untuk memberi kekuatan pada tulang. Ia kaya dengan bahan nutrisi yang diperlukan oleh tulang bagi menyokong pertumbuhan dan kesihatan. Lobak juga kaya dengan kalsium yang bagus untuk kekuatan tulang. Satu cawan lobak yang dimasak mempunyai kira-kira 200 miligram kalsium, iaitu sekitar 20 peratus daripada keperluan kalsium harian.

Keledek


Antara dua jenis nutrien lain yang dapat membantu menjaga kesihatan tulang adalah magnesium dan potassium. Potassium bertindak meneutralkan asid yang ada dalam badan yang boleh membawa kalsium keluar dari tulang. Ubi Keledek memang pilihan yang sesuai untuk dijadikan snek atau makanan yang boleh membantu meningkatkan nutrien yang bagus untuk tulang.

Buah Tin (Zaitun)


Korang tahu tak lima biji buah tin mempunyai kira-kira 90 miligram kalsium dan nutrien lain yang menyokong sistem tulang dalam badan seperti magnesium dan potassium. Buah tin yang dikeringkan juga kaya dan sangat tinggi dengan nutrien kerana kandungan kalsium dipelihara dengan lebih baik apabila dikeringkan.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search