Wednesday, December 14, 2022

Bersihkan Kulit Guna Garam Himalaya? : Jom Baca 5 Manfaat Himalayan Salt Untuk Kulit Muka!

Bersihkan Kulit Guna Garam Himalaya? : Jom Baca 5 Manfaat Himalayan Salt Untuk Kulit Muka!


Biasa nampak tak garam warna pink ni? Sekali imbas tengok macam batu kristal yang cantik kan? Tapi ini lah sebenarnya yang korang selalu dengar garam himalaya atau himalayan salt tu.

Garam himalaya ni merupakan salah satu bahan alami yang digunakan untuk tujuan mendapatkan kulit sihat, cantik, dan bersih. Garam jenis ini juga memiliki tekstur dan warna yang tidak sama dengan garam biasa.


Garam yang berwarna merah jambu ini mempunyai ukuran saiz yang lebih besar dan kasar jika dibandingkan dengan garam dapur biasa yang berwarna putih, kecil, serta halus. Ada juga sesetengah orang menggunakan garam himalaya dalam masakan mereka sebagai penyedap rasa.

Tetapi dalam artikel kali ini, saya ingin mengajak korang semua untuk tahu serba sedikit tentang manfaat dan khasiat garam himalaya untuk kecantikan dan kesihatan kulit.

1. Mengawal & Mengimbangkan pH Kulit

Kebanyakan produk pembersih wajah mengandungi kandungan asid yang tinggi dan ini mampu menjejaskan kesihatan kulit. Ketidakseimbangan pH kulit akan mengakibatkan kulit menjadi lebih sensitif serta mudah terdedah dengan risiko masalah seperti jerawat, ruam, keradangan, dan lain-lain. Penggunaan garam himalaya dapat membantu mengembalikan pH kulit ke tahap yang normal sekali gus mencegah dari pelbagai masalah.

2. Bahan Eksfoliat Semula Jadi

Rasanya korang semua tahu kan betapa pentingnya untuk eksfoliat kulit muka. Proses eksfoliasi ini akan mengangkat dan membersihkan sel kulit mati dari permukaan kulit dengan teknik penggelupasan yang halus. Garam himalaya mampu dijadikan sebagai scrub muka disebabkan teksurnya yang lebih kasar dan besar. Cuma jangan gosok terlalu kuat ya!

3. Mengatasi Jerawat

Garam himalaya mengandungi bahan seperti zinc dan anti-bakteria di dalamnya. Secara umumnya, pembentukan jerawat adalah disebabkan liang pori yang tersumbat dengan bendasing seperti sel kulit mati dan bakteria. Oleh sebab itu, penggunaan garam himalaya sebagai alternatif untuk mengatasi jerawat sangat bermanfaat.

4. Melancarkan Peredaran Darah Di Kulit Muka

Scrub garam himalaya berupaya untuk melancarkan semula aliran darah di kulit muka. Sistem aliran darah yang lancar boleh membantu menggalakkan penghasilan kolagen yang bagus untuk mencegah tanda penuaan seperti kulit kedut dan kendur.

5. Meredakan Kulit Kemerahan

Sifat anti-radang yang ada dalam garam himalaya sebenarnya dapat membantu meredekan kulit yang merah akibat iritasi dan jerawat. Selain itu, garam jenis ini juga dikatakan boleh mengatasi masalah seperti psoriasis atau ekzema.

Rumusan


Banyak alternatif semula jadi yang korang boleh amalkan untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Garam himalaya merupakan salah satu daripadanya. Yang penting korang tahu cara penggunaan supaya tak tersalah pakai.

Ada satu lagi produk alternatif untuk merawat kulit korang yang banyak masalah tu, iaitu Meuskin Booster Treatment Gel!


Meuskin Booster Treatment Gel ni sejenis pelembap yang ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah kulit. Korang nilai sendiri bahan-bahan dalam Meuskin Booster Treatment Gel ni sememangnya premium dan tiada bahan kimia terlarang seperti merkuri. 

Semua masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, kedut, kering, merah, dan gatal-gatal pun Meuskin Booster Treatment Gel ni boleh selesaikan dalam masa 7-14 hari dah boleh nampak perubahan positif.



Kalau korang nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel ni klik je dekat link website Meuskin.com atau chat direct terus dengan Whatsapp Meuskin HQ untuk CLAIM harga OFFER sekarang!





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search