Wednesday, December 7, 2022

Baru Tahu Ada 5 Jenis Pantai Dalam Dunia Ni : Nombor 3 Paling Rare!

Baru Tahu Ada 5 Jenis Pantai Dalam Dunia Ni : Nombor 3 Paling Rare!

 

Hello peminat pantai! Hujung tahun ni mesti ramai yang dah rancang untuk bercuti di pantai bersama keluarga atau kawan-kawan, kan? Di Malaysia ni memang banyak lokasi yang menjadi tarikan pelancong seperti Pantai Port Dickson, Pulau Tioman, Pulau Perhentian, dan banyak lagi.

Pergi je dekat mana-mana kawasan pantai kita di Malaysia ni, korang mesti menikmati keindahan dan kecantikan suasana yang indah ditemani pasir-pasir halus dan deruan ombak. Tambahan pula melihat ketenangan dan kejernihan air laut yang dihuni pelbagai spesis hidupan.

Walaupun begitu, tak semua pantai yang kita biasa lihat dekat Malaysia ni sama macam pantai lain yang ada di seluruh dunia. Kalau korang nak tahu, ada beberapa jenis pantai yang saya rasa masih ramai belum tahu. 

Jom saya kongsikan dengan korang semua!

1. Pantai Berpasir


Pantai jenis berpasir ini adalah yang sering dan biasa kita lihat di mana-mana. Secara khususnya, kebanyakan negara yang berada di kawasan Tropika seperti negara kita lebih cenderung untuk mempunyai pantai yang berpasir. Cuma yang membezakan adalah warna pasir tersebut. 

Warna pasir secara asasnya dipengaruhi dan ditentukan oleh bahan minral yang membenuk pasir tersebut. Seperti contoh, majoriti pantai di Malaysia ialah pantai jenis pasir putih tropika. Namun di Langkawi terdapat lokasi yang dinamakan Pantai Pasir Hitam, di mana pasirnya dipenuhi mineral granit.

Menariknya, wujud juga pantai yang mempunyai pasir berwarna merah seperti di Kaihalulu, Hawaii. Pasir hijau pula boleh ditemukan di kepulauan Galapagos dan Norway. Negara jiran kita iaitu Indonesia pula mempunyai keunikan tersendiri di Pantai Tangsi yang mana pasirnya berwarna merah jambu.

2. Pantai Batu Kerikil


Pantai ini juga dikenali sebagai pebble beach, shingle beach, atau rocky beach. Ini disebabkan permukaannya dipenuhi dengan batu-batu sama ada bersaiz kecil atau besar. Kebiasaannya banyak ditemui di kawasan Eropah, Jepun, New Zealand, dan United Kingdom. Pembentukannya pula dikatakan berpunca dari bentuk muka buminya yang tinggi di bahagian pesisir serta curam di bahagian pantai.

Kondisi ini berlaku akibat dari pergerakan glasier yang membawa batu-batu kerikil ini ke arah berhampiran dengan kawasan pantai, yang akhirnya akan ditinggalkan. Strukturnya yang jelas sama sekali tidak rata, permukaan pantai jenis ini sering berubah-ubah dan tidak stabil. Ini menjadikan tumbuhan sukar hidup di sekitar pantai jenis berbatu kerikil ini.

Pantai batu kerikil yang paling hampir dengan kita adalah di Pantai Bagolatao dan di wilayah Camarines Sur, Filipina. 

3. Pantai Kaca


Pantai ini telah dikategorikan sebagai pantai yang bukan semula jadi kerana ia adalah hasil buatan manusia. Buat masa sekarang ni cuma ada dua sahaja pantai kaca yang direkodkan iaitu di Glass Beach, California, dan Vladivostok, Rusia. Pantai ini memang dipenuhi kaca ekoran dari kerja tangan manusia itu sendiri sejak dulu lagi.

