Monday, December 19, 2022

Top 5 Sebab Utama Kenapa Korang Kena Pakai Pelembap!

Top 5 Sebab Utama Kenapa Korang Kena Pakai Pelembap!



Rutin penjagaan kulit harian korang mesti tak sah kalau tak pakai pelembap kan? Pelembap bukan sahaja melembapkan kulit, malah membantu membersih, melembut, dan bebas kedut untuk jangka masa yang panjang.

Kalau korang tak yakin apa yang pelembap ni boleh buat pada kulit muka, jom kita sama-sama ketahui 5 sebab utama mengapa korang WAJIB pakai pelembap atau moisturizer ni!

1. Mengurangkan Risiko Masalah Kulit
Dengan menggunakan jenis pelembap yang betul dan sesuai dengan kondisi kulit, ia dapat membantu mengoptimiskan keseimbangan kulit. Keadaan kulit yang terlalu kering atau terlalu berminyak boleh menyebabkan masalah seperti jerawat. Menurut pakar kulit, jika korang jenis kulit berminyak, pelembap jenis krim harus dielakkan dan cari yang jenis losyen atau water-based. 

2. Mengurangkan Kulit Kusam
Kulit yang segar dan bersih akan mempengaruhi kesihatan kulit dan menukarkan kulit yang kusam kepada kulit berseri. Sesetengah pelembap juga mempunyai tona warna yang boleh dipadankan dengan apa jua jenis tona kulit.

3. Membantu Proses Awet Muda
Bahagian kulit yang paling sensitif sekali adalah pada kawasan muka, telinga, leher, dan juga dada. Pengelupasan sel kulit mati boleh menyebabkan kawasan tersebut mempunyai lebih risiko berbanding yang lain. Malah ia juga berisiko untuk mendapatkan kanser kulit. Dengan menggunakan pelembap sahaja boleh mengurangkan risiko tersebut di mana kulit mendapat sumber nutrien yang digunakan untuk memperbaiki sel kulit.

4. Menghilangkan Garis Halus
Perasan tak kalau korang pakai pelembap mesti kulit rasa lembut dan anjal je kan? Ia bukannya kebetulan. Malah, menurut kajian jurnal oleh pakar dermatologis, mereka yang sering menggunakan pelembap mempunyai kadar pembentukan kedut yang sangat kecil berbanding mereka yang jenis kulit kering.

5. Mengekalkan Kesihatan Kulit
Kulit yang kering sememangnya lebih terdedah dengan risiko seperti jeragat, pigmentasi, kemerahan, dan keradangan. Salah satu langkah yang boleh diambil adalah dengan menggunakan pelembap. Struktur lapisan kulit memerlukan kandungan air untuk mengekalkan keanjalan dan kelembapan supaya tidak mudah terdedah dengan pelbagai masalah kulit.

Rumusan


Ramai yang ambil ringan dengan pemakaian pelembap pada kulit muka. Tapi sebenarnya kalau korang amalkan dengan konsisten, mesti boleh nampak kesan perubahan pada kulit muka.

Kulit muka lebih terasa segar, lembut, lembap, dan yang paling penting sihat. Antara pelembap kegemaran saya sekarang ialah Meuskin Booster Treatment Gel!


Meuskin Booster Treatment Gel ni sejenis pelembap 3 dalam 1 iaitu ia boleh merawat, melembap, dan mencerah kulit. Maknanya, korang bukan saja dapat kulit yang bersih dan licin, malah korang akan rasai dan tengok sendiri kulit muka menjadi bertambah lembut, lembap, dan anjal.

Meuskin Booster Treatment Gel ni juga ada banyak bahan premium seperti aloe vera, centella asiatica, dan Helianthus annuus di mana bahan-bahan tersebut kaya dengan nutrisi yang diperlukan untuk kulit.


Paling best dan seronok bila ada kawan-kawan yang puji kulit muka kita ni cantik dan macam anak dara lepas pakai Meuskin Booster Treatment Gel ni!

Kalau korang nak tahu info lanjut mengenai Meuskin Booster Treatment Gel ni korang pergi je dekat website Meuskin.com ni atau chat direct terus Whatsapp Meuskin HQ untuk CLAIM FREE GIFT dan HARGA OFFER!






Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search