Wednesday, December 14, 2022

5 Fakta Menarik Negara Turkmenistan!

5 Fakta Menarik Negara Turkmenistan!


Korang mungkin pernah dengar nama negara Turkmenistan sama ada di platform sosial media, artikel, berita, mahu pun majalah. Tapi itu hanya sekadar nama, dan berapa banyak maklumat atau fakta yang kita kenali tentang negara yang terletak di Asia Tengah ini.

Turkmenistan merupakan sebuah negara yang pada suatu ketika dahulu berada di bawah pemerintahan Kesatuan Soviet pada awal abad ke-20. Ia terletak di antara Uzbekistan, Iran, Kazakhstan, dan Afghanistan.


Saya akan kongsikan beberapa fakta menarik tentang negara yang pernah diduduki malah dikuasai beberapa empayar besar sepanjang sejarah peradaban manusia. 

1. Ibu Kota Yang Megah Dengan Seni Bina Unik


Asghabat ialah ibu negara bagi Turkmenistan dan merupakan sebuah bandar mewah yang mempamerkan keindahan hiasan bangunan-bangunan gergasi dengan binaan marmar putih. Namun, menurut masyarakat di sana, mereka menganggap bandar tersebut sebagai 'kota mati termahal dan terindah di dunia'.

2. Geografi Dilitupi Dengan Padang Pasir


Korang percaya tak lebih 80% daripada wilayah Turkmenistan ini majoritinya hanyalah sebuah hamparan padang pasir? Suatu kawasan yang mempunyai perbezaan ketara jika dibandingkan dengan bandar Asghabat tadi. Jajaran padang pasir di sini lebih dikenali dengan nama gurun Karakum.

3. Kurang Dilawati Oleh Pelancong


Negara yang memiliki banyak sejarah dan keindahan seni bina ini sebenarnya tidak ramai yang pelancong yang datang. Pada tahun 2012, dilaporkan bahawa hanya sejumlah 8,900 orang sahaja yang melawati negara ini. Antara sebab utama terjadi begini ialah kerana proses visa negara Turkmenistan mengambil masa yang sangat lama dan mahal.

4. Kaya Dengan Petroleum & Gas


Turkmenistan memiliki rizab minyak dan gas ke-6 terbesar di dunia. Dianggarkan pada Januari 206, negara ini mempunyai simpanan gas asli sekitar 7.5 trilion meter padu. Kekayaan Turkmenistan sememangnya bersumberkan minyak dan gas dan disebabkan ini rakyat mereka menerima banyak subsidi.

5. Negara Dengan Undang-Undang Pelik


Presiden Turkmenistan yang pertama iaitu Sappar-murad Niyazof memerintah dari tahun 1991 sehingga 2006. Ketika berkuasa, Niyazof sangat terkenal dengan mewujudkan undang-undang yang tidak masuk akal. Contohnya seperti larangan penggunaan spandex dan gigi emas, menggantikan nama hari dalam seminggu dengan nama ahli keluarganya, serta pengharaman opera.


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search