Tuesday, December 6, 2022

Pernah Alami Hidung Tersumbat Walaupun Tiada Selsema? : Kenali 5 punca Ini Dan Selesaikan Dengan Segera!

Pernah Alami Hidung Tersumbat Walaupun Tiada Selsema? : Kenali 5 punca Ini Dan Selesaikan Dengan Segera!


Korang pernah alami situasi di mana hidung selalu tersumbat walaupun takde selsema? Kadang-kadang tu sampai stress sebab tak tahu apa punca sebenar. Tapi hakikatnya ada beberapa kondisi atau penyakit yang dikaitkan dengan faktor hidung tersumbat walaupun takde tanda selsema mahu pun demam.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut bagaimana ini boleh berlaku, jom kita sambung baca penerangan di bawah.

1. Alahan


Sesetengah orang memang tak tahan dengan perubahan cuaca. Simptom hidung tersumbat pula jadi makin serius bila tiba musim sejuk/hujan. Kondisi ini dikenal pasti kemungkinan korang mempunyai alahan rinitis.

Alahan rinitis ini biasanya menyebabkan badan korang jadi seakan-akan demam seperti bersin, gatal, dan hidung tersumbat. Simptom ini boleh bermula sebaik sahaja korang terdedah dengan bahan alergen seperti habuk, debu, debunga, dan sebagainya.

2. Pemakanan


Sekiranya korang ada masalah intoleransi terhadap makanan dari sumber produk tenusu atau gluten, besar kemungkinan untuk hidung tersumbat disebabkan keradangan yang berpanjangan. Makanan sebegini boleh membuatkan saluran pernafasan bengkak jika badan tidak mampu menerima.

Oleh sebab itu, untuk mencegah dari perkara ini berlaku sebaiknya baca dan faham label yang tertulis pada bungkusan makanan tersebut sebelum masak atau makan. Kalau dah tahu makanan jenis apa yang boleh menyebabkan intoleransi, maka korang perlu kurangan pengambilannya.

3. Polip Hidung


Polip hidung merupakan suatu benjolan yang terletak dalam hidung dan ia boleh mengganggu pernafasan korang. Walaubagaimana pun, polip hidung ini tidak mendatangkan bahaya yang besar terhadap kesihatan.

Kebiasaannya, orang yang mempunyai alahan rinitis lebih berisiko mengalami polip hidung. Sekiranya ia membesar, polip hidung ini boleh membuatkan hidung tersumbat, pening kepala, dan kehilangan deria rasa dan bau.

4. Tulang Hidung Bengkok

Hidung manusia dicipta dengan tulang rawan yang membahagikan hidung kepada dua bahagian berbeza. Namun, sesetengah individu tidak mempunyai saiz lubang hidung yang sama disebabkan terdapat sedikit bengkok pada tulang hidung mereka.

Kondisi ini mengakibatkan kesukaran untuk bernafas dan hidung tersumbat pada lubang yang lebih sempit. Hingus juga biasanya susah untuk dikeluarkan kerana saiz lubang yang kecil.

5. Tabiat Merokok


Korang tahu tak bahan kimia dalam rokok boleh mengakibatkan keradangan pada lapisan mukus yang terbentuk dalam hidung? Bila bahan kimia dan asap rokok yang disedut itu masuk ke dalam saluran pernafasan, keradangan tersebut boleh menjadi semakin serius dan hidung tersumbat merupakan salah satu kesannya.

Kesimpulan

Masalah hidung tersumbat sering dikaitkan dengan demam atau selsema sahaja. Tapi pada hakikatnya banyak lagi faktor lain yang boleh menyumbang kepada masalah tersebut.

Tidak kira dari aspek tahap kesihatan tubuh badan atau gaya hidup, masalah hidung tersumbat ini perlu dikenal pasti puncanya agar kita boleh atasi dengan cara lebih berkesan.

Sama juga dengan masalah kulit muka seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, kedut, kering, malah breakout. Kalau kita tahu di mana punca sebenar, solusi itu akan jadi lebih mudah dan tidak membuang masa.

Bagi saya solusi masalah kulit yang terbaik adalah Meuskin Booster Treatment Gel!



Meuskin Booster Treatment Gel ni sejenis moisturizer yang ada fungsi 3 dalam 1 iaitu merawat, melembap, dan mencerah kulit. Maknanya, kalau korang ada kulit yang bermasalah seperti jerawat, jeragat, kusam, kering, dan kulit breakout, korang boleh pakai 
Meuskin Booster Treatment Gel ni dan dalam masa yang sama bersihkan kulit hingga nampak glowing!


Memang terbukti berkesan tau dan ramai yang bagi feedback positif lepas pakai Meuskin Booster Treatment Gel ni. Dan korang jangan risau, Meuskin Booster Treatment Gel ni lulus ujian klinikal makmal dan berdaftar dengan KKM.

Untuk info lanjut korang boleh pergi ke website Meuskin.com ni atau chat Whatsapp Meuskin HQ untuk dapatkan HARGA DISKAUN sekarang!





Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search