Monday, December 26, 2022

7 Jenis Teh Herba Yang Korang Mesti Belum Pernah Cuba!

7 Jenis Teh Herba Yang Korang Mesti Belum Pernah Cuba!


Korang pernah minum teh herba tak? Teh herba ni tak sama macam teh biasa yang kita minum dekat rumah atau kedai mamak tu. Contoh teh biasa ialah seperti teh kuning, teh hijau, dan teh hitam.

Tapi, teh herba ni dikatakan jauh lebih baik dan memberi banyak manfaat pada tubuh badan. Sebenarnya ada banyak jenis teh herba yang boleh didapati. Nak tahu? Jom kita sambung baca artikel ini di bawah!

1. Teh Chamomile


Chamomile merupakan sejenis herba yang telah lama digunakan sejak zaman dahulu. Antara kegunaannya ialah sebagai agen perisa untuk makanan dan minuman, sabun mandi, dan barang kosmetik. Teh chamomile pula berasal dari bunganya yang diekstrak menjadi minyak atau teh dan boleh disapu pada badan serta diminum.

Khasiat teh herba chamomile ini terkenal dengan mampu memberi efek yang menenangkan dan memperbaiki kualiti tidur. Kalau korang mempunyai masalah insomnia, boleh minum teh chamomile ini sebanyak 2 kali sehari untuk merawatnya.

2. Teh Pudina


Daun pudina memang diketahui mempunyai rasa 'berangin' dan menyegarkan. Ia juga biasa dicampurkan dengan teh dan dijadikan salah satu minuman teh herba yang ramai gemari. Daun pudina juga mempunyai ciri anti-oksidan yang tinggi dan dipercayai mampu meningkatkan tahap kesihatan sistem penghadaman dan pencernaan.

Menurut kajian makmal yang pernah dijalankan oleh pakar kesihatan, teh pudina dipercayai mampu melegakan pergerakan usus serta perut yang mengalami masalah. Oleh sebab itu, pengambilan teh pudina juga sangat digalakkan bagi mengatasi masalah seperti ketidakhadaman, senak perut, mual-mual, muntah, serta pedih ulu hati.

3. Teh Halia


Ini juga salah satu minuman yang terkenal di negara kita. Biasa korang minum teh halia ini sama ada di kedai mamak, warung makan, mahu pun buat sendiri di rumah. Rasanya yang agak kuat dan sedikit pedas itu dipercayai mampu menyelesaikan masalah mual, muntah, dan angin dalam badan.

Minuman teh halia ini memang sudah lama diamalkan oleh masyarakat dahulu khususnya di rantau Asia. Ada juga yang minum bersama susu, potongan buah oren, atau pun lemon. Tanaman halia ini memang dikenali dengan kegunaannya sama ada sebagai penambah perisa dalam masakan serta minuman.

4. Teh Bunga Raya


Mungkin ramai yang tak pernah minum atau dengar pun tentang teh bunga raya. Namun begitu, minuman ini sebenarnya merupakan salah satu teh herba yang dibuat daripada campuran kelopak bunga Hibiscus (bunga raya). Biasanya ia disediakan sama ada sejuk atau pun panas.

Dipercayai berasal dari Afrika, rasa teh bunga raya ini ada sedikit masam-masam manis seperti buah kranberi. Khasiat teh herba ini dikatakan bermanfaat terhadap kesihatan serta mampu melawan virus. Namun, tahap keberkesanannya masih lagi belum dapat dipastikan.

5. Teh Herba Echinacea


Teh echinacea adalah sejenis herba yang juga berasal dari bunga dan biasanya diekstrak menjadi air teh dan boleh diminum bagi mendapatkan manfaat kesihatan tertentu. Khasiat teh echinacea ini dikatakan mampu meningkatkan sistem imun tubuh badan bagi membantu melawan jangkitan atau virus.

Ada beberapa kajian juga dipercayai bahawa pengambilannya dapat memendekkan tempoh jangkitan penyakit seperti demam atau selsema. Selain itu, teh echinacea boleh melegakan sakit teakk serta hidung yang tersumbat dengan hingus.

6. Teh Herba Rooibos


Asal minuman herba ini adalah daripada Afrika Selatan dan bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan. Teh rooibos dipercayai oleh masyarakat setempat sebagai bahan yang bagus untuk pertumbuhan, perkembangan, dan ketumpatan tulang.

Menurut kajian di makmal juga mendapati teh herba rooibos dapat merangsang sel-sel yang terlibat dalam proses menguat dan menumpat tulang badan manusia. Ia juga dikatakan turut mampu merawat masalah seperti batu karang tetapi masih memerlukan kajian lanjut.

7. Teh Lemon


Teh lemon balm berbeza dengan teh limau atau teh lemon yang biasa kita minum. Lemon balm ini sejenis tumbuhan herba dengan nama saintifiknya iaitu Melissa officinalis. Tumbuhan herba ini dipercayai mengandungi pelbagai khasiat khususnya untuk kesihatan dan kecantikan luaran tubuh badan manusia.

Dalam kajian yang dijalankan, ia mampu meningkatkan kecantikan dan keanjalan kulit. Seramai 28 orang telah menyertai kajian ini dan kesannya dapat dilihat sekitar 6 minggu. 

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search