Monday, December 12, 2022

Fakta Tentang Telur Kaviar Yang Paling Mahal Di Dunia!

Fakta Tentang Telur Kaviar Yang Paling Mahal Di Dunia!


Mesti ramai penggemar telur ikan dekat sini kan? Walaupun ada juga sebahagian dari kita yang tak makan, tapi telur ikan atau dipanggil juga sebagai kaviar ini ada peminatnya yang tersendiri.

Kebiasaannya, telur ikan yang selalu korang makan dekat rumah tu diperolehi daripada ikan betina yang mempunyai telur di dalamnya. Atau pun, mesti korang selalu nampak atau makan di kedai sushi.

Kaviar pula merupakan sejenis telur ikan daripada spesis ikan sturgeon. Yang menariknya, telur ini sangat mahal dan ada yang mencecah hingga ribuan ringgit. Memang mengejutkan kalau difikirkan bagaimana telur ikan boleh menjadi makanan mewah.

Jadi, saya akan kongsikan dengan korang semua beberapa fakta menarik tentang kaviar yang merupakan telur ikan termahal di dunia!

Sejarah Industri Kaviar


Kebanyakan telur kaviar yang kita boleh lihat harini sebenarnya datang dari Laut Kaspia. Oleh sebab itu, aktiviti perdagangan ini didominasi oleh pedagang-pedagang dari Iran dan juga Rusia.

Berikutan permintaan telur kaviar yang meningkat di seluruh dunia, industri ini telah berkembang menjadi bisnes global dengan peningkatan dari segi ladang penternakan di seluruh dunia.


Seperti yang diberitahu tadi kaviar adalah hasil daripada telur ikan sturgeon. Disebabkan permintaan yang tinggi tadi, ikan ini menjadi spesis yang sangat kerap diburu kerana kualiti telur kaviarnya yang sangat menakjubkan.

Sebagai langkah respon dan kawalan yang didesak oleh pencinta alam, The Convention on International Trade in Endangered Species (CITES) telah ditubuhkan pada tahun 1998. Badan ini merupakan perjanjian antarabangsa kerajaan yang bermatlamat memastikan perdagangan antarabangsa dalam spesimen haiwan liar dan tumbuhan tidak mengancam eko-sistem mereka.

Ikan Sturgeon


Korang tahu tak ikan sturgeon ini diklasifikasikan sebagai haiwan pra-sejarah yang telah lama wujud sejak 300 juta tahun dahulu. Spesis yang paling besar juga dikenali dengan nama Beluga yang mampu membesar sehingga 20 kaki panjang dan berat yang boleh mencecah lebih 2,000 kilogram dengan usia 100 tahun. Betapa hebatnya ikan sturgeon ini!

Antara Kaviar Segar & Kaviar Pasteur


Secara umumnya, kaviar dihasilkan melalui telur yang diambil dari dalam perut ikan sturgeon betina. Perbezaan dari segi penghasilan telur kaviar ini yang akan menentukan kualiti sesuatu kaviar tersebut.

Malossol merupakan istilah yang merujuk kepada kaviar segar tanpa campuran dan ini merupakan kaviar yang paling tinggi kualiti. Namun begitu, ia mempunyai kekurangan dari segi tarikh luput yang agak singkat.

Manakala, telur kaviar yang melalui proses pempasteuran memiliki jangka hayat yang tahan lebih lama. Tetapi kualitinya agak sedikit berbeza dengan telur kaviar yang segar kerana proses ini mengurangkan rasa kompleks makanan tersebut.

Harga Tak Masuk Akal


Kaviar dari telur ikan sturgeon ini sebenarnya antara komoditi makanan paling berharga di atas muka bumi sama seperti truffle dan saffron. Semakin lama tempoh untuk menghasilkan kaviar ini, semakin tinggi harganya.

Kalau korang nak tahu, kaviar Beluga yang didapati di Laut Kaspia mampu mengambil masa selama 18 hingga 20 tahun untuk dihasilkan. Sebab itu kualiti dan harganya boleh jadi tak masuk akal. Harga kaviar Beluga sahaja boleh mencecah setinggi RM13,400 hanya untuk 100 gram!

Apa Rasa Kaviar Yang Mahal Ni?


Walaupun rupanya yang kelihatan seperti gel bebola yang pelik, namun kaviar yang berkualiti adalah yang mempunyai bau bersih dan tidak hanyir. Butiran-butiran telur ini juga akan meletup di atas lidah sehingga memberikan kenikmatan dalam setiap suapan.

Dari segi rasa pula, telur kaviar sturgeon ini seharusnya rasa segar saat pertama dirasa oleh lidah. Ianya menjadi semakin kompleks dan pekat apabila berada di dalam mulut. Di hujungnya pula akan ada suatu rasa gabungan dari mentega dan kemanisan.

Kesimpulan


Sekarang korang semua dah tahu kan sedikit sebanyak tentang telur kaviar yang dikatakan paling mahal di dunia ni. Kalau korang baca tadi mesti faham kenapa dan bagaimana telur kaviar dijual dengan harga sebegitu.

Ada saja telur kaviar yang mempunyai harga yang sederhana tetapi dari segi kualiti dan pengalaman rasa itu mungkin tidak sama jika nak dibandingkan dengan yang mahal dan segar.

So, lepasni korang boleh lah survey dekat mana ada menjual telur kaviar dan cuba korang kongsikan bagaimana rasanya!

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search