Friday, December 16, 2022

4 Manfaat Matcha Untuk Kulit Muka

4 Manfaat Matcha Untuk Kulit Muka


Apa beza matcha dan green tea? Kalau order dekat mana-mana cafe atau coffee shop mesti tak tahu nak order yang mana satu sama ada matcha atau green tea. So terpaksa lah tanya barista dan minta dia explain.

Ya, matcha dan teh hijau (green tea) memang sebenarnya dari asal yang sama iaitu dari tanaman Camellia sinensis. Cuma, perbezaan antara kedua ini adalah dari segi bentuk fizikalnya. Teh hijau kebiasaannya dilihat dalam bentuk daun teh kering, manakala matcha lebih kepada serbuk teh yang ditumbuk halus.

Sejarah Teh Hijau



Asal-usul penggunaan teh hijau ni korang boleh kembali kepada zaman Dinasti Tang di Cina sekitar tahun 618-907 M. Teh ini disediakan dengan cara memanggang dan menghancurkan daun teh tersebut. Kemudian mengekstrak air rebusan dari serbuk teh itu sebelum diminum.

Metod penyediaan teh hijau ini mula tersebar ke negara Jepun pada tahun 1191 dan menjadi salah satu bahan yang amat penting dalam komuniti sami buddha di sana. Hanya pada sekitar kurun ke 14 hingga 16 ianya mula dihargai oleh para bangsawan dan orang atasan.

Digunakan Untuk Kecantikan

Sementara matcha adalah serbuk teh hijau yang dimampatkan, ia memiliki manfaat terhadap kesihatan dan kecantikan yang sangat bagus. Berikut adalah senarai kebaikan matcha untuk korang yang nak kulit bersih, sihat, dan glowing!

1. Meningkatkan Kecantikan & Keanjalan Kulit


Kandungan matcha dipercayai mengandungi bahan antioksidan yang tinggi iaitu 137 kali lebih banyak jika dibandingkan dengan teh hijau biasa. Bahan antioksidan ini terbukti meningkatkan serta melancarkan aliran darah dalam kulit. Kesan daripada ini, kulit akan sentiasa kelihatan lebih sihat dan glowing. Selain itu, matcha juga dapat mengimbang serta merata tona kulit dan merangsang penghasilan elastin yang membuat kulit korang lebih anjal.

2. Melambatkan Proses Penuaan


Setiap manusia akan melalui proses penuaan semula jadi. Cuma yang membezakan adalah cepat atau lambat sahaja. Bagi mereka yang selalu amalkan pengambilan matcha ini sangat beruntung kerana ia memiliki bahan anti-oksidan yang melawan radikal bebas. Ini kerana tanda-tanda penuaan biasanya berpunca daripada bahan radikal bebas yang boleh merosak sel kulit. 

3. Melawan Keradangan Kulit



Matcha bukan sahaja berhasil untuk mencantikkan kulit. Malah ia juga mampu mengurangkan keradangan pada kulit. Keradangan kulit biasanya menyebabkan kulit menjadi iritiasi, kemerahan, dan juga jerawat. Kemampuan matcha juga dikatakan dapat mengawal pertumbuhan jerawat agar tidak menjadi teruk. Ini disebabkan ciri anti-radangnya yang mengurangkan penghasilan sebum.

4. Mengurangkan Minyak Pada Kulit


Lebihan sebum atau minyak pada kulit adalah disebabkan penghasilan oleh kelenjar minyak yang tidak dikawal. Apabila produksi minyak pada kulit semakin meningkat, maka potensi untuk jerawat tumbuh dengan banyak dan cepat lebih tinggi. Oleh sebab itu, matcha boleh dijadikan bahan solusi untuk atasi masalah ini. Matcha memiliki kemampuan untuk membantu mengecilkan liang pori serta melambatkan penghasilan minyak.

Rumusan

Memang tidak dinafikan manfaat penggunaan atau pengambilan matcha sebagai alternatif bagi merawat dan mencantikkan kulit. Matcha juga boleh dijadikan sebagai toner, scrub eksfoliasi, dan juga masker.

Manusia telah lama menjumpai kebaikan matcha sejak ribuan tahun dahulu. Pada hari ini, masih banyak produk-produk yang mengandungi matcha sebagai salah satu bahan utama.

Tapi bagi saya pula, Meuskin Booster Treatment Gel pun tak kurang hebat juga kerana ia mempunyai bahan-bahan alami seperti aloe vera, ekstrak pegaga, dan cucumber (timun) sebagai ramuan utama kecantikan kulit. 


Meuskin Booster Treatment Gel ni sangat unik tau sebab ia memiliki fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah. Maknanya, kalau korang yang nak selesaikan masalah kulit seperti jerawat, jeragat, atau pigmentasi tu boleh dapat sekali pakej kulit sihat, cantik, dan glowing!



Ramai yang dah cuba Meuskin Booster Treatment Gel ni dan memang terbukti berkesan dalam masa 7-14 hari dah boleh mula nampak perubahan. Memang lepasni hidup korang pun berubah 360 darjah! Dah tak perlu risau nak cover parut jerawat dengan makeup tebal, kulit muka kusam dan tak bermaya, serta kulit kedut dan layut.

Kalau korang nak tahu info lanjut tentang Meuskin Booster Treatment Gel ni boleh pergi ke website Meuskin.com atau chat direct terus Whatsapp Meuskin HQ untuk CLAIM OFFER BUY 2 FREE 1 SEKARANG!!!






Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search