Thursday, December 22, 2022

Kenali 6 Negara Paling Kecil Di Dunia : No.4 Confirm Ramai Tak Tahu!

Kenali 6 Negara Paling Kecil Di Dunia : No.4 Confirm Ramai Tak Tahu!


Biasanya kalau ditanya negara apa paling kecil mesti terlintas dalam fikiran negara-negara seperti Brunei, Singapura, Sri Lanka, atau Hawaii kan? Tapi korang tahu tak sebenarnya ada negara yang mempunyai saiz lebih kecil dari itu!

Nak tahu negara apa? Jom kita sambung baca di bawah!

1. Malta


Malta atau nama rasminya Negara Republik Malta adalah sebuah negara pulau yang terletak di kawasan Laut Mediterranean. Walaupun lokasinya berada di antara Itali dan Libya, Malta lebih cenderung diklasifikasikan sebagai sebahagian Selatan Eropah. 

Negara ini mempunyai keluasan hanya sekitar 316 kilometer persegi dan ibu kotanya yang bernama Valetta merupakan ibu kota terkecil dalam kelompok Kesatuan Eropah. Malta juga amat kaya dengan sejarah peradaban manusia oleh kerana negara ini pernah dijajah oleh pelbagai empayar seperti Rom, Arab, Perancis, dan British.

2. Liechtenstein


Negara Liechtenstein sangat unik dari segi beberapa aspek. Salah satunya kedudukan geografi negara ini di mana ia 'dikepung' oleh 2 buah negara iaitu Switzerland dan Austria. Lokasinya yang berada di banjaran Alps juga membuatkan Liechtenstein terkenal dengan pemandangan lembah serta gunung-ganang yang berdiri megah.

Keluasan Liectenstein pula hanya meliputi kawasan seluas 160 kilometer persegi yang diduduki oleh populasi sebanyak 38,749 orang sahaja (setakat 2019). Majoriti masyarakat di sini menggunakan bahasa German sebagai bahasa pengantar dan Kristian Katolik merupakan agama rasmi negara ini.

3. San Marino


Republik San Marino 
merupakan sebuah negara mikro di Selatan Eropah yang dikelilingi oleh negara Itali.Ia terletak di bahagian Timur Laut pergunungan Apennine. Nama panggilannya yang lain ialah The Most Serene Republic of San Marino.

Negara ini mempunyai keluasan sekitar 61 kilometer persegi sahaja tapi memiliki kekayaaan yang sangat mewah. Asal-usul nama San Marino ini dipercayai diambil dari nama seorang tukang batu zaman Rom iaitu Saint Marinus. Beliau dikatakan antara orang yang membangun dan mendirikan negara tersebut setelah melalui serangan dari lanun-lanun.

4. Nauru


Mungkin ramai yang tak pernah dengar nama Nauru tapi ia memang wujud dan merupakan sebuah negara pulau yang berada di jauh di Central Pacific. Kedudukan Nauru sangat terpencil sehinggakan negara yang paling hampir dengannya adalah Pulau Banaba yang terletak sejauh 300km ke arah timur.

Keluasan Nauru pula hanya 21 kilometer persegi dan mempunyai kepadatan penduduk sekitar 10,834 orang. Negara pulau ini menyimpan banyak sumber fosfate semula jadi dan dikatakan berpunca dari lokasi Nauru yang berada di sepanjang laluan migrasi burung-burung. Burung-burung ini akan singgah dan meninggalkan sisa mereka yang kaya dengan nutrisi yang akhirnya diproses menjadi baja semula jadi.

5. Monaco


Monaco sering disalah anggap sebagai sebahagian daripada Perancis kerana kedudukannya yang dikelilingi negara tersebut. Tapi sebenarnya ia merupakan sebuah negara sendiri yang berdaulat dan sangat terkenal dengan kekayaan dan kemewahan.

Monaco memiliki keluasan sekitar 2.1 kilometer persegi dan kepadatan penduduknya sangat tinggi iaitu 19,009 orang bagi 1 kilometer persegi. Ini menjadikan ia sebagai negara yang paling padat populasinya. Sejarah menyebutkan bahawa nama Monaco diambil dari istilah Greek iaitu Monoikos yang bermaksud " Sebuah Rumah" yang merujuk kepada satu-satunya kuil yang dibina oleh watak mitos yang terkenal, Hercules.

6. Vatican City


Dalam sejarah peradaban dan keagamaan manusia, Vatican City sangat terkenal terutamanya pada zaman Perang Salib atau Crusades. Negara ini mencapai kemerdekaan daripada Itali pada tahun 1929 dan sekali gus menjadikan ia berautoriti penuh dibawah kendalian Paus, iaitu ketua agama bagi penganut Kristian Katolik.

Vatican City terletak tepat di tengah-tengah kota Rom dan keluasannya sangat kecil iaitu hanya berukuran 0.44 kilometer persegi. Kepadatan penduduknya pula sangat tinggi dengan anggaran 924 orang per kilometer persegi. Menariknya, penganut Kristian Katolik menganggap Vatican City sebagai tempat suci mereka dan disini jugalah Paus akan dilantik dan dipilih serta mengadakan pelbagai upacara keagamaan mereka.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search