Pada awal abad ke 20, diceritakan penduduk di Fort Bragg, California menjadikan pantai di kawasan itu sebagai pusat pembuangan sampah komuniti. Pada anggapan mereka segala barangan objek yang dibuang ke dalam laut akan dibersihkan dengan sendirinya secara alami. 

Sehinggalah pada tahun 1967 yang mana peraturan mula dikuatkuasakan dan usaha membersihkan telah dijalankan dan makan masa sehingga berdekad. Semua bahan buangan telah dikeluarkan kecuali barangan kaca yang dibawa air laut hingga ke pantai dan akhirnya membentuk kaca-kaca pelbagai warna bertebaran di pesisir pantai tersebut.

4. Pantai Kulit Cengkerang


Mengutip dan mengumpul cengkerang di sekitar kawasan pantai merupakan hobi bagi sesetengah orang yang ada minat tersendiri. Di Australia, pantai yang diberi nama Shark Bay ini sangat unik kerana keseluruhan permukaan pantainya dipenuhi dengan cengkerang-cengkerang yang cantik.

Ia juga dikenali sebagai Shell Beach, kawasan itu dihiasi dengan kulit kerang dari spesis fragum erugatum, yang memberikan warna pantai tersebut putih kemerah-merahan. Faktor yang mendorong kepada kerang-kerang tersebut untuk membiak dengan labih giat adalah disebabkan tahap air di sana dan juga ketiadaan pemangsa yang boleh mengancam habitat dan populasi kerang tersebut.

5. Pantai Lumpur


Amat jarang sekali kita jumpa pantai jenis berlumpur ini dan memang tidak sesuai dipromosikan sebagai kawasan pelancongan mahupun bercucuk tanam. Struktur pantai ini dikenali dengan nama silty sand, iaitu jenis berlumpur dan penuh dengan tanah liat yang kurang poros serta tidak mampu menampung air dalam jumlah yang banyak.

Selalunya pantai ini boleh ditemui di kawasan Eropah seperti Belanda dan Jerman. Ada istilah yang khusus untuk pantai jenis ini iaitu 'mudflats'. Jadi, untuk bergembira dan berehat di pantai jenis berlumpur ini memang tidak sesuai lah.

Kesimpulan


Sekarang korang dah tahu banyak jenis pantai yang ada di seluruh dunia kan? Sebelum ni mungkin yang korang tahu hanya pantai berpasir dan berbatu.

Bagi yang suka travel dan melancong luar negara, ambil peluang ini untuk rancang dan pilih destinasi pantai sebagai checklist terbaru korang. Confirm tak rugi punya!

Dalam pada itu, jangan sesekali lupa untuk jaga kesihatan dan kecantikan kulit sementara banyak lakukan aktiviti di luar sana. Pakai pelembap dan sunscreen sebagai perlindungan dari kerosakan sinar UV matahari.

Pelembap 3 dalam 1 Meuskin Booster Treatment Gel ni pun dah cukup untuk lindung kulit korang dan dalam masa yang sama merawat kulit supaya kelihatan bersih, cantik, dan glowing!


Fungsi infraguard yang ada dalam Meuskin Booster Treatment Gel ni boleh merawat pigmentasi yang terhasil dari pancaran sinar UV yang menembusi kulit korang tau. Lepasni korang dah tak payah risau kalau keluar rumah tu yang penting sapu krim Meuskin Booster Treatment Gel ni dekat kulit muka. Siap bagi pakej lembap dan glowing lagi tau!


Korang jangan risau sebab Meuskin Booster Treatment Gel ni dihasilkan dalam kilang di Malaysia dan lulus ujian klinikal makmal. Maknanya Meuskin Booster Treatment Gel ni bebas dari bahan kimia terlarang seperti merkuri dan paraben. Yang paling penting Meuskin Booster Treatment Gel ni berdaftar di bawah KKM!

Kalau nak tahu info lanjut korang boleh check website Meuskin.com atau chat direct Whatsapp Meuskin HQ untuk dapatkan harga DISKAUN dan OFFER MENARIK!!!





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